Wednesday, May 6, 2015

SEMBAHYANG TAHAJJUD



SEMBAHYANG TAHAJJUD:
Janganlah dilupakan



(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sembahyang selain ia sebagai salah satu daripada Rukun Islam, ia mempunyai kedudukan yang utama dari ibadat-ibadat lain. Keutamaannya antara lain boleh mencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan munkar, Firman Allah Subhanahu wa Taala:

UfûMX… WáléTVÕJð±Ö@… uøWä`TÞWTŽ XÝWÆ Yò:†W­`™WÉ<Ö@… %X£VÑÞSÙ<Ö@…Wè S£<ÒY¡VÖWè JðY/@… S%¤WiTT`{KV… SJðJðS/@…Wè ñyVÕ`ÅWTÿ †WÚ WÜéSÅWÞp±WTŽ (45)
(سورة العنكبوت: 45)

Tafsirnya: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar: dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Ankabut: 45)

Melalui sembahyang seseorang itu bermunajat langsung kepada Allah Subhanahu wa Taala dan sebagai salah satu cara untuk memohon pertolongan kepadaNya, Firman Allah Subhanahu wa Taala:

N…éSÞ~YÅWT`ª@…Wè X¤`iJð±Ö@†YŠ &YáléVÕJð±Ö@…Wè †WäPVTßMX…Wè dáW£~Y‰VÑVÖ ‚PVMX… øVÕWÆ WÜkYÅY­HTW<Ö@… (45)
(سورة البقرة: 45)

Tafsirnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu.”
(Surah al-Baqarah: 45)

Sebenarnya semua ibadat dalam Islam mempunyai peranan dan kepentingannya sendiri.

Mengetahui fadhilat dan kelebihan suatu ibadat itu pasti akan merangsang dan mendorong seseorang untuk melakukannya.

Salah satu ibadat yang tidak patut dilupakan ialah sembahyang Tahajjud (Sembahyang waktu malam), kerana ibadat ini adalah amalan orang-orang shaleh. Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam sendiri telah menunjukkan contoh tauladan bagaimana tekunnya Baginda bersembahyang waktu malam sebagaimana disebut dalam riwayat al-Bukhari sehingga pecah-pecah tumit Baginda.

كَانَ يَقُومُ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ.
(رواه البخارى)

Maksudnya: “Adalah (Nabi Shallallahu alaihi wasallam)  qiam al-lail sehingga pecah-pecah dua tapak kakinya (tumitnya).”

Suasana malam dengan segala macam program dan aktiviti-aktivitinya seperti rancangan-rancangan televisyen dan sebagainya, memungkinkan orang tidak dapat tidur di awal waktu, akibatnya orang akan tertidur hingga ke pagi, maka peluang untuk beribadat seperti sembahyang Tahajjud dan lain-lain ibadat tentu akan terlepas. Maka jika ini menjadi budaya sudah tentu sembahyang Tahajjud mungkin dilupakan, seperti sembahyang Witir kemungkinan hanya diingati pada bulan Ramadhan, tetapi tidak menjadi amalan di malam-malam yang lain. Ini ditakuti berkemungkinan ada fahaman sebahagian orang bahawa kerja-kerja sunat itu apabila dibuat mendapat pahala sedangkan apabila ditinggalkan tidak berdosa, fahaman sedemikian sangat membimbangkan kerana persoalan di sini bukan masalah tidak berdosa, tetapi kehilangan kelebihan dan fadhilat, padahal ini adalah saham untuk di akhirat.

Pengertian Sembahyang Tahajjud

Sembahyang Tahajjud ialah sembahyang sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas bangun daripada tidur.  Dinamakan ia dengan tahajjud kerana meninggalkan keinginan untuk tidurdengan tujuan bermunajat kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Menurut sejarah, sembahyang Tahajjud dikerjakan oleh Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam sejak mula-mula Islam berkembang di Madinah berdasarkan firman Allah Taala:

†WäQSTÿKV†H;TTWTÿ SÔQYÚQW¥SÙ<Ö@… (1) YySTÎ WÔT`~PVÖ@… ‚PVMX… ¾„~YÕWTÎ (2) ,ISãWÉ`±YPTß YèVK… p°SÍß@… Sã`ÞYÚ ½„~YÕWTÎ (3) `èVK… ` Y¦ Yã`~VÕWÆ XÔPYŽW¤Wè WÜ…ƒòó£SÍ<Ö@… ½„~YTpŽ£WTŽ (4)
(سورة المزمل: 2-5)

