Wednesday, May 13, 2015

ISU KANAK KECIL DALAM SAF SEMBAHYANG

ADAKAH PUTUS JEMA‘AH DENGAN ADA KANAK-KANAK KECIL YANG BELUM BERKHATAN DI DALAM SHAF JEMA‘AH ATAU SHAF-SHAF JUM‘AT.

SOAL:

Kebanyakan orang tua-tua membawa anak mereka datang ke masjid untuk bersama-sama berjema‘ah pada hari jum‘at di mana kesempatan mereka untuk mengajar anak mereka supaya selalu untuk besembahyang seperti yang disuruh oleh ugama.

Soalan: Adakah putus shaf antara satu jema‘ah dengan yang lain disebabkan oleh anak yang dibawa oleh bapanya yang mana anak itu masih lagi kecil (belum ‘aqil baligh) dan belum lagi berkhatan (masih menyimpan kotoran di zakarnya).

Soalan: Apakah hukumnya bapa si anak yang membawa anaknya berjema‘ah sama satu shaf itu.

JAWAB:

Berkata Al-Imam Ibnu Hajar dalam kumpulan fatwanya:

Qaul yang mu‘tamad bahawa kanak-kanak laki-laki itu bila mereka mendahului orang-orang baligh dalam shaf yang pertama, maka tiadalah harus (tiada boleh) orang-orang baligh itu mengeluarkan kanak-kanak laki-laki itu dari shaf yang pertama, bersalahan khuntsa dan perempuan hendaklah dikeluarkanmereka dari shaf yang pertama itu, sebagaimana saya (Al-Imam Ibnu Hajar) telah jazamkan dengan yang demikian itu dalam kitab saya Syarhu Al-Irsyad dan ibadat Syarhu Al-Irsyad itu begini: Sunat berdiri laki-laki, sekalipun mereka bukan baligh atau baligh dan kanak-kanak laki-laki yang kedua-duanya itu hendak mengikut imam yang sembahyang, atau kedua-duanya datang kemudian daripada kanak-kanak laki-laki, atau kanak-kanak laki-laki datang dahulu daripada orang baligh dan kanak-kanak laki-laki itu, sebagaimana telah lalu sebutannya, atau orang-orang dewasa datang bertujuan mengikut imam, bershaf di belakang imam, kemudian apabila shaf dewasa telah penoh, maka kanak-kanak laki-laki berdiri di belakang shaf orang dewasa sekalipun kanak-kanak laki-laki itu terbeza daripada orang dewasa, dengan ada ilmu atau lain, ini menyalahi akan paerkataan Al-Imam Al-Darimi, kerana kanak-kanak laki-laki itu jenis orang laki-laki itu, dan jikalau shaf orang dewasa itu tida penoh, maka shaf dewasa itu dipenohkan dengan kanak-kanak laki-laki dan jikalau kanak-kanak laki-laki datang dahulu duduk dalam shaf, maka tiadalah boleh diketepikan kanak-kanak laki-laki itu dari shaf itu, bagi diberikan kepada orang-orang dewasa, kemudian berdiri shafnya di belakang shaf kanak-kanak laki-laki, sekalipun shaf kanak-kanak laki-laki itu tiada penoh, dengan diihtimalkan mereka sebgai laki-laki dan tiadalah boleh dipenohkan shaf kanak-kanak laki-laki itu dengan khuntsa, sekalipun tiada penoh shaf khuntsa itu dengan khuntsa itu dan sayugia dahulukakn perempua-perempuan yang balighdaripada kanak-kanak perempuan diqiaskan di atas yang tersebut dalam perkara kanak-kanak laki-laki tamat.

Katanya: Bukan maksud kanak-kanak laki-laki itu datang dahulu itu iaitu datang mereka ke mesjid dahulu daripada orang dewasa, bahkan tujuan kanak-kanak laki-laki itu datang dahulu dan duduk mereka pada shaf yang pertama, sekalipun sebelum didirikan sembahyang, maka pada ketika itu tiadalah boleh diketipikan kanak-kanak laki-laki itu dari shaf mereka dengan tujuan supaya laki-laki dewasa duduk ditempat-tempat dalam shaf mereka, kerana kanak-kanak laki-laki itu jenis orang dewasa, bersalahan khuntsa dan perempuan maka keduanya buka jenis kanak-kanak laki-laki itu. Tamat.

Dari perkataan Al-Imam Ibnu Hajar di ataas ini, apabila kanak-kanak laki-laki dalam dalam mesjid dan ia telah duduk di dalam mana-mana shaf sembahyang dengan tujuan hendak sembahyang mengikut imam, samada sembahyang jum‘at atau lain maka haram di atas orang dewasa, mengalih dan mengeluarkan kanak-kanak laki-laki itu dari tempat mereka dari shaf-shaf yang mereka ada, kerana tempat-tempat awam seperti pasar, jalan raya, Mina dan ‘Arafah siapa datang dahulu dan mengambil tempat di sana tiadalah siapa boleh melarang dan menghalau mereka dari tempat-tempat yang telah diisi oleh mereka, sila lihat dalam bab Ihya’u Al-Mawat dan seumpamanya dari kitab-kitab fiqh.

Berkata Al-Imam Ibnu Hajar dalam Al-Tuhfah, bahawa orang telah berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

يا  رسول الله ألا نبنى بيتا بمنى،  يملك فقال: لا، منى مناخ من سبق.
hadits ini hadits shahih. Tamat.

Ertinya:Ya Rasulullah, Mohon kami hendak dirikan untuk tuan hamba sebuah pondok di Mina tempat berlindong dari terik matahari, jawab dan sabda Rasulullah kepadanya: Mina itu tempat orang singgah, siapa dahulu maka ia berhak berada di tempat itu.

Ini dia hukum hukum kanak-kanak laki-laki datang ke mesjid dan telah mengambil tempat dalam shaf-shaf dan barisan-barisan sembahyang dan mereka berhak duduk dalam shaf-shaf dan barisan-barisan yang telah mereka ambil dan duduk dalam shaf-shaf dan barisan-barisan itu dan tiada berhak bagi siapa melarang dan menegah dan mengeluarkan mereka dari dalam shaf-shaf dan barisan-barisan yang telah mereka duduk dan penohkan itu dan apabila mereka ada didapati dan diketahui serta dengan yakin menanggung najis, maka mereka boleh dikeluarkan dari shaf-shaf sembahyang, jika tiad ada akan mudharat kepada yang mengeluarkan mereka pada diri, atau harta atau nama bagi yang mengeluarkan kanak-kanak itu dan mudharat itu seumpama naik radang, atau pertengkaran dan heboh dan sebagainya.

(ب). Berkata Al-‘Allamah Al-Sayyid ‘Abdul Rahman Al-Madhur Mugni Al-Diyar Al-Hadhramiyyah wa ‘Alimuha yang mati tahun 1320 Hijrah dalam Bughyatu Al-Mustarsyidin: Masalah ي:

Jikalau dalam shaf sembahyang ada siapa yang tiada shah sembahyangnya seperti ada najis padanya, atau ada lihn Fatihah padanya, atau ada pada shaf dan barisan di hadapan ada orang-orang seperti keadaan yang tersebut itu, maka tiadalah luput fadhilat dan kelebihan pahala berjema‘ah daripad orang-orang yang ada berdiri dalam shaf-shaf yang di belakang, sekalipun lebih jauh shaf mereka daripada shaf orang yang shah sembahyang mereka, sekadar boleh muat seorang berdiri pada masalah yang pertama dan lebih jauh dari tiga hasta pada masalah yang kedua dikecualikan jka orang-orang yang ada pada shaf-shaf di belakang itu mengetahui akan bathil sembahyang orang-orang yang disebutkan itu dan sembahyang mereka tiada sahh pada pendapat ulama yang shah kita bertaqlid dengan mereka dan orang-orang itu ada daya boleh mengeluarkan orang-orang yang tiada shah sembahyang mereka dari shaf0shaf mereka dengan tiada takut apa-apa mudharat di atas diri mereka atau harta mereka atau nama mereka bila mereka mengeluarkan orang-orang tiada shah sembahyang mereka darishaf-shaf dan barisan-barisan mereka itu, kerana fadhilat pahala jema‘ah boleh hasil dengan mengikut seorang imam yang tiada diketahui ada .. pada hal ia berhadats,maka lebih utama dan awla tiada mengetahui akan bathil sembahyang orang-orang yang ia tiada ada sangkut paut dengan orang-orang itu (ma’mum-ma’mum yang bathil sembahyang mereka dan tiada diketahui oleh ma’mum yang lain akan bathil sembahyang ma’mum itu) dan kerana berjauh-jauh daripada imam dan undur kebelakang dan berjauh-jauh dari satu shaf kepada satu shaf dengan ada suatu udzur seperti panas (seperti di Masjid Al-Haram ada shaf jah-jauh dan putuskerana panas terik matahari pada tempat-tempat lapang) tiadalah jadi hilang fadhilat jema‘ah, maka begitu juga di sini (orang-orang atau ma’mum yang bathilsembahyangnya berada dalam shaf-shaf sembahyang itu dan kerana mereka telah berhak ada susuk dalam shaf-shaf itu, sebab mereka telah datang dahulu daripada orang yang shah sembahyangnya itu, serta orang yang tiada shah sembahyangnya itu bertaqlid kepada ulama yang mengatakan sembahyangnya itu, begitu juga jika ia tiada bertaqlid kepada mana-mana ulama, kerana menurut suatu qaul bahawa orang awam itu tiada mempunyai mazhab, maka dari itu diketahui barangsiapa telah berada di dalam mana-mana shaf dan barisan, maka tiadalah boleh dihalau ia dari shaf dan barisan itu, melainkan jika diketahuibahawa sembahyangnya itu telah bathil dengan ijma‘ ulama, atau ia I‘tiqad bahawa sembahyangnya itu telah rosak dan bathil dengan ketika ia mengerjakansembahyangnya itu. Tamat.

Yang di atas ini perkataan Al-Imam Al-Sayyid ‘Abdullah bin ‘Omar Bin Abu Bakar Bin Yahya dzu Al-Yaqini wa Al-‘Azmi wa Katsratu Al-Ithla‘i wa Jawdatu Al-Fahmi. Jika didapati orang-orang yang menjadi ma’mum itu dalam mana-mana shaf sembahyang itu bathil sembahyangnya pada mana-mana satu mazhab dan shah pada mana-mana satu mazhab yang lain, maka fadhilat berjema‘ah tiadalah luput dari orang-orang atau ma’mum yang berjema‘ah itu.

Jadi jika didapati kanak-kanak laki-laki yang dibawa oleh bapanya duduk dalam mana-mana shaf sembahyang jum‘at dan tiada diketahui kanak-kanak itu tiada berkhatan dan tiada diketahui ia telah membersihkan qalafahnya, maka menurut pendapat atau fatwa Al-‘Allamah Al-Sayyid ‘Abdullah Bin yahya yang di atas ini tiadalah meluput fadhilatsembahyang jum‘at itu dan shah jum‘at orang yang sembahyang jum‘at itu dengan ada kanak-kanak itu di dalam shaf-shaf jum‘at itu.

والله أعلم



[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam


Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei

No comments:

Post a Comment