Membaca al- Qur’an Dengan Tiada
Ketahui Maknanya
Soalan:
Apakah
hukumnya kita membaca ayat-ayat suci al‑Qur’an ketika belajar membaca
bersendirian walaupun kita tidak beberapa tahu maksudnya dan tidak faham maksud
ayat itu
(Saya
pandai membaca tetapi sedikit-sedikit membacanya) saya takut nanti lupa
membacanya.
Jawab:
الحمدلله
، اَللَّهُمَّ صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم .
1. (1) Membaca al-Qur’an
wajib dengan tajwid yakni dengan mengikut bacaan yang betul yang diambil
daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, kalau tiada begitu
adalah haram membaca al-Qur’an dengan tiada bertajwid, maka guru-guru al-Qur’an
itu mereka belajar daripada guru-guru al-Qur’an mereka, begitulah sehingga
sampai kepada sahabat-sahabat dan sahabat-sahabat Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam membaca al-Qur’an mengikut tajwid yang telah diajarkan
oleh Rasulllah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada mereka dan Rasulullah
membaca al‑Qur’an dengan belajar daripada Sayyidina Jibril ‘Alaihissalam .
(2) Membaca al-Qur’an
bertajwid dengan betul baris, betul makhraj tempat keluar huruf dan panjang
pendek dan hukum denggung dan ikhfa’ dan iqlab dan izhar
itu dan lain-lain semuanya itu hendaklah dengan belajar dan didengar daripada
guru al-Qur’an.
(3) Wajib
membaca al-Fatihah dengan bertajwid, tiada sah sembahyang dengan membaca al-Fatihah
dengan tiada tajwid, dari itu orang Islam wajib belajar Tajwid al-Fatihah.
(4) Membaca
al-Qur’an bertajwid adalah diberi pahala satu huruf 10 sepuluh hasanah atau
pahala sama ada orang yang membaca itu tahu makna dan erti al‑Qur’an yang
dibacanya atau ia tiada tahu akan makna ayat yang dibacanya itu, membaca al-Qur’an
suatu amal tabi‘at dan berdamping kepada Allah Ta’ala.
Dari
itu sayugia orang Islam membaca al-Qur’an bila-bila ada masa dan sempat membaca
al-Qur’an, dan wajib belajar membaca al-Qur’an sebelum ia boleh membaca al-Qur’an
dengan sendiri.
Rebutlah
peluang 10 sepuluh hasanah pahala pada tiap-tiap huruf al-Qur’an iaitu pahala
yang sangat mudah dibuat dan dikerjakan, supaya sentiasa seseorang itu ada
banyak pahala sepanjang hidupnya.
والله
أعلم بالصواب
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL
BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
Assalamualaikum Mufti yang saya hormati. Selaras dengan artikel " TIDAK TAHU MAKNA QURAN " saya ingin mendapat pencherahan berhubong dengan membaca Quran sechara berhalakah beramai bergeler di masjid salepas solat Subuh. Ketua halakah yang saya sertai ini saorang Arab kelulusan Al Azhar. Saya telah menegurnya dimana bacaan nya tidak tepat dengan hukum tajwid.
ReplyDeleteDia berkata kalau salah tentang Harakat, atau hukum Ifak, Idgham , Izhar dana lain lain nya dia katak mengapa dan bolih di teruskan. Dia hanya bolih ditegur kalau dia ada membuat kesalahan yang menukar makna sahaja. Pendapat saya kerana kita berhalakah dan dialah yang qori saya setiap kesalahan semasa membaca kalamullah Quran MESTI di perbetulkan tak kira siapa dia. Saya mohon pencherahan atas perkara ini. Wassallam