Tafsirnya: “Wahai orang yang berselimut, Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “tartil” (dengan bacaan yang terang jelas dan betul menurut ilmu tajwid)”  
(Surah al-Muzzammil: 1-4)

Tahajjud di dalam Al-Quran dan Sunnah

Sembahyang Tahajjud disyariatkan di dalam al-Quran sebagai ibadat tambahan dan dijanjikan kepada orang yang melakukannya satu tempat yang terpuji di hari Kiamat. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala

WÝYÚWè XÔT`~TPVÖ@… `ŸQW•WäWWTÊ -YãYŠ ^àTVÕYʆWTß ðÐVPÖ uvøW©WÆ ÜKV… ðÐW‘WÅ`‰WTÿ ðÐQSTŠW¤ †_Ú†WÍWÚ …_ éSÙ`™QWÚ (79)
(سورة الإسراء: 79)

Tafsirnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah )sembahyang Tahajjud( padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu (pada hari akhirat) di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra:  79)

Di samping itu, orang yang melakukannya akan mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Taala dengan firmanNya:

WÝTÿY¡PVÖ@…Wè WÜéS~Y‰WTÿ `yXäQYTŠW£YÖ …_ŸJðTT•Sª †_ÙHTW~YTÎWè (64)
(سورة الفرقان: 64)

Tafsirnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”
(Surah al-Furqaan: 64)

Di dalam sebuah hadits ada menyebutkan bahawa sembahyang Tahajjud dapat mendekatkan diri kepada Allah Taala:

أنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللّيْلِ، فإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحينَ قَبْلَكُمْ، وَإِنَّ قِيَامَ اللّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللهِ، وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ، وتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ، ومَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَن الجَسَدِ.
(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Kerjakanlah qiam al-lail (sembahyang malam) kerana sesungguhnya ia amalan biasa dilakukan oleh orang-orang shaleh sebelum kamu dan sesungguhnya qiam al-lail itu mendekatkan diri kepada Allah,  mencegah daripada membuat dosa, menghapuskan kejahatan-kejahatan, dan dapat menghindarkan daripada penyakit tubuh badan.”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)

Dalam riwayat yang lain, Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنَ العَبْدِ في جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ، فإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللهُ في تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ.
(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Sedekat-dekat Allah kepada hambaNya ialah pada tengah malam yang terakhir. Oleh itu, jikalau engkau berupaya, hendaklah engkau menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka usahakanlah.”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)

Hukum Sembahyang Tahajjud

Pada asalnya hukum sembahyang Tahajjud adalah wajib berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al-Muzammil ayat 1-5 yang disebutkan terdahulu.

Berdasarkan riwayat Muslim, hukum sembahyang Tahajjud itu menjadi sunat selepas difardhukan sembahyang lima waktu sebagaimana riwayat daripada Aisyah Radhiallahu anha ketika ditanya oleh Saad bin Hisham:

“Tunjukkan kepadaku bagaimana Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam bersembahyang?”, Aishah menjawab: “Tidakkah engkau membaca ayat: (يَآاَيُّهَا الْمُزَّمِّلْ)”, Saad menjawab: “Ya! (aku membaca ayat berkenaan)”. Lalu Aishah berkata: “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan sembahyang malam sebagaimana yang diperintahkan di dalam ayat pertama surah al-Muzzammil”. Maka Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya menunaikan sembahyang malam itu selama dua belas bulan sehinggalah turun ayat terakhir dari surah yang sama dan menjadikan sembahyang malam itu sebagai tathawwu’ (amalan sunat) setelah ia difardhukan.

Walaupun sembahyang malam itu sebagai tathawwu’, sembahyang ini masih menjadi keutamaan dan mempunyai fadhilat yang besar berdasarkan sabda Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam:

أَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ.
(رواه  النسائى)

Maksudnya: “Seafdhal-afdhal sembahyang sesudah sembahyang fardhu ialah sembahyang malam (Tahajjud).”
(Hadits Riwayat an-Nasai)

Masa dan waktunya

Waktu menunaikan sembahyang Tahajjud ialah sesudah masuk waktu ‘Isya dan selepas menunaikan sembahyang ‘Isya hingga terbit fajar sebelum masuk waktu subuh. Disyaratkan dilakukan selepas bangun daripada tidur, sekalipun tidur itu hanya sekejap. Jika dikerjakan sebelum tidur maka ia bukan dinamakan sembahyang Tahajjud.

