(Dengan nama Allah, Segala puji bagi
Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Sembahyang
selain ia sebagai salah satu daripada Rukun
Islam , ia mempunyai
kedudukan yang utama dari ibadat-ibadat lain. Keutamaannya antara lain boleh
mencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan munkar, Firman
Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
UfûMX… WáléTVÕJð±Ö@… uøWä`TÞWTŽ
XÝWÆ Yò:†W`™WÉ<Ö@…
%X£VÑÞSÙ<Ö@…Wè S£<ÒY¡VÖWè
JðY/@… S%¤WiTT`{KV…
SJðJðS/@…Wè ñyVÕ`ÅWTÿ
†WÚ WÜéSÅWÞp±WTŽ
(45)
(سورة العنكبوت: 45)
Tafsirnya: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar: dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.”
(Surah al-‘Ankabut: 45)
Melalui
sembahyang seseorang itu bermunajat langsung kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sebagai salah satu cara untuk memohon
pertolongan kepadaNya, Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
N…éSÞ~YÅWT`ª@…Wè X¤`iJð±Ö@†YŠ &YáléVÕJð±Ö@…Wè
†WäPVTßMX…Wè dáW£~Y‰VÑVÖ
‚PVMX… øVÕWÆ
WÜkYÅYHTW<Ö@… (45)
(سورة البقرة: 45)
Tafsirnya:
“Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu.”
(Surah al-Baqarah:
45)
Sebenarnya
semua ibadat dalam Islam mempunyai peranan dan kepentingannya sendiri.
Mengetahui
fadhilat dan kelebihan suatu ibadat itu pasti akan merangsang dan mendorong
seseorang untuk melakukannya.
Salah
satu ibadat yang tidak patut dilupakan ialah sembahyang Tahajjud (Sembahyang
waktu malam), kerana ibadat ini adalah amalan orang-orang shaleh. Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam sendiri telah
menunjukkan contoh tauladan bagaimana tekunnya Baginda bersembahyang waktu
malam sebagaimana disebut dalam riwayat al-Bukhari sehingga pecah-pecah tumit
Baginda.
كَانَ يَقُومُ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ.
(رواه البخارى)
Maksudnya: “Adalah
(Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam) qiam al-lail sehingga pecah-pecah dua tapak
kakinya (tumitnya).”
Suasana
malam dengan segala macam program dan aktiviti-aktivitinya seperti
rancangan-rancangan televisyen dan sebagainya, memungkinkan orang tidak dapat
tidur di awal waktu, akibatnya orang akan tertidur hingga ke pagi, maka peluang
untuk beribadat seperti sembahyang Tahajjud dan lain-lain ibadat tentu
akan terlepas. Maka jika ini menjadi budaya sudah tentu sembahyang Tahajjud
mungkin dilupakan, seperti sembahyang Witir kemungkinan hanya diingati
pada bulan Ramadhan, tetapi tidak menjadi amalan di malam-malam yang lain. Ini
ditakuti berkemungkinan ada fahaman sebahagian orang bahawa kerja-kerja sunat
itu apabila dibuat mendapat pahala sedangkan apabila ditinggalkan tidak
berdosa, fahaman sedemikian sangat membimbangkan kerana persoalan di sini bukan
masalah tidak berdosa, tetapi kehilangan kelebihan dan fadhilat, padahal ini
adalah saham untuk di akhirat.
