WASWAS SEMASA HENDAK DAN DALAM SEMBAHYANG
Soalan:
Saya
ada mempunyai sifat waswas yang amat tinggi.
Setiap kali saya hendak melakukan sembahyang, hati saya susah nak
memasang niat. Setiap kali saja saya hendak mengangkat takbir, hati saya
ragu-ragu dan begitu juga ketika sembahyang, ketika membaca ayat-ayat dalam
sembahyang terutama membaca ‘Bismillah’, hati saya ragu-ragu sama ada
bacaan saya itu betul atau tidak.
Jadi
bolehkah pihak Pehin Mufti dalam membantu saya untuk menghilangkan perasaan waswas
ini dan apa yang perlu saya buat?
Jawapan:
الْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَـالمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ سَـيِّـدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ
الدِّينِ، وَبَعْدُ
Waswas
menurut Kamus Dewan bererti perasaan sangsi, curiga dan khuatir. Dari istilah Bahasa Arab pula bererti
sangkaan buruk yang merunsingkan hati atau fikiran dan godaan batin.
Menurut
Imam al-Qurthubi Rahimahullah, al-Waswasah (الوسوسة) adalah suara yang tersembunyi atau bisikan hati (dalam
diri). Manakala al-Waswâs (الوَسْوَاس) adalah nama syaitan sepertimana yang disebutkan dalam surah
an-Nâs. (Al-Jâmi‘ li Ahkâm
al-Qur’ân: 20/261)
Perasaan waswas berbeza dengan syak.
Menurut Sayyid al-Bakri Rahimahullah,
sembahyang tidak batal jika waswas timbul kerana ia adalah fikiran yang datang
tanpa pilihan (ia hanyalah mainan fikiran). (Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/343)
Manakala
sekiranya syak timbul, maka hendaklah kita teruskan dengan apa yang kita
yakini. Ini bersesuaian dengan salah
satu Qâ‘idah Fiqhiyyah:
اَلْيَقِينُ لاَ يُزَالُ بِالشَّكِّ
Ertinya: “Keyakinan tidak dihilangkan oleh syak.”
Ini
bermaksud bahawa keyakinan adalah satu perkara yang tetap, manakala syak adalah
satu perasaan yang mendatang. Maka sesuatu
perkara itu dihukumkan mengikut apa yang tetap (yang diyakini) dan bukan yang disyaki.
Sabda Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam daripada Abu Sa‘îd al-Khudriyyi Radhiallahu ‘anhu:
إِذَا
شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَمْ أَرْبَعًا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا
اسْتَيْقَنَ ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْسًا ، شَفَعْنَ لَهُ
صَلاَتَهُ. وَإِنْ كَانَ صَلَّى
إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ ، كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ.
(رواه مسلم)
Maksudnya:
“Jika seseorang daripada kamu syak dalam sembahyangnya, lalu dia tidak
tahu berapa raka‘at telah dilakukannya.
Adakah tiga atau empat? Maka
buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah raka‘at yang
diyakini). Kemudian sujudlah dua kali
sujud sebelum memberi salam. Jika dia
telah melakukan lima raka‘at, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya)
menggenapkan sembahyangnya. Jika dia
telah melakukan sempurna empat raka‘at, kedua sujud itu sebagai satu tanda
kehinaan bagi syaitan.”
(Hadis Riwayat
Muslim)
Mengatasi
Waswas dengan Memperdalami Ilmu
Menurut
Sayyid al-Bakri Rahimahullah, waswas timbul kerana lemahnya akal
pemikiran dan kurangnya ilmu mengenai agama. (Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/214)
Sabda Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam daripada Ibnu ‘Abbâs Radhiallahu ‘anhumâ:
فَقِيهٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ.
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Seorang
faqîh (ahli ilmu agama) lebih susah bagi syaitan (mendatangkan waswas) daripada
seribu orang ahli ibadat (yang jahil).”
(Hadis
Riwayat at-Tirmidzî)
Hadis
yang disebutkan di atas merupakan galakan untuk kita memperdalami ilmu;
khususnya ilmu agama dalam masalah ibadat, agar kita yakin dalam segala amalan
kita, dan tidak mudah tewas oleh bisikan dan godaan syaitan yang cuba menimbulkan
keraguan dalam amalan kita.
Jadi
bagi mengatasi masalah waswas ketika sembahyang, hendaklah memperdalami ilmu
mengenai sembahyang; dari segi tatacara memasang niat, mengangkat takbîratul
ihram, bacaan-bacaan yang betul dalam sembahyang dan sebagainya.
Waswas
pada Niat Sembahyang dan Takbîratul Ihram
Niat
dari segi bahasa bererti kehendak atau tujuan di hati. Dari segi syara‘ pula bererti kemahuan untuk
melaksanakan sesuatu perkara sambil terus melakukan perkara tersebut. (Hâsyiah I‘ânah
ath-Thâlibîn: 1/206)
Jika
seseorang hendak melakukan sembahyang fardhu, adalah wajib dia menghadirkan di
dalam hatinya tiga syarat iaitu qashad (tujuan hendak sembahyang), ta‘yîn
(menentukan sembahyang Zhuhur dan sebagainya) dan ta‘arrudh (pernyataan
fardhu). Maka jadilah niat sembahyang fardhu Zhuhur umpamanya, seperti: “Aku sembahyang fardhu Zhuhur” atau “Aku
sembahyang Zhuhur fardhu.”
Demikian
juga wajib menyatakan pernyataan qashar bagi hak musâfir, dan pernyataan
‘imam’ atau ‘ma’mum’ seandainya berjemaah.
(Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/212)
Menurut Syamsuddîn Muhammad bin Ahmad
asy-Syarbînî al-Khathîb Rahimahullah, adalah sunat melafazkan niat sebelum mengangkat takbîratul
ihrâm agar lidah dan hati saling tolong-menolong pada
menghadirkan niat, dan sekaligus mengelak waswas. (Al-Iqnâ’: 1/175)
Jadi
seseorang yang hendak sembahyang fardhu Zhuhur, hendaklah menghadirkan dalam
hatinya tujuan sedemikian, dan sunat menyebut lafaz niatnya dengan lidah, seperti:
أُصَلِّى
فَرْضَ الظُّهْرِ
Ertinya: “Aku
sembahyang fardhu Zhuhur.”
Lalu
terus mengangkat takbîratul ihram dengan ucapan:
اللهُ أَكْبَر
Sambil
di hatinya masih menghadirkan atau masih tertanam niat untuk sembahyang fardhu
Zhuhur sehingga selesai mengucap takbir itu.
Menurut
Sayyid al-Bakri Rahimahullah, cara sedemikian adalah cara hakiki
menghadirkan niat yang beriringan dengan takbîratul ihram.
Menurut
al-‘Allâmah al-Bujairimi Rahimahullah, pendapat yang muktamad adalah memadai menghadirkan niat beriringan
dengan takbîratul ihram menurut ‘urf (kebiasaan); iaitu menghadirkan
niat pada mana-mana bahagian ucapan takbîratul ihram. Sebagai contoh, tujuan untuk sembahyang
fardhu Zhuhur dihadirkan pada mana-mana bahagian ucapan takbîratul ihram.
Menurut
Imam al-Ghazâli Rahimahullah, adalah memadai menghadirkan niat beriringan dengan takbîratul ihram
mengikut ‘urf (kebiasaan) bagi orang awam. Ini adalah kerana perlakuan sedemikian sudah
dianggap menghadirkan niat untuk sembahyang.
Berlainan bagi orang-orang tertentu (seperti sahabat-sahabat Nabi Radhiallahu
‘anhum), maka mereka mampu menghadirkan niat beriringan dengan takbîratul
ihram dengan cara yang hakiki; iaitu menghadirkan niat yang beriringan dengan
keseluruhan ucapan takbîratul ihram.
Pendapat
ini dibenarkan oleh Imam as-Subki Rahimahullah, dan
menurutnya, barangsiapa yang tidak mengucapkan niat sedemikian, mengalami waswas
yang tercela. Demikian pendapat-pendapat
yang disebutkan dalam Hâsyiah I‘ânah
ath-Thâlibîn. (Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/212-214)
Menurut Syamsuddîn Muhammad bin Ahmad
asy-Syarbînî al-Khathîb Rahimahullah, waswas yang datang ketika takbîratul ihram adalah permainan syaitan dan itu menunjukkan lemahnya
akal pemikiran dan kurangnya ilmu mengenai agama. (Al-Iqnâ’:
1/180)
Menurut sebahagian ulama,
berhati-hatilah jika syaitan menyerang dengan keburukan waswas. Jika terjadi
sedemikian dan di luar kemampuan, maka lakukanlah seperti apa yang telah disebutkan
tadi oleh Imam al-Ghazâli Rahimahullah bagi tujuan
memudahkan. (Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/213)
Sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âla dalam Surah
al-Hajj, ayat 78:
$tBur @yèy_ ö/ä3øn=tæ Îû ÈûïÏd9$# ô`ÏB 8luxm
Tafsirnya: “Dan Dia (Allah) tidak menjadikan
kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah-payah dalam perkara agama.”
Masalah
Waswas pada Bacaan dalam Sembahyang
Menurut Ibnu al-Jauzî Rahimahullah: Antara tipu daya Iblis terhadap orang yang
sembahyang ialah mendatangkan waswas pada makhraj huruf. Ada yang membaca ‘al-hamdu… al-hamdu…’
berulang kali sehingga menyebabkannya terkeluar dari adab sembahyang. Adakalanya Iblis mendatangkan waswas ketika
membunyikan tasydid (huruf bersabdu), dan adakalanya ketika membunyikan
huruf dhâd pada kalimah al-maghdhûb dalam surah al-Fâtihah
sehingga terkeluar air ludahnya kerana terlalu kuat tekanannya pada huruf itu.
Ini merupakan waswas yang
didatangkan oleh Iblis yang menyuruh mereka menyibukkan diri secara keterlaluan
dan melampaui batas dalam pengucapan huruf sehingga perhatian untuk memahami
bacaan berkurangan. Padahal yang
dikehendaki hanyalah mengeluarkan atau menyebutkan bunyi huruf dengan
betul. (Talbîs Iblîs: 183-184)
Menghadirkan
Hati Bagi Menjauhi Waswas
Antara
cara untuk mengatasi masalah waswas ketika sembahyang juga ialah dengan
menghadirkan hati.
Menurut
Imam al-Ghazâli Rahimahullah, antara cara menghadirkan hati ketika
sembahyang adalah dengan mengosongkan hati dari segala perkara yang mengganggu
fikiran. Perkara-perkara yang mengganggu
fikiran dapat dicegah dengan menolak penyebabnya. Oleh itu, selidikilah penyebab gangguan
itu. Penyebab-penyebab itu sama ada berunsur
persekitaran atau dalam diri sendiri.
Adapun
penyebab persekitaran adalah apa-apa yang terdengar oleh telinga atau ternampak
oleh mata. Maka, seorang yang kuat niat
dan azamnya untuk sembahyang tidak akan terganggu dengan apa yang didengar atau
dilihatnya. Namun, orang yang lemah
azamnya akan bercelaru pemikirannya, maka cara mengatasinya adalah dengan
menundukkan pandangan ke tempat sujud, atau sembahyang ditempat gelap, atau
membuang benda yang boleh mengganggu fikiran, atau bersembahyang dekat dinding
bagi membataskan pandangan dan mengelakkan dari bersembahyang di tempat laluan
atau atas tikar yang berukir.
Manakala
cara mengatasi faktor dalam diri, adalah dengan berusaha mengosongkan fikiran
dari hal-hal keduniaan dan menumpukan perhatian pada memahami apa yang
dibacanya dalam sembahyang.
Maka
seseorang yang hendak sembahyang, hendaklah mengingat akan dahsyatnya suasana
akhirat ketika dia akan berdiri di hadapan Allah Subhânahu wa Ta‘âla.
Jika
fikiran masih bercelaru, maka hendaklah meninggalkan perkara-perkara dunia yang
menjadi kesukaan hawa nafsunya yang merupakan perangkap syaitan. (Ihyâ’
‘Ulûmiddin: 1/225-226)
Firman
Allah Ta‘âla dalam Surah Thaha, ayat 14:
ÉOÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# üÍò2Ï%Ï! ÇÊÍÈ
Tafsirnya:
“Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku.”
Amalan
Zikir bagi Orang yang Waswas
Allah Subhânahu wa Ta‘âla telah
memerintahkan kita dalam Surah an-Nâs, untuk memohon perlindunganNya daripada
kejahatan syaitan yang sentiasa mengintai peluang untuk mendatangkan waswas (hasutan)
kepada manusia:
ö@è% èqããr& Éb>uÎ/ Ĩ$¨Y9$# ÇÊÈ Å7Ï=tB Ĩ$¨Y9$# ÇËÈ Ïm»s9Î) Ĩ$¨Y9$# ÇÌÈ `ÏB Íhx© Ĩ#uqóuqø9$# Ĩ$¨Ysù:$# ÇÍÈ Ï%©!$# â¨Èqóuqã Îû Írßß¹ Ĩ$¨Y9$# ÇÎÈ z`ÏB Ïp¨YÅfø9$# Ĩ$¨Y9$#ur ÇÏÈ
Tafsirnya: “Katakanlah
(Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada
(Allah) Pemelihara sekalian manusia, Yang menguasai sekalian manusia, Tuhan
yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik, penghasut
yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
(iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”
Syaitan disifatkan dengan al-Khannâs
(¨$¨Ysù:$#) kerana
sifatnya yang selalu tersembunyi dan tidak kelihatan. Dikatakan juga, kerana syaitan berundur lari jika
seseorang hamba itu ingat kepada Allah.
(Al-Jâmi‘ li Ahkâm al-Qur’ân: 20/262)
Sabda Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam daripada Anas bin Mâlik Radhiallahu ‘anhu:
مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ
الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، أُجِيرَ مِنَ الشَّيْطَانِ حَتَّى
يُمْسِيَ.