Ahmad bin Qasim al-‘Abadi berkata: “Walaupun sembahyang Isya dilakukan dengan cara jama’ taqdim dengan sembahyang maghrib di dalam waktu maghrib dan seterusnya bertahajjud disyaratkan juga dilakukan selepas tidur.”

Menurut Syeikh as-Syarwani pula, maksud selepas tidur itu ialah: “Hendaklah tidur selepas masuk waktu ‘Isya walaupun belum menunaikan sembahyang ‘Isya, sebagaimana perkataan Sheikh Imam Shihab Ar-Ramli, hendaklah tidur itu pada waktu yang biasa orang tidur (selepas sembahyang ‘Isya).

Persoalan yang mungkin berbangkit adakah memadai “syarat tidur’ seseorang yang tidur di waktu maghrib sehingga masuk waktu isya?

Syeikh as-Syarwani menjelaskan, jika seseorang itu tidur di dalam waktu maghrib dan bangun ketika masuk waktu Isya tidaklah memadai dengan tidurnya itu. Kerana Ibnu Hajar menyatakan bahawa tidur itu hendaklah selepas masuk waktu Isya sekalipun dia masih belum mengerjakan sembahyang Isya.

Manakala waktu yang paling afdhal menurut Ibnu Hajar al-Haitami ialah waktu tengah malam atau waktu sahur, iaitu satu pertiga akhir malam hinggalah sebelum masuk waktu subuh. Sesuai dengan firman Allah Taala:

YySTÎ WÔT`~PVÖ@… ‚PVMX… ¾„~YÕWTÎ (2) ,ISãWÉ`±YPTß YèVK… p°SÍß@… Sã`ÞYÚ ½„~YÕWTÎ (3) `èVK… ` Y¦ Yã`~VÕWÆ XÔPYŽW¤Wè WÜ…ƒòó£SÍ<Ö@… ½„~YTpŽ£WTŽ (4)
(سورة المزمل: 2 - 4)

Tafsirnya: “Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil (dengan bacaan yang terang jelas dan betul menurut ilmu tajuid).”
(Surah al-Muzzammil: 2-4)

Rakaat Sembahyang Tahajjud

Di dalam kitab Fath al-Mu’in disebutkan bahawa, bilangan rakaat sembahyang Tahajjud itu tidak ditentukan, dan sekurang-kurangnya dua rakaat.

Walau bagaimanapun, sembahyang Tahajjud itu adalah mengikut ketentuan masa dan keikhlasan atau keta’atan individu itu sendiri mengikut kemampuannya. Jika banyak rakaatnya maka banyaklah pahalanya. Akan tetapi afdhal memanjangkan bacaan sembahyang daripada melakukan banyak rakaat menurut kebanyakan ulama Syafieyah.

Begitu juga, makruh mengerjakannya pada keseluruhan malam kerana ditakuti akan tidur di siang hari, dan tidak dapat melakukan tuntutan urusan keagamaan dan keduniaan yang lain di siang hari.

Dikecualikan pada sepuluh malam akhir bulan Ramadhan dan dua hari raya kerana menghidupkan malam-malam tersebut adalah disunatkan.

Sabda Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

عن عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم:َ يَا عَبْدَ اللَّهِ أَلَمْ أُخْبَرْ أَنَّكَ تَصُومُ النَّهَارَ وَتَقُومُ اللَّيْلَ؟ فَقُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ فَلَا تَفْعَلْ، صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ، فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا.
(رواه البخارى)

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash Radhiallahu ‘anhuma, telah berkata Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepadaku: “Wahai Abdullah telah dikhabarkan kepadaku sesungguhnya engkau berpuasa di siang hari dan beribadat di waktu malam?”, Abdullah pun menjawab: “Benar ya Rasullullah”, maka Rasullullah pun bersabda: “Janganlah engkau berbuat begitu, berpuasalah kemudian berbukalah, beribadatlah (waktu malam) kemudian tidurlah, kerana sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya dan bagi matamu ada haknya dan bagi isterimu ada haknya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Dalam perkara bangun di tengah malam ini, Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kurang senang terhadap orang yang bangun di tengah malam, tetapi tidak mengerjakan sembahyang Tahajjud atau beribadat sebagaimana riwayat Abdullah bin Amr bin al-ِ‘Ash katanya:

قَالَ لِي رَسُولُ اللّهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: يَا عَبْدَ اللّهِ، لَا تَكُنْ مِثْلَ فلانٍ كَانَ يَقُومُ مِنَ الْلَيلِ فَتَرَكَ قِيَامُ اللَيْلِ.
(رواه البخارى)

Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepadaku: “Wahai Abdullah! jangan jadi seperti si fulan, dia bangun malam tetapi meninggalkan sembahyang malam.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Kelebihan dan Fadhilatnya

Sembahyang Tahajjud mempunyai banyak kelebihan dan fadhilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.  Antara kelebihan atau fadhilatnya ialah:

1.    Di tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji, sebagaimana firman Allah Taala:

ÜKV… ðÐW‘WÅ`‰WTÿ ðÐQSTŠW¤ †_Ú†WÍWÚ …_ éSÙ`™QWÚ (79)
(سورة الإسراء: 79)

Tafsirnya: “Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu (pada hari akhirat) di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)

2.    Mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah Taala:

WÝTÿY¡PVÖ@…Wè WÜéS~Y‰WTÿ `yXäQYTŠW£YÖ …_ŸJðTT•Sª †_ÙHTW~YTÎWè (64)
(سورة الفرقان: 64)

Tafsirnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”
(Surah al-Furqaan: 64)

3.    Dapat mendekatkan diri kepada Allah Taala, sebagaimana riwayat Hakim:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنَ العَبْدِ في جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ.
(رواه الحاكم)

Maksudnya: “Sedekat-dekat Allah kepada hambaNya ialah pada tengah malam yang terakhir.
(Hadits riwayat al-Hakim)

Di dalam riwayat yang lain,

وَإِنَّ قِيَامَ اللّيْلِ قُرْبَةٌ إلى الله.
(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Sesungguhnya qiam al-lail itu mendekatkan diri kepada Allah.”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)

4.   Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya. Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ الْلَيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأُسْتَجِيْبَ لَهُ، مَن يَسْأَلُنِيْ فَأُعْطِِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِيْ فَأُغْفِرَ لَهُ.
(رواه البخارى) 

Maksudnya: Allah yang Maha Agung turun pada setiap malam ke langit dunia pada satu pertiga akhir malam Dia (Allah Subhanahu wa Taala) berfirman: Siapa yang berdoa akan Ku-kabulkan, siapa yang meminta akan Ku-tunaikan, dan siapa yang memohon keampunan akan Ku-ampunkan.
(Hadits riwayat al-Bukhari)

5.    Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mencegah daripada melakukan dosa dan kejahatan. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللّيْلِ فإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللّيْلِ قُرْبَةٌ إلى الله وَمَنْهَاةٌ عَن الإِثْمِ وتَكْفِيرٌ للسَّيِّئَاتِ ومَطْرَدَةٌ للدَّاءِ عَن الجَسَدِ.
(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Kerjakanlah sembahyang malam kerana sesungguhnya ia pekerjaan yang biasa dilakukan oleh orang-orang shaleh sebelum kamu dan sesungguhnya menghidupkan malam itu mendekatkan diri kepada Tuhan, dan mencegah daripada membuat dosa dan melakukan kejahatan, dan dapat menghindarkan daripada penyakit tubuh badan.”
(Hadits  riwayat at-Tirmidzi)

6.    Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera. Sabda Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ.
(رواه الحاكم وإبن ماجه والترمذى)

Maksudnya: “Sembahyanglah di waktu malam di kala orang sedang nyenyak tidur, pasti kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.”
(Hadits riwayat al-Hakim, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

7.    Mendapat syafaat baginya dan ahli keluarganya sepertimana perkataan Abu al-Walid an-Nisaburi: “Orang yang bertahajjud diberi syafaat kepadanya dan ahli keluarganya.”

Dari itu, tidak syak lagi sembahyang Tahajjud itu mempunyai fadhilat yang banyak dan kelebihan yang amat besar  kepada orang-orang yang melakukannya.

Kaifiah (cara-cara) Sembahyang Tahajjud

Sembahyang Tahajjud dikerjakan setiap dua rakaat sekali salam dan diakhiri dengan sembahyang witir. Di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari ada menyebutkan:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بنِ عمرَ رضيَ اللَّهُ عنهما قال: إنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلَاةُ الْلَيلِ؟ قَالَ: مَثنَى مَثنَى، فَإِذَا خِفْتَ الصُّبحَ فَأوتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
(رواه البخارى)

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya: “Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasullullah: “Wahai Rasullullah bagaimanakah sembahyang malam itu?, Rasullullah menjawab: “Dua dua (tiap dua rakaat satu salam), maka apabila kamu khawatir akan masuk waktu subuh, maka tutuplah dengan sembahyang witir satu rakaat.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Lafaz niat sembahyang Tahajjud ialah:
أُصَلِّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى.

