Sembahyang
Istikharah
Soalan:
Sila sebutkan cara atau kifayah sembahyang istikharah, bagi
hendak diamalkan.
Jawapan:
الحمد لله
1. Sembahyang Istikharah
yakni sembahyang mohon pilih di antara baik membuat sesuatu itu atau tiada
baik membuat akannya sesuatu.
2. Sembahyang Istikharah dua rakaat dibuat bagaimana
sembahyang yang lain.
3. Niat: نويت
صلاة الاستخارة ركعتين لله تعالى - Sahaja aku sembahyang istikharah dua rakaat
kerana Allah Taala semata-mata.
4. Lepas fatihah
pada rakaat yang pertama sunnat dibaca surah قل يا ايها الكافرون hingga akhirnya dan lepas fatihah pada rakaat yang kedua
sunnat dibaca surah Al-Ikhlas yakni قل هو الله احد hingga akhirnya.
5. Lepas salam sunnat dibaca doa yang masyhur yang datang daripada
Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
الحمد لله رب
العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين ، اللهم انى
استخيرك بعلمك واستقدر بقدرتك واسألك من فصلك العظيم فانك تقدرولااقدر وتعلم
ولااعلم وانت علام الغيوب، اللهم ان كنت تعلم ان هذا الامر خيرلى فى دينى ودنياى
ومعاشى وعاقبة امرى عاجله واجله فاقدره لى ويسره لى ثم بارك لى فيه ياكريم وان كنت
تعلم ان هذا الامر شرلى فى دينى ودنياى ومعاشى وعاقبة امرى وعاجله واجله فاصرفه
عنى واصرفنى عنه واقدرلى الحير حيث كان ثم رضنى به ياكريم ، وصلى الله على سيدنا
محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمد لله رب العالمين
Ertinya: Allah huma ya Allah, hamba mohon pilih
diantara baik membuat perkara ini atau kurang baik membuat perkara ini dengan
'alam Tuhan hamba dan hamba bermohon berkuasa membuat dengan qudrat Tuhan hamba
dan hamba bermohon ke hadhrat Tuhan hamba dari kelebihan Tuhan hamba yang amat
besar kerana Tuhan hamba berkuasa dan hamba tidak berkuasa dan Tuhan hamba
mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib. Allah huma ya Allah, kiranya Tuhan
hamba mengetahui bahawa perkara ini baik kepada hamba pada agama hamba, pada
dunia hamba, pada kehidupan hamba dan pada kesudahan pekerjaan hamba sama ada
bangunnya dan lambatnya. maka hamba
bermohon takdirkan dia kepada hamba dan mudahkan dia kepada hamba kemudian
mohon berkatkan hamba padanya ya Tuhan yang maha murah. Dan jika Tuhan hamba mengetahui bahawa
perkara ini jahat dan buruk kepada hamba pada agama hamba dan dunia hamba dan
kehidupan hamba dan kesudahan perkara hamba sama ada bangunnya. dan lambatnya
maka mohon palingkan hamba daripadanya dan takdirkan bagi hamba kebajikkan di
mana‑mana ada kebajikkan itu kemudian mohon Tuhan hamba redhakan hamba padanya.
Ya Allah yang maha murah.
6. Orang yang sembahyang Istikharah lepas berdoa itu ia
menamakan atau membutirkan hajatnya atau perkara yang dihajatnya dalam bahasaang
ia ketahui.
7. Bagus dikerjakan sembahyang Istikharah itu diwaktu malam
lepas Isyak waktu badan atau perut lega dari makanan yang dimakan dan boleh
juga dibuat pada siang hari atau lain-lain masa sebelum malam.
8. Dimulakan
doanya dengan الحمدلله رب العالمين dan salawat kemudian doa itu dengan salawat dan الحمدلله.
9. Lepas berdoa itu dia dalam keadaan berharap-harap dan takutkan
Allah jika lapang dadanya bagi membuat perkara itu maka dia buatlah dan jika
lapang dadanya bagi tidak dibuat perkara itu maka dia tinggalkanlah dan jika
tidak lapang dadanya bagi membuat dan tidak membuat maka ia ulangkan sembahyang
Istikharah itu sehingga lapang dadanya pada sesuatu.
10. Inilah sembahyang
Istikharah cara syara’.
وَاللهُ اَعْلَمْ بِالصَّوَابِ
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI
ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
|
Pejabat Mufti, Brunei
|
Mufti Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment