BOLEHKAH
MAYAT DISEMBAHYANGKAN DI TEMPAT MANDI MAYAT.
1. Dimana
tempatnya melafazkan niat mandi bagi mayat?
2. Sebahagian
keluarga si mati membunyikan kaset Surah Yassin sebagai ganti orang membacanya.
Bagaimana pahalanya adakah sampai ?
3. Sebelum
mayat dibawa keluar dari pintu rumah, wakil kelurga akan berkata seperti ini:-
“Sesiapa yang ada hutang
dengan si mati ini tolonglah izinkan. Bagaimana keadaan si mati ini ?”
Orang ramai menjawab :
“Kami izinkan. Dia adalah
orang baik”.
Bagaimana kata-kata
seperti di atas itu ?.
4. Bolehkah mayat itu disembahyangkan di tempat memandikan mayat,
sedangkan tempat itu diragui kebersihannya. Ini
adalah disebabkan mayat itu masih keluar darah.
Daripada:
Haji Metussin bin Haji Baki,
Bp. Pengarah Hal Ehwal Syariah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei
Darussalam.
JAWAB:
الحمد لله والصلاة
والسلام على رسول الله واله وصحبه ومن والاه اللهم هداية للصواب
.
1. Tempat niat mandi mayat iaitu mula-mula
ketika memandikan mayat itu.
2. Orang yang
mendengar Ayat-Ayat Surah Yassin itu atau sengaja mendengar itu dia dapat
pahala mendengar atau sengaja mendengar. Sebaik-baiknya ada orang membaca
Yassin dan ia sedekahkan seperti pahala membaca Yassin itu kepada mayat itu.
3. Orang yang
ada hutang dengan si mati berkata saya izinkan, maka saya tiada mengerti
perkataan izinkan yang disebut oleh orang ramai.
Kiranya orang mati itu ada hutang kepada orang, maka
hendaklah waris-warisnya membayar hutang itu, atau orang ada hutang kepada
orang mati itu, maka hendaklah orang itu bayar hutang itu kepada waris-waris
orang mati itu.
Orang ramai berkata si
mati ini orang baik.
Berkata
Al-Imam Annawawi محرر
المذهب الشافعى berkata
setengah-setengah ‘Ulama: erti hadis itu
(المؤمن شهداء
الله فى الأرض دان أنتم شهداء الله (فى الأرض .
iaitu puji orang-orang yang ada
kelebihan dalam ugama puji yang baik kepada orang mati itu dan puji itu
bersetuju dengan apa yang ada pada orang mati itu, maka orang mati itu orang
Ahli syurga, dan kiranya puji itu tiada bersetuju dengan apa yang ada pada
orang mati itu, maka tiadalah puji itu kena pada tempatnya, begitu juga
sebaliknya.
Berkata al-Imam Annawawi: Sebenarnya hadis itu ertinya
tiada begitu, hadis itu, bererti cara umum, bahawa siapa orang mati maka Allah Ta‘ala
akan ilhamkan manusia puji akan dia dengan perkara-perkara yang baik, maka puji
orang kepada orang mati itu suatu dalil bahawa orang mati itu adalah ia seorang
Ahli Syurga, samada kelakuan orang mati itu sebab ia masuk syurga atau tiada,
kerana amal manusia itu tertakluk pada eradat dan masyi‘ah Allah Ta‘ala.
Dan ilham Allah kepada manusia memuji orang mati itu
suatu dalil menentukan hal orang mati itu, maka dengan yang demikian nyatalah
faedah manusia memuji orang mati itu.
Tamat.
دري وسائل الرحمات
فيما يطلب لمن مات اوله العلامة الشيخ احمد بن احمد بن اسماعيل الحلوانى الخليجي
يع ماتي تاهون 1308 هـ .
والله أعلم
YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
AWANG HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ,
Mufti
Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam.
|
|
Mufti Kerajaan
|
No comments:
Post a Comment