Pengertian
Sembahyang Tahajjud
Sembahyang
Tahajjud ialah sembahyang sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas
bangun daripada tidur. Dinamakan ia
dengan tahajjud kerana meninggalkan keinginan untuk tidurdengan tujuan
bermunajat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Menurut sejarah, sembahyang Tahajjud dikerjakan
oleh Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sejak mula-mula Islam berkembang di Madinah
berdasarkan firman Allah Ta‘ala:
†WäQSTÿKV†H;TTWTÿ SÔQYÚQW¥SÙ<Ö@… (1)
YySTÎ WÔT`~PVÖ@…
‚PVMX… ¾„~YÕWTÎ
(2) ,ISãWÉ`±YPTß
YèVK… p°SÍß@…
Sã`ÞYÚ ½„~YÕWTÎ
(3) `èVK…
` Y¦ Yã`~VÕWÆ
XÔPYŽW¤Wè WÜ…ƒòó£SÍ<Ö@…
½„~YTpŽ£WTŽ (4)
(سورة
المزمل: 2-5)
Tafsirnya: “Wahai orang yang berselimut, Bangunlah sembahyang
Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk
berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh
itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan
“tartil” (dengan bacaan yang terang jelas dan betul menurut ilmu tajwid)”
(Surah
al-Muzzammil: 1-4)
Tahajjud di dalam
Al-Qur’an dan Sunnah
Sembahyang
Tahajjud disyariatkan di dalam al-Qur’an sebagai ibadat tambahan dan dijanjikan kepada orang
yang melakukannya satu tempat yang terpuji di hari Kiamat. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
WÝYÚWè XÔT`~TPVÖ@… `ŸQW•WäWWTÊ -YãYŠ ^àTVÕYʆWTß ðÐVPÖ uvøW©WÆ ÜKV… ðÐW‘WÅ`‰WTÿ ðÐQSTŠW¤ †_Ú†WÍWÚ …_ éSÙ`™QWÚ (79)
(سورة الإسراء: 79)
Tafsirnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah )sembahyang Tahajjud( padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu
membangkitkan dan menempatkanmu (pada hari akhirat) di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra: 79)
Di samping itu, orang yang melakukannya akan mendapat
keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala
dengan firmanNya:
WÝTÿY¡PVÖ@…Wè WÜéS~Y‰WTÿ `yXäQYTŠW£YÖ …_ŸJðTT•Sª †_ÙHTW~YTÎWè (64)
(سورة الفرقان: 64)
Tafsirnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang
tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”
(Surah al-Furqaan: 64)
Di
dalam sebuah hadits ada menyebutkan bahawa sembahyang Tahajjud dapat
mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala:
أنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللّيْلِ، فإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحينَ قَبْلَكُمْ،
وَإِنَّ قِيَامَ اللّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللهِ، وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ،
وتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ، ومَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَن الجَسَدِ.
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Sesungguhnya
Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Kerjakanlah qiam al-lail (sembahyang
malam) kerana sesungguhnya ia amalan biasa dilakukan oleh orang-orang shaleh
sebelum kamu dan sesungguhnya qiam al-lail itu mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada membuat dosa, menghapuskan
kejahatan-kejahatan, dan dapat menghindarkan daripada penyakit tubuh badan.”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)
Dalam riwayat yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنَ العَبْدِ في جَوْفِ
اللَّيْلِ الآخِرِ، فإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللهُ في تِلْكَ
السَّاعَةِ فَكُنْ.
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Sedekat-dekat Allah kepada hambaNya ialah pada
tengah malam yang terakhir. Oleh itu, jikalau engkau berupaya, hendaklah engkau
menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka usahakanlah.”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)
Hukum
Sembahyang Tahajjud
Pada
asalnya hukum sembahyang Tahajjud adalah wajib berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala
dalam surah al-Muzammil ayat 1-5 yang disebutkan terdahulu.
Berdasarkan
riwayat Muslim, hukum sembahyang Tahajjud itu menjadi sunat selepas
difardhukan sembahyang lima waktu sebagaimana riwayat daripada Aisyah Radhiallahu
‘anha ketika ditanya oleh Sa‘ad bin Hisham:
“Tunjukkan
kepadaku bagaimana Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersembahyang?”, Aishah menjawab: “Tidakkah engkau membaca ayat: (يَآاَيُّهَا الْمُزَّمِّلْ)”, Sa‘ad
menjawab: “Ya! (aku membaca ayat berkenaan)”. Lalu Aishah berkata:
“Sesungguhnya Allah telah memfardhukan sembahyang malam sebagaimana yang
diperintahkan di dalam ayat pertama surah al-Muzzammil”. Maka Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam dan para
sahabatnya menunaikan sembahyang malam itu selama dua belas bulan sehinggalah
turun ayat terakhir dari surah yang sama dan menjadikan sembahyang malam itu
sebagai tathawwu’ (amalan sunat) setelah ia difardhukan.
Walaupun
sembahyang malam itu sebagai tathawwu’, sembahyang ini masih menjadi
keutamaan dan mempunyai fadhilat yang besar berdasarkan sabda Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam:
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ
الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ.
(رواه النسائى)
Maksudnya: “Seafdhal-afdhal sembahyang sesudah sembahyang fardhu
ialah sembahyang malam (Tahajjud).”
(Hadits Riwayat an-Nasa’i)
Masa
dan waktunya
Waktu
menunaikan sembahyang Tahajjud ialah sesudah masuk waktu ‘Isya dan
selepas menunaikan sembahyang ‘Isya hingga terbit fajar sebelum masuk waktu subuh.
Disyaratkan dilakukan selepas bangun daripada tidur, sekalipun tidur itu hanya
sekejap. Jika dikerjakan sebelum tidur maka ia bukan dinamakan sembahyang Tahajjud.
