(Dengan nama Allah,
Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Bermusafir
dikategorikan sebagai situasi yang pada kebiasaannya mengandungi pelbagai kesusahan
dan kesulitan. Perihal kesusahan atau kesulitan itu tetap ada, tergantung
sejauhmana jarak perjalanan dan tujuan safar seseorang itu. Umpamanya melancong
tidak sama dengan menunaikan ibadat haji dari sudut kesusahan dan kesulitan
yang ditempoh. Oleh itu Allah Subhanahu
Wa Ta‘ala telah
meringankan bagi orang-orang yang bermusafir dalam banyak perkara yang
melibatkan hukum-hukum agamanya, di antaranya ialah sembahyang.
Keringanan
bagi orang musafir
Allah
Subhanahu wa Ta‘ala telah memberikan dua bentuk keringanan dalam
sembahyang kepada orang yang bermusafir.
Pertama: Mengurangkan bilangan sembahyang yang empat rakaat
menjadi dua rakaat. Ia dinamakan dengan qasar, sebagaimana Firman Allah Subhanahu
wa Ta‘ala dalam surah an-Nisaa:
…V¢XM…Wè `ØST`TŠW£W¶ Á X³`¤KKV‚ô@… ð¨`~VÕWTÊ `yRÑ`~VÕWÆ e—†TWTÞS– ÜKV… N…èS£S±pTÍWTŽ WÝYÚ YáléVÕUfT±Ö@…
(سورة
النساء: 101)
Maksudnya: Dan jika kamu musafir di muka bumi, maka kamu
tidaklah berdosa ‘mengqasarkan’ (memendekkan) sembahyang.
(Surah an-Nisaa: Ayat
101)
Kedua: Menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama
lain dan ditunaikan dalam satu waktu, supaya orang yang bermusafir mendapat
kekosongan waktu yang seluas-luasnya. Ia dinamakan dengan sembahyang jamak
iaitu menghimpunkan antara dua sembahyang. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu
‘anhuma bahawa dia berkata:
كَانَ
رَسُولُ الله صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم يَجْمَعُ بَينَ صَلاَةِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ
إِذَا كَانَ عَلَى ظَهرِ سَيرٍ، ويَجمَعُ بَينَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ.
(رواه
البخاري)
Maksudnya: “Rasullullah Shallahu ‘alaihi wasallam
menghimpunkan antara sembahyang Zohor dan Asar dan juga antara Maghrib dan
Isyak ketika musafir.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Sembahyang
berjemaah bagi orang musafir
Orang
yang musafir adalah diharuskan untuk melakukan sembahyang berjemaah dengan
orang yang bermukim. Bagi orang yang bermukim, adalah harus baginya dan tidak
menjadi masaalah jika dia menjadi makmum kepada orang musafir sekalipun orang
musafir itu melakukan sembahyangnya dengan mengqasarkannya. Walau bagaimanapun
orang yang bermukim itu hendaklah menyempurnakan sembahyangnya setelah imamnya
yang menunaikan sembahyangnya secara qasar itu selesai memberi salam. Sementara
itu, disunatkan ke atas imam yang musafir itu memberitahu jamaahnya yang
terdiri daripada orang yang bermukim dengan berkata: “Kamu sempurnakanlah
sembahyang kamu, sesungguhnya kami adalah arang-orang yang bermusafir”.
1. Permasalahan sembahyang qasar
dalam sembahyang berjemaah
Berlainan
pula halnya jika orang musafir yang mengqasarkan sembahyangnya menjadi makmum
kepada orang yang bermukim atau orang musafir yang tidak mengqasarkan
sembahyangnya. Para ulama telah menjelaskan,
di antara syarat mengerjakan sembahyang dengan qasar itu hendaklah orang yang
bermusafir itu tidak menjadi makmum kepada orang yang bermukim atau orang
musafir yang tidak mengqasarkan sembahyangnya iaitu mengerjakannya dengan
bilangan rakaat yang sempurna. Jadi, jika hal sebegini berlaku maka wajib ke
atas orang musafir yang menjadi makmum itu mengerjakan sembahyangnya dengan
bilangan rakaat yang sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh imam sembahyang
jemaah berkenaan.
Dia
tidak diharuskan untuk mengqasar sembahyangnya sekalipun bilangan rakaat
sembahyang yang dikerjakan oleh imam itu hanya dua rakaat seperti sembahyang
fardhu Subuh, sembahyang Jumaat, dan sembahyang-sembahyang sunat yang lain
kerana sembahyang-sembahyang tersebut merupakan sembahyang-sembahyang yang
sempurna bilangan rakaatnya.
Begitulah
juga jika orang yang musafir itu menyangka imam itu seorang musafir, tetapi ternyata
imam itu seorang yang mukim dan mengerjakan sembahyang dengan bilangan rakaat
yang sempurna (tidak mengqasar), maka orang yang musafir itu juga hendaklah menyempurnakan
sembahyangnya sepertimana sembahyang imam.
Orang
yang musafir itu juga hendaklah mengerjakan sembahyang dengan bilangan rakaat
yang sempurna jika merasa ragu sama ada imam yang diikutinya itu seorang
musafir atau mukim dan tidak dapat dipastikan akan kedudukannya.
Manakala
jika orang musafir itu menjadi makmum kepada imam yang mengerjakan sembahyang
dengan bilangan rakaat yang sempurna, kemudian batal sembahyangnya ataupun
sembahyang imam maka hendaklah orang yang musafir itu mengulang sembahyangnya
dengan bilangan rakaat yang sempurna juga.
