Wednesday, May 13, 2015

SURAH YANG DISUNATKAN DALAM JUMAAT

Imam-Imam Jum‘at tiada baca surah-surah yang disunatkan dibaca dalam Sembahyang Jum‘at.


Sayugia pihak yang berkenaan mengeluarkan surat pekeliling kepada sekalian imam-imam seluruh negeri membaca surah-surah yang sunat dibaca dalam sembahyang terutama dalam sembahyang Jum‘at supaya benar-benar mengikut mazhab kita Al-Syafi‘e dan mengikut bagaimana tauladan yang telah dibuat oleh Al-Marhum Pengiran Di Gadong Pengiran Haji Muhammad Salleh Kadhi Besar Brunei Darussalam yang dahulu pada masa-masa yang lalu.

(1).Dalam sembahyang Juma‘at dibaca raka‘at yang pertama سبح atau surah الجمعة pada raka‘at yang kedua الغاشية atau المنافقون .

(2).Dalam subuh Juma‘at dibaca raka‘at yang pertama الم السجدة dan pada raka‘at yang kedua هل اتى على الإنسان .

2.Hendaklah imam-imam menghafaz surah-surah itu dengan lancar dan bertajuid Wallahu wa‘lam.

3.Nampaknya sekarang imam-imam bermazhab Syafi‘e sebelah rantau sini mematikan sunat membaca surah-surah yang tersebut.


والله أعلم


[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam



Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei

No comments:

Post a Comment