Ahmad
bin Qasim al-‘Abadi berkata: “Walaupun sembahyang Isya dilakukan dengan cara jama’
taqdim dengan sembahyang maghrib di dalam waktu maghrib dan seterusnya bertahajjud
disyaratkan juga dilakukan selepas tidur.”
Menurut
Syeikh as-Syarwani pula, maksud selepas tidur itu ialah: “Hendaklah tidur
selepas masuk waktu ‘Isya walaupun belum menunaikan sembahyang ‘Isya,
sebagaimana perkataan Sheikh Imam Shihab Ar-Ramli, hendaklah tidur itu pada
waktu yang biasa orang tidur (selepas sembahyang ‘Isya).
Persoalan
yang mungkin berbangkit adakah memadai “syarat tidur’ seseorang yang tidur di
waktu maghrib sehingga masuk waktu isya’?
Syeikh
as-Syarwani menjelaskan, jika seseorang itu tidur di dalam waktu maghrib dan
bangun ketika masuk waktu Isya’
tidaklah memadai dengan tidurnya itu. Kerana Ibnu Hajar menyatakan bahawa tidur
itu hendaklah selepas masuk waktu Isya’
sekalipun dia masih belum mengerjakan sembahyang Isya’.
Manakala
waktu yang paling afdhal menurut Ibnu Hajar al-Haitami ialah waktu tengah malam
atau waktu sahur, iaitu
satu pertiga akhir malam hinggalah sebelum masuk waktu subuh. Sesuai dengan
firman Allah Ta‘ala:
YySTÎ WÔT`~PVÖ@… ‚PVMX…
¾„~YÕWTÎ (2)
,ISãWÉ`±YPTß YèVK…
p°SÍß@… Sã`ÞYÚ
½„~YÕWTÎ (3)
`èVK… ` Y¦
Yã`~VÕWÆ XÔPYŽW¤Wè
WÜ…ƒòó£SÍ<Ö@… ½„~YTpŽ£WTŽ
(4)
(سورة المزمل: 2 - 4)
Tafsirnya: “Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam,
selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh
dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan
(sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil (dengan bacaan yang
terang jelas dan betul menurut ilmu tajuid).”
(Surah
al-Muzzammil: 2-4)
Rakaat
Sembahyang Tahajjud
Di dalam kitab Fath al-Mu’in disebutkan bahawa,
bilangan rakaat sembahyang Tahajjud itu tidak ditentukan, dan
sekurang-kurangnya dua rakaat.
Walau bagaimanapun, sembahyang Tahajjud itu
adalah mengikut ketentuan masa dan keikhlasan atau keta’atan individu itu
sendiri mengikut kemampuannya. Jika banyak rakaatnya maka banyaklah pahalanya.
Akan tetapi afdhal memanjangkan bacaan sembahyang daripada melakukan banyak
rakaat menurut kebanyakan ulama Syafieyah.
Begitu juga, makruh mengerjakannya pada keseluruhan
malam kerana ditakuti akan tidur di siang hari, dan tidak dapat melakukan tuntutan
urusan keagamaan dan keduniaan yang lain di siang hari.
Dikecualikan pada sepuluh malam akhir bulan Ramadhan dan
dua hari raya kerana menghidupkan malam-malam tersebut adalah disunatkan.
Sabda Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
عن عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم:َ
يَا عَبْدَ اللَّهِ أَلَمْ أُخْبَرْ أَنَّكَ تَصُومُ النَّهَارَ وَتَقُومُ
اللَّيْلَ؟ فَقُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ فَلَا
تَفْعَلْ، صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ، فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا،
وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا.
(رواه البخارى)
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash
Radhiallahu ‘anhuma, telah berkata Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepadaku: “Wahai Abdullah telah dikhabarkan kepadaku
sesungguhnya engkau berpuasa di siang hari dan beribadat di waktu malam?”,
Abdullah pun menjawab: “Benar ya Rasullullah”, maka Rasullullah pun bersabda:
“Janganlah engkau berbuat begitu, berpuasalah kemudian berbukalah, beribadatlah
(waktu malam) kemudian tidurlah, kerana sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya
dan bagi matamu ada haknya dan bagi isterimu ada haknya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Dalam perkara bangun di tengah malam ini, Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam kurang senang terhadap orang yang bangun di tengah malam,
tetapi tidak mengerjakan sembahyang Tahajjud atau beribadat sebagaimana
riwayat Abdullah bin ‘Amr bin
al-ِ‘Ash katanya:
قَالَ لِي رَسُولُ اللّهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: يَا عَبْدَ
اللّهِ، لَا تَكُنْ مِثْلَ فلانٍ كَانَ يَقُومُ مِنَ الْلَيلِ فَتَرَكَ قِيَامُ
اللَيْلِ.
(رواه البخارى)
Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
bersabda kepadaku: “Wahai Abdullah! jangan jadi seperti si fulan, dia bangun
malam tetapi meninggalkan sembahyang malam.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Kelebihan
dan Fadhilatnya
Sembahyang Tahajjud mempunyai banyak kelebihan
dan fadhilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Antara kelebihan atau fadhilatnya ialah:
1. Di
tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji, sebagaimana firman Allah Ta‘ala:
ÜKV… ðÐW‘WÅ`‰WTÿ ðÐQSTŠW¤ †_Ú†WÍWÚ …_ éSÙ`™QWÚ (79)
(سورة
الإسراء: 79)
Tafsirnya: “Semoga Tuhanmu
membangkitkan dan menempatkanmu (pada hari akhirat) di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’:
79)
2. Mendapat
keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Firman Allah Ta‘ala:
WÝTÿY¡PVÖ@…Wè WÜéS~Y‰WTÿ `yXäQYTŠW£YÖ …_ŸJðTT•Sª †_ÙHTW~YTÎWè (64)
(سورة
الفرقان: 64)
Tafsirnya: “Dan mereka (yang
diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka
pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”
(Surah al-Furqaan: 64)
3. Dapat mendekatkan diri kepada
Allah Ta‘ala, sebagaimana riwayat Hakim:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنَ العَبْدِ في جَوْفِ
اللَّيْلِ الآخِرِ.
(رواه الحاكم)
Maksudnya: “Sedekat-dekat Allah
kepada hambaNya ialah pada tengah malam yang terakhir.
(Hadits riwayat al-Hakim)
Di dalam riwayat yang lain,
وَإِنَّ
قِيَامَ اللّيْلِ قُرْبَةٌ إلى الله.
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Sesungguhnya qiam al-lail itu
mendekatkan diri kepada Allah.”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)
4. Dikabulkan
doa dan permohonan serta diampunkan dosanya. Rasullullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
يَنْزِلُ رَبُّنَا
تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ
الدُّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ الْلَيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأُسْتَجِيْبَ
لَهُ، مَن يَسْأَلُنِيْ فَأُعْطِِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِيْ فَأُغْفِرَ لَهُ.
(رواه
البخارى)
Maksudnya: Allah yang Maha Agung turun
pada setiap malam ke langit dunia pada satu pertiga akhir malam Dia (Allah Subhanahu
wa Ta’ala) berfirman: Siapa yang
berdoa akan Ku-kabulkan, siapa yang meminta akan Ku-tunaikan, dan siapa yang
memohon keampunan akan Ku-ampunkan.
(Hadits riwayat al-Bukhari)
5. Terhindar
daripada segala penyakit tubuh badan dan mencegah daripada melakukan dosa dan
kejahatan. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَلَيْكُمْ
بِقِيَامِ اللّيْلِ فإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ
اللّيْلِ قُرْبَةٌ إلى الله وَمَنْهَاةٌ عَن الإِثْمِ وتَكْفِيرٌ للسَّيِّئَاتِ
ومَطْرَدَةٌ للدَّاءِ عَن الجَسَدِ.
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Kerjakanlah sembahyang malam kerana sesungguhnya ia pekerjaan yang biasa
dilakukan oleh orang-orang shaleh sebelum kamu dan sesungguhnya menghidupkan
malam itu mendekatkan diri kepada Tuhan, dan mencegah daripada membuat dosa dan
melakukan kejahatan, dan dapat menghindarkan daripada penyakit tubuh badan.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
6. Dijanjikan
masuk syurga dengan selamat sejahtera. Sabda Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam:
وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا
الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ.
(رواه الحاكم
وإبن ماجه والترمذى)
Maksudnya: “Sembahyanglah
di waktu malam di kala orang sedang nyenyak tidur, pasti kamu akan masuk syurga
dengan selamat sejahtera.”
(Hadits riwayat al-Hakim, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
7. Mendapat
syafa‘at baginya dan ahli keluarganya
sepertimana perkataan Abu al-Walid an-Nisaburi: “Orang yang bertahajjud
diberi syafa‘at kepadanya dan ahli keluarganya.”
Dari itu, tidak syak lagi sembahyang Tahajjud itu
mempunyai fadhilat yang banyak dan kelebihan yang amat besar kepada orang-orang yang melakukannya.