-
Manakah yang lebih afdhal sembahyang qasar atau jemaah?
Walaupun
orang musafir itu diberi keringanan hukum dengan mengqasar sembahyangnya ketika
dalam pelayaran, akan tetapi jika dia ada pilihan untuk bersembahyang
dibelakang imam yang bermukim atau bermusafir yang tidak mengqasarkan
sembahyangnya, maka adalah lebih utama dia mengerjakan sembahyang dengan
bilangan rakaat yang sempurna secara berjemaah daripada dia mengqasarkan
sembahyangnya dan mengerjakan secara bersendirian.
Ini
adalah berdasarkan perkataan Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala dalam
kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah yang mana beliau telah membandingkan
hukum sembahyang berjemaah dengan sembahyang qasar, dan beliau berkata
sembahyang berjemaah itu fardhu kifayah dan sembahyang qasar itu sunat. Fardhu
kifayah itu lebih utama daripada sunat. Apatah lagi sembahyang jemaah itu
mempunyai kelebihan daripada sembahyang bersendirian. Sepertimana sabda Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam:
صَلاَةُ
الجَمَاعَةِ تَفضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً.
(رواه البخاري)
Maksudnya: “Sembahyang
berjemaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh
tujuh darajat.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
-
Masalah niat bagi orang musafir dan mukim
Dari
segi niat sembahyang orang yang musafir, jika dia berniat qasar dengan mengikut
imam yang mengerjakan sembahyang sempurna hukumnya adalah sah, akan tetapi niat
qasarnya tidak dikira dan dia mesti menyempurnakan sembahyangnya sebagaimana
sembahyang imam.
2. Permasalahan sembahyang jamak
dalam sembahyang jemaah
Dalam
masalah sembahyang jamak pula, orang yang musafir harus menjamak sembahyangnya
walaupun dia telah sembahyang berjemaah dengan menjadi makmum kepada orang yang
bermukim pada sembahyangnya yang pertama.
Setelah
dia selesai mengerjakan sembahyang yang pertama itu, dia hendaklah terus
melakukan sembahyang yang kedua (yang dijamaknya). Orang musafir tersebut boleh
mengerjakan sembahyang kedua itu dengan bilangan rakaat yang sempurna ataupun
dengan qasar, sebagaimana yang disebutkan oleh Asy-Syeikh Ibrahim al-Baijuri Rahimahullahu
Ta‘ala bahawa sembahyang jamak boleh dikerjakan sama ada dengan mengerjakan
kedua-dua sembahyang itu secara sempurna ataupun keduanya diqasar atau salah
satunya sempurna dan salah satunya lagi diqasar.
Sebagai
kesimpulan, sembahyang secara berjemaah itu boleh dilakukan di antara orang musafir
dan orang yang bermukim begitulah juga sebaliknya dengan mengikut aturan-aturan
yang telah dijelaskan.
Saya telah jamak tqdim maghrib dan isyak. Ketika azan isyak berkumandang saya masih berada di perkarangan masjid. Adakah saya boleh mengikuti jemaah di masjid? Bagaimana solat saya sebelum ini? Mohon pencerahan
ReplyDeleteMenurutku sih lebih baik sembahyang lagi namun tidak sembahyang pun tidak apa apa
DeleteAssalamualaikum tuan.. Saya telah berjemaah di kampung.. Tetapi tidak dijamakkan dwngan isyak.. Semasa di rnr, saya melakukan solat qasar isyak.. Adakah dibolehkam cara saya ini? Tqq
ReplyDeleteBoleh
DeleteAssalamualaikum tuan2,sy tiap2 hr ulang dr tumah kr sekolah sejauh 75km pergi shj.ada satu ketika,sy pergi sekolah,sy diberitahu ada tsklmt.jarak taklmt dr sek sejauh 16kmpergi shj.adkh sy diboleh bt jamak?.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan2,sy tiap2 hr ulang dr tumah kr sekolah sejauh 75km pergi shj.ada satu ketika,sy pergi sekolah,sy diberitahu ada tsklmt.jarak taklmt dr sek sejauh 16kmpergi shj.adkh sy diboleh bt jamak?.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan2,sy tiap2 hr ulang dr tumah kr sekolah sejauh 75km pergi shj.ada satu ketika,sy pergi sekolah,sy diberitahu ada tsklmt.jarak taklmt dr sek sejauh 16kmpergi shj.adkh sy diboleh bt jamak?.
ReplyDeleteBolehkah solat jamak dilakukan secara berjemaah sesama jemaah yg juga musafir..?terima kasih
ReplyDeleteboleh ke solat zuhur bjemaah msjd dan smbung qasar asar
ReplyDeleteAssalamua’alaikum.. saya ingin bertanya.. saya keluar negri untuk melancong selama 6 hari 5 malam.. maka saya tidak boleh mengqasarkan solat saya.. tetapi boleh kah saya menjamak solat saya tanpa qasar.. ? kerana terdapat kesulitan saya untuk Mengerjakan solat saya dalam waktu yg ditetapkan.. dengan banyak program2..pengaturan masa yg singkat.. dan susah mencari tempat solat..
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan,Saya niat musafir dari penang nak ke kl,Tappi waktu zohor saya berjamaah 4 rakaat,Adakah Asara saya perlu jamak atau Saya teruskan solat 4 rakaat?
ReplyDeleteBolehkan kita sembahyang jemaag sesama musafir atau kite wajib sembahyang jemaah dengan mukim
ReplyDelete