(أخرجه ابن السني)
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca pada pagi hari:
أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيمِ
(ertinya: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam),
maka dipelihara dia daripada syaitan sehingga petang.”
(Hadis
dikeluarkan oleh Ibnu as-Sunnî)
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam juga mengajarkan kita cara menghindari waswas sebagaimana dalam
hadis riwayat Muslim:
أَنَّ
عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ! إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي
وَبَيْنَ صَلاَتِي وَقِرَاءَتِي.
يَلْبِسُهَا عَلَيَّ. فَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ: خِنْزِبٌ.
فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ. وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا. قَالَ:
فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللهُ عَنِّي.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Sesungguhnya
‘Utsmân bin Abu al-‘Âsh Radhiallahu ‘anhu menghadap Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam lalu berkata: Wahai
Rasulullah! Sesungguhnya
syaitan telah menghalangi sembahyangku dengan bacaanku. Dia menimbulkan keraguan kepadaku. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
menjawab: “Itulah syaitan yang dipanggil
Khinzib. Jika engkau merasakannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya. Kemudian meludahlah ke sebelah kiri sebanyak
tiga kali.” (‘Utsmân berkata:) Aku pun
melakukan seperti apa yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan Allah pun melenyapkannya dariku.”
(Hadis
Riwayat Muslim)
Jarir
bin ‘Ubaidah al-‘Adawî mengatakan yang ertinya:
“Aku mengadu kepada al-‘Alâ’ bin Ziyâd: “Aku dapati waswas pada dadaku.” Dia pun berkata: “Itu seperti rumah yang diawasi oleh pencuri,
jika didapatinya ada sesuatu dalam rumah itu, maka dia bersegera
kepadanya. Jika tidak, dia pergi
meninggalkannya.” Maknanya, jika hati
disibukkan dengan dzikir (mengingati) Allah, tiada peluang bagi syaitan untuk
mengganggu. Tetapi syaitan mengambil
peluang untuk mendatangkan waswas apabila lalai dari dzikir (mengingati) Allah.
Al-Ustâz
Abu al-Hasan asy-Syâzalî Rahimahullah
pernah mengajarkan sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menghindarkan waswas
dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik.
Beliau mengatakan kepada mereka:
“Barangsiapa yang merasa sedemikian rupa, hendaklah dia meletakkan
tangan kanannya di atas dadanya, sambil membaca sebanyak tujuh kali sebelum
mengangkat takbîratul ihrâm:
سُبْحَانَ
الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ الْخَلاَّقِ الْفَعَّالِ
Ertinya: “Maha Suci
Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Suci (dari kekurangan), yang Maha
Menciptakan (sekalian makhluk) dan yang Maha Melakukan (apa yang
dikehendakiNya).”
Kemudian membaca ayat 19-20, Surah
Ibrahim:
bÎ) ù't±o öNä3ö7Ïdõã ÏNù'tur 9,ù=s¿2 7Ïy` ÇÊÒÈ $tBur y7Ï9¨s n?tã «!$# 9ÍyèÎ/ ÇËÉÈ
Tafsirnya: “Jika Dia
kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan
didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu. Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi
Allah melakukannya.”
Sebahagian
ulama juga mengatakan, digalakkan bagi orang yang terkena waswas ketika
berwudhu’, sembahyang dan lain-lain untuk membaca: JðS/@
PVMX
WãHTVÖXM
:W sebab
syaitan berundur apabila mendengar kalimat dzikir. Lebih-lebih lagi, kalimat JðS/@
PVMX
WãHTVÖXM
:W adalah
induk segala dzikir.
As-Sayyid
al-Jalîl Ahmad bin Abi al-Hawârî berkata yang ertinya: “Aku
mengadu kepada Abu Sulaimân ad-Dârânî Radhiallahu ‘anhu tentang waswas yang menimpaku. Beliau menjawab: “Jika engkau ingin
menghilangkannya, maka apabila saja engkau merasainya, bergembiralah, kerana
jika engkau bergembira, waswas itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh
syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah waswas itu
akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”
(Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/214-215)
Demikianlah
di antara amalan yang boleh diamalkan ketika diserang perasaan waswas ataupun
lintasan-lintasan pemikiran yang tidak baik.
Semoga dengan memperdalami ilmu syariat Islam juga boleh membantu untuk
menghilangkan perasaan waswas dalam menjalankan ibadat khususnya dan mengharungi
kehidupan umumnya, di samping sentiasa berusaha untuk menghadirkan hati
mengingat Allah ketika sembahyang mahupun ketika tidak sembahyang, dan memohon
perlindunganNya daripada syaitan.
وَاللهُ
أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ
[PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO PADUKA SERI SETIA
USTAZ HAJI AWANG ABDUL AZIZ BIN JUNED]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam
No comments:
Post a Comment