Kaifiah (cara-cara) Sembahyang Tahajjud
Sembahyang Tahajjud dikerjakan setiap dua
rakaat sekali salam dan diakhiri dengan sembahyang witir. Di dalam hadits
yang diriwayatkan oleh Bukhari ada menyebutkan:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بنِ عمرَ رضيَ اللَّهُ عنهما قال: إنَّ
رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلَاةُ الْلَيلِ؟ قَالَ: مَثنَى مَثنَى،
فَإِذَا خِفْتَ الصُّبحَ فَأوتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
(رواه البخارى)
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma
katanya: “Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasullullah: “Wahai
Rasullullah bagaimanakah sembahyang malam itu?, Rasullullah menjawab: “Dua dua
(tiap dua rakaat satu salam), maka apabila kamu khawatir akan masuk waktu
subuh, maka tutuplah dengan sembahyang witir satu rakaat.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Lafaz niat sembahyang Tahajjud ialah:
أُصَلِّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ
تَعَالَى.
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana
Allah Ta‘ala.”
Rakaat pertama selepas surah al-Fatihah dibaca surah
al-Kafirun dan rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.
Perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum
sembahyang Tahajjud antaranya ialah:
1. Sunat
sebelum tidur berniat untuk bangun melakukan sembahyang Tahajjud
berdasarkan riwayat daripada Ibnu Khuzaimah:
قَالَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: مَنْ أَتَى فِرَاشَهُ وَهُوَ يَنْوِي أَنْ
يَقُومَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ فَغَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ حَتَّى أَصْبَحَ كُتِبَ
لَهُ مَا نَوَى وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ.
(رواه النسائى)
Maksudnya: “Telah bersabda Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam: Sesiapa yang akan tidur dan berniat bangun untuk melakukan
sembahyang malam, kemudian terlajak tidur hingga pagi, maka dicatatkan niatnya
itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya pula dianggap sebagai kurnia Tuhan
azza wajalla yang diberikan kepadanya.”
(Hadith riwayat an-Nasa’i)
2. Sunat suami membangunkan isteri
atau sebaliknya, berdasarkan riwayat daripada Abu Daud:
رَحِمَ اللهُ رَجُلاً قامَ مِنَ
اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ في وَجْهِهَا
المَاءَ، رَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ
زَوْجَهَا، فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ في وَجْهِهِ المَاءَ.
)رواه
أبو داود)
Maksudnya: “Allah memberikan rahmat
kepada seorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang dan membangunkan
isterinya. Oleh itu, jika isteri itu enggan, percikkanlah air di mukanya. Allah
juga memberikan rahmat kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk
bersembahyang dan membangunkan suaminya. Oleh itu, jika suaminya enggan, percikkanlah air di mukanya.”
)Hadits riwayat ِAbu
Daud)
3. Sunat bersiwak
sebelum sembahyang sepertimana yang dibuat oleh Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam.
عن حُذَيفةَ
رضيَ اللَّهُ عنه قال: أن النبيَّ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ لِلتَّهَجُّدِ مِنَ الْلَيلِ
يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ.
(رواه الدرامى)
Maksudnya: “Daripada Huzaifah Radhiallahu
‘anhu katanya: Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bangun
untuk bertahajjud di waktu malam baginda menggosok-gosok mulutnya (gigi) dengan
kayu siwak.”
(Hadits ad-Darami)
4. Sunat sebelum sembahyang Tahajjud
membasuh muka untuk menghilangkan rasa mengantuk dan membaca surah ali-‘Imran berdasarkan riwayat daripada Ibnu Majah:
اسْتَيْقَظَ
النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ
وَجْهِهِ بِيَدِهِ ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ سُورَةِ آلِ
عِمْرَانَ.
(رواه إبن ماجه)
Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam terjaga dari tidur dan untuk menghilangkan
rasa mengantuk Baginda menyapu mukanya dengan tangannya kemudian membaca sepuluh
ayat akhir daripada surah Ali-‘Imran.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
5. Sunat memulakan dengan mengerjakan sembahyang sunat
dua rakaat yang ringan sebelum menunaikan sembahyang Tahajjud
sepertimana yang dianjurkan oleh Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
di dalam haditsnya.
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رضى الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيهِ
وَسَلَّم قَالَ: إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْلِ،
فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.
)رواه مسلم)
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu
bangun malam, maka hendaklah memulai sembahyangnya dengan dua raka’at yang
ringan.”
(Hadits
riwayat Muslim)
6. Selepas
itu barulah menunaikan sembahyang Tