TERTINGGAL BACAAN FATIHAH DALAM SEMBAHYANG
Soalan:
1. Seorang
sembahyang, dalam satu rakaat, tertinggal membaca Fatihah dengan tiada sengaja,
sama ada pada rakaat, yang ia teringat di masa berdiri dibaca Fatihah dua kali
atau ditambah satu rakaat?
2. Adakah
benar setelah takbiratul ihram, tiada membaca Fatihah dengan tiada sengaja, di
masa berdiri pada rakaat kedua, baharu teringat dan bolehkah dibaca Fatihah
serta ditambah rakaat?
Jawapan:
الحمد لله،
1. Apabila ia tertinggal membaca Fatihah dalam mana-mana
rakaat, maka mestilah ia baca Fatihah itu, bila ia ingat pada hal ia dalam
sembahyang, dan segala ruku‘ dan sujud sebelum membaca Fatihah itu lagha
لغا dan tiada terpakai ini apabila ia ingat pada
hal ia belum masuk dalam rakaat yang kedua, dan apabila ia ingat yang ia tiada
membaca Fatihah ketika ia dalam rakaat yang kedua mestilah ia membaca Fatihah
ketika itu. Maka rakaat yang pertama itu
lagha, dan rakaat yang kedua itu mengambil tempat rakaat yang pertama
yang lagha itu dan mestilah ia membawa satu rakaat tambahan kerana
mencukupkan rakaat sembahyang kerana rakaat yang pertama itu lagha. Dan tiadalah memadai atau tiada cukup atau
tiada sempurna sembahyang dengan membaca dua kali Fatihah dalam mana-mana
rakaat lepas ia teringat tiada membaca Fatihah pada rakaat yang dahulunya.
2. Apabila
ia teringat dalam rakaat yang kedua, yang dia belum membaca Fatihah dalam
rakaat yang pertama. Maka mestilah
membaca Fatihah ketika itu dan rakaat yang pertama yang kosong dari Fatihah itu
lagha. Dan bermulalah rakaat sembahyangnya dengan rakaat, yang ia
membaca fatihah di dalamnya dan ia teruskan sembahyangnya
وَاللهُ اَعْلَمْ
[YDM. PEHIN
DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL
BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
|
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
Negara Brunei Darussalam.
|
No comments:
Post a Comment