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat pertama selepas surah al-Fatihah dibaca surah al-Kafirun dan rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.

Perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum sembahyang Tahajjud antaranya ialah:

1.    Sunat sebelum tidur berniat untuk bangun melakukan sembahyang Tahajjud berdasarkan riwayat daripada Ibnu Khuzaimah:
قَالَ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: مَنْ أَتَى فِرَاشَهُ وَهُوَ يَنْوِي أَنْ يَقُومَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ فَغَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ حَتَّى أَصْبَحَ كُتِبَ لَهُ مَا نَوَى وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ.
(رواه النسائى)

Maksudnya: “Telah bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesiapa yang akan tidur dan berniat bangun untuk melakukan sembahyang malam, kemudian terlajak tidur hingga pagi, maka dicatatkan niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya pula dianggap sebagai kurnia Tuhan azza wajalla  yang diberikan kepadanya.”
(Hadith riwayat an-Nasai)

2.    Sunat suami membangunkan isteri atau sebaliknya, berdasarkan riwayat daripada Abu Daud:

رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ في وَجْهِهَا المَاءَ، رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا، فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ في وَجْهِهِ المَاءَ.
)رواه أبو داود)

Maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang dan membangunkan isterinya. Oleh itu, jika isteri itu enggan, percikkanlah air di mukanya. Allah juga memberikan rahmat kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk bersembahyang dan membangunkan suaminya. Oleh itu,  jika suaminya enggan, percikkanlah  air di mukanya.”
)Hadits riwayat ِAbu Daud)

3.    Sunat bersiwak sebelum sembahyang sepertimana yang dibuat oleh Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

عن حُذَيفةَ رضيَ اللَّهُ عنه قال: أن النبيَّ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ لِلتَّهَجُّدِ مِنَ الْلَيلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ.
(رواه الدرامى)

Maksudnya: “Daripada Huzaifah Radhiallahu ‘anhu katanya: Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bangun untuk bertahajjud di waktu malam baginda menggosok-gosok mulutnya (gigi) dengan kayu siwak.”
(Hadits ad-Darami)

4.    Sunat sebelum sembahyang Tahajjud membasuh muka untuk menghilangkan rasa mengantuk dan membaca surah ali-Imran berdasarkan riwayat daripada Ibnu Majah:

اسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ.
(رواه إبن ماجه)

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam terjaga dari tidur dan untuk menghilangkan rasa mengantuk Baginda menyapu mukanya dengan tangannya kemudian membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Ali-Imran.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

5.    Sunat  memulakan dengan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat yang ringan sebelum menunaikan sembahyang Tahajjud sepertimana yang dianjurkan oleh Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam haditsnya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم قَالَ: إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْلِ، فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.
)رواه مسلم)

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu bangun malam, maka hendaklah memulai sembahyangnya dengan dua raka’at yang ringan.”
 (Hadits riwayat Muslim)

6.    Selepas itu barulah menunaikan sembahyang Tahajjud sepertimana yang telah dibuat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

عَنِ الأَسْوَدِ قال: سألتُ عائشةَ رضيَ اللّهُ عنها: كَيْفَ صَلاَةُ النَبيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم بِالْلَيلِ؟ قَالَتْ: كَانَ يَنَامُ أَوَّلَهُ، وَيَقُومُ آخِرَهُ فيُصلِّي، ثمَّ يَرجِعُ إِلَى فِرَاشِهِ، فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ بِه حَاجَةٌ اِغْتَسَلَ، وَإِلاّ تَوَضَأَ وَخَرَجَ.
(رواه البخاري)

Maksudnya: “Daripada  Aswad katanya: Aku telah bertanya kepada Aishah radhiallahu ‘anha, bagaimanakah sembahyang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam di waktu malam? Aishah pun menjawab: Adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidur pada awal malam, kemudian bangun pada akhir malam, lalu Baginda mengerjakan sembahyang, kemudian tidur kembali, apabila azan dilaungkan Baginda pun bersegera bangun, jika Baginda ada keperluan Baginda akan mandi, jika tidak baginda pun berwudhu kemudian keluar (ke masjid untuk bersembahyang).”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Doa sembahyang Tahajjud

Menurut Ibnu Hajar al-Haitami selepas sembahyang Tahajjud hendaklah membanyakkan membaca doa dan istighfar. Dituntut berdoa dan beristighfar pada keseluruhan malam, lebih-lebih lagi pada pertengahan malam dan lebih afdhal pada waktu sahur, sebagaimana firman Allah Subahanahu wa Ta’ala:

fÛTÿX£YÉ<çÅWTó©SÙ<Ö@…Wè Y¤†W™óªVK‚ô@†YŠ (17)
(سورة العمران: 17)

Tafsirnya: “Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”
(Surah ali-Imran: 17)

N…éST߆VÒ ¾„~YÕWTÎ WÝYQÚ XÔTT`~TPVÖ@… †WÚ WÜéSÅW•`äWÿ (17) X¤†W™T`ªVK‚ô@†YŠWè óØTSå WÜèñ£YÉ<çÅWTT`©TWÿ (18)
(سورة الذاريات:  17/18)

Tafsirnya: “Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula , mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”
(Surah adz-Zdaariyaat: 17/18)

Sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً، لاَ يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَذٰلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ.
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Daripada Jabir katanya: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya pada waktu malam itu ada saat tertentu, apabila seorang muslim memohon kebajikan urusan dunia dan akhirat kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya, dan yang demikian itu ada pada setiap malam.”
(Hadits riwayat Muslim)

Istighfar yang biasa dibaca ialah:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Ertinya: “Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya.”

Antara doa yang dibaca oleh Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah:

1.    Membaca doa sebagaimana yang dibaca oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika memulakan sembahyang malam:

عن أَبُي سَلَمَةَ رضى الله عنه قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ رضي الله عنها، بِأَيِّ شَيْءٍ كانَ النَّبيُّ يَفْتَتِحُ صَلاَتَهُ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ؟ قَالَتْ: كانَ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ افْتَتَحَ صَلاَتَهُ فَقَالَ:

اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَواتِ وَالأَرْضِ وعَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فيما كَانُوا فيه يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الحَقِّ بإِذْنِكَ إِنَّكَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
(رواه الترمذى)

Maksudnya:Daripada Abu Salamah Radhiallahu anhu katanya: “Aku telah bertanya kepada Aisyah Radhiallahu anha, dengan apa Nabi memulakan sembahyangnya jika bangun di waktu malam?” Aisyah menjawab: “Nabi memulakan sembahyangnya dengan membaca doa (maksudnya):”

“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, Tuhan yang mengetahui alam yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang (menghukum) menentukan di antara hamba-hambaMu dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan dengan izinMu, sesungguhnya Engkaulah yang memberi pertunjuk kepada mereka yang Engkau kehendaki ke jalanMu yang lurus.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

2.    Doa selepas sembahyang Tahajjud:

عَنِ ابْنِ عبَّاسٍ رضيَ اللَّهُ عنهما قال: كَانَ النَبيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللََّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ:

اللَّهمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمدُ أَنتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرضِ وَمَنْ فِيهِنّ، وَلَكَ الَحَمدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَولُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ.

 اللّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ.
(رواه البخارى)

Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya: “Adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bangun daripada tidur Baginda pun bertahajjud dan membaca doa:

“Ya Allah! BagiMu segala puji, Engkau penegak langit dan bumi serta segala isinya, bagiMulah segala puji, Engkaulah raja penguasa langit dan bumi serta segala isinya, BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi serta segala isinya, BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak dan janjiMu adalah benar dan perjumpaanMu itu adalah hak, dan firmanMu adalah benar, dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu adalah benar dan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah benar dan hari kiamat itu benar.

“Ya Allah! KepadaMulah aku menyerahkan diri, dan kepada-Mulah aku beriman, kepadaMulah aku berserah diri (bertawakkal) dan kepadaMulah aku kembali dan dengan dalilMu aku berhujjah dan kepadaMulah aku memohon keadilan. Ampunilah aku atas kesalahan yang telahku lakukan dan yang sebelumnya, sama ada yang aku sembunyikan maupun yang aku nyatakan, Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu dan Tuhan Yang Terakhir, tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul ‘Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Memanjangkan bacaan, semasa berdiri atau semasa rukuk dan sujud?

Menurut Ishak bin Rahwiyah dalam kitab al-Majmu menyatakan bahawa adalah afdhal memanjangkan bacaan semasa rukuk dan sujud daripada memanjangkan bacaan semasa berdiri bagi sembahyang sunat yang dilakukan di waktu siang. Sebaliknya di waktu malam, memanjangkan bacaan semasa berdiri lebih afdhal daripada memanjangkan bacaan semasa rukuk dan sujud, kerana sesungguhnya banyak keterangan daripada hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahawa memanjangkan bacaan semasa berdiri lebih afdhal daripada memanjangkan bacaan semasa rukuk dan sujud. Ini kerana bacaan dzikir semasa berdiri lebih afdhal daripada bacaan dzikir ketika rukuk dan sujud.

