Thursday, May 14, 2015

SEMBAHYANG JUMAAT DI SURAU

 Surau atau balai ibadat mendirikan sembahyang Juma’at.

Soalan :

1.                 Sebilangan masyarakat merasa ragu tentang kedudukan surau yang mendirikan Sembahyang Fardhu Jumaat, adakah kita disunnatkan menunaikan Sembahyang Sunnat Tahiyatul Masjid, atau tidak, sedangkan gelaran tempat kita sembahyang itu bukan gelaran masjid.

2.                 Dinegara ini terdapat beberapa surau/balai ‘ibadat yang menunaikan Sembahyang Fardhu Juma’at, perlukah ditukar nama surau atau nama balai ‘ibadat itu menjadi masjid jika surau atrau balai ‘ibadat itu mendirikan Sembahyang Fardhu Juma’at.

Jawab :

الحمد لله،

1.                 Jika bangunan itu diwakafkan untuk dijadikan masjid, maka ia jadi masjid dan jika bangunan itu diwakafkan kerana sembahyang maka bangunan itu jadi waqaf kerana sembahyang dan tiada jadi masjid dan jika tuan punya bangunan itu wakafkan kerana sembahyang serta niatkan dalam hati jadikan masjid maka jadilah ia masjid.

2.                 Apabila bangunan itu jadi masjid maka shah ‘itikaf didalamnya dan haram berhenti didalamnya bagi orang Junub dan Sunnat Sembahyang Tahiyatul Masjid didalamnya.

3.                 Mendirikan Jumaat shah diman-mana bangunan, kiranya bangunan ada didalam tempat kediaman orang-orang yang sembahyang Juam’at itu.

والله أعلم بالصواب

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam


No comments:

Post a Comment