Hadits Jabir Radhiallahu ‘anhu:

عن جابر قَالَ: سُئِلَ رَسُولَ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم أَيّ الصَلاَة أَفْضَل؟ قَالَ : طُولُ القُنُوت.
(رواه أحمد)

Maksudnya: Daripada Jabir katanya: “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya, sembahyang apakah yang lebih afdhal? Baginda bersabda: “Memanjangkan bacaan semasa doa qunut (berdiri).”
(Hadits riwayat Ahmad)

Di mana lebih afdhal, di rumah atau di masjid?

Sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah seperti sembahyang Tahajjud adalah lebih afdhal dikerjakan di rumah, tetapi boleh juga dikerjakan di masjid.

فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ، فَإِنَّ أَفْضَلَ صَلَاة الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ، إِلَّا الصَّلاَةَ الْمَكْتُوْبَة.
(رواه البخارى)

Maksudnya: “Wahai manusia, kerjakanlah sembahyang di dalam rumah-rumah kamu, sesungguhnya sebaik-baik sembahyang seseorang adalah di dalam rumahnya, kecuali sembahyang Fardhu.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Daripada riwayat Abu Musa Radhiallahu anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِي يُذْكَرُ اللّهُ فِيهِ، وَالْبَيْتِ الَّذِي لاَ يُذْكَرُ اللّهُ فِيهِ، مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّت.
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Perumpamaan rumah yang diingati Allah didalamnya dan rumah yang tidak diingati Allah didalamnya, adalah seperti perumpamaan orang yang hidup dengan orang yang mati.”
(Hadits riwayat Muslim)

Dalam riwayat Ibnu Umar Radhiallahu anhuma,  Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اِجْعَلُوا مِنْ صَلاَتِكُمْ فِي بُيُوتِكُمْ. وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُوراً.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Kerjakanlah sembahyang kamu di rumah kamu, dan janganlah kamu jadikan rumah kamu itu seperti kubur.”
(Hadits riwayat Muslim)

Bolehkah bersembahyang Tahajjud selepas Witir?

Apabila seseorang itu sudah mengerjakan sembahyang witir, kemudian dia hendak mengerjakan sembahyang sunat yang lainnya seperti sunat Tahajjud, hukumnya adalah harus dan tidak makruh perbuatannya itu. Akan tetapi bolehkah dia mengulangi sembahyang witirnya itu? Dalam hal ini, sembahyang witirnya yang awal itu tidak terhapus. Oleh yang demikian janganlah diulangi sembahyang witirnya itu, dan bolehlah dia mengerjakan apa saja sembahyang yang syaf‘an (genap) jika dia mahu.

Dalam sebuah hadits Thalq bin ‘Ali daripada ayahnya berkata:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ.
(رواه الترمذى)

Maksudnya:Saya pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tiada dua witir dalam satu malam.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Bolehkah Sembahyang Tahajjud diqadha?

Menurut Ibnu Hajar al-Haitami apabila luput sembahyang Tahajjud, sunat diqadha sebelum menunaikan sembahyang Subuh jika ada masa yang panjang. Jika tidak, bolehlah diqadha setelah habis waktu yang ditegah untuk bersembahyang sunat. Walau bagaimanapun, dibolehkan mengqadhanya di dalam waktu yang ditegah itu, kerana ia termasuk antara sembahyang yang mempunyai sebab terdahulu, selama mana tidak mencari-cari peluang dengan sengaja untuk melakukannya di dalam waktu yang ditegah.

Manisnya sembahyang Tahajjud

Bangun tengah malam untuk bersembahyang Tahajjjud bukanlah mudah ia hanya dilakukan oleh hamba yang ingin memanjatkan doanya, rasa takut akan kemurkaan Allah Taala di samping ingin memohonkan serta mengharapkan redha Allah Taala, sehingga mata lena dan mata mengantuk diterangi. Maka atas asas semuanya ini, semua halangan dan rintangan dapat diatasi. Mata yang mengantuk mudah dipimpin untuk memuja bagi mendapatkan redha Allah Taala, kerana keredhaan Allah Taala itulah yang diharap-harapkan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

cÜ.Wép¶X¤Wè fÛQYÚ JðY/@… &S¤Wip{KV…
(سورة التوبة: 72)

Tafsirnya: “Serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya.”
(Surah at-Taubah: 72)

Demikian itulah matlamat sembahyang Tahajjud sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala:


uøWTʆW•WWTŽ óØSäSŠéSÞTS– XÝWÆ XÄg–†ðµWÙ<Ö@… WÜéSÆ`ŸWTÿ óØSäQWTŠW¤ †_TTTÊóéTWž †_ÅWÙðºWè †QWÙYÚWè óØSäHTWTpÞÎW¦W¤ WÜéSÍYÉÞSTÿ (16)
(سورة السجدة: 16)

Tafsirannya: “Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur  (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang Tahajjud dan amal-amal shaleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami berikan kepada mereka.”  
(Surah as-Sajadah:  16)

Rahsia kemanisan iman dan taqwa sebagaimana yang digambarkan oleh ayat di atas tidak akan dirasai melainkan orang yang terjun dan bernang dalamnya. Maka bertolak daripada fadhilat dan kelebihan sembahyang Tahajjud sebagaimana yang diterangkan terdahulu sekali-kali jangan ia dilupakan, kelak akan kerugian!

Untuk mengakhiri Irsyad ini, disebutkan lagi beberapa kelebihan-kelebihan sembahyang Tahajjud sebagai tambahan iaitu:

Orang yang menunaikan sembahyang Tahajjud akan diberikan sembilan keutamaan di dunia dan di akhirat sebagaimana riwayat Umar Al-Khattab Radhiallahu anhu:

عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم أَنَّهُ قَالَ: مَنْ صَلَّى فِى الْلَيلِ وَأَحْسَنَ الصَّلَاة أَكْرَمَهُ اللهُ تَعَالَى بِتِسْعَةِ أَشْيَاءَ، خَمْسَةٌ فِى الدُّنْيَا، وَأَرْبَعَةٌُ فِى الْآخِرَةِ، الخَمْسَةُ الَّتِى فِى الدُّنْيَا: يَحْفَظُهُ اللهُ مِنَ الْآفَاتِ، وَيَظْهَرُ اَثَرُ الطَّاعَةِ فِى وَجْهِهِ، وَيُحِبُّهُ قُلُوبُ عِبَادِهِ الصَّالِحِينَ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ، وَيَنْطِقُ لِسِانُهُ بِالْحِكْمَةِ، وَيَجْعَلُهُ حَكِيْمًا اَىْ يَرْزُقُهُ الْفِقْهَ. وَالْأَرْبَعَةُ الَّتِى فِى الْآخِرَةِ: يُحْشَرُ مِنَ الْقَبْرِ أَبْيَضُ الْوَجْهِ، وَيُيَسِّرُ عَلَيهِ الحِسَابُ، وَيَمُرُّ عَلَى الصِّرَاطِ كَالْبَرْقِ الخَاطِفِ، وَيُعطِى كِتَابَهُ بِيَمِيْنِهِ يَوْمَ الْقِيَامَة.

Maksudnya: “Daripada Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Sesiapa bersembahyang waktu tengah malam (tahajjud) dan memelihara sembahyang tersebut, Allah akan memberikan kepadanya dengan sembilan macam kemuliaan;  lima di dunia dan empat di akhirat.

Lima macam kemuliaan di dunia itu ialah:

1.    Allah akan memelihara dirinya daripada segala penyakit.
2.    Dinampakkan pada mukanya tanda-tanda sebagai orang yang taat kepada Allah.
3.    Disayangi oleh hati-hati orang-orang shaleh dan sekalian manusia.
4.    Lidah berisi hikmat. (percakapannya penuh dengan hikmah)
5.    Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi.

Empat macam kemuliaan di akhirat pula ialah:

1.    Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
2.    Diringankan hisabnya.
3.    Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
4.    Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.”


Dalam ibadat sunat seperti sembahyang Tahajjud, kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua. Buatlah apa yang kita mampu dan terdaya, walaupun sedikit. Yang sedikit itu adalah permulaan yang terbaik.

4 comments:

  1. Terima kasih atas info fatwa tersebut.

    ReplyDelete
  2. Jazakallah khairan kathira 🥰
    Info sangat jelas dan senang difahami...
    Terima kasih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi ada sikit kesalahaan yang text bahasa arab.. Mohon diperbaiki ya 😊

      Delete
  3. Adakah Tahajjud menerangi kubur?

    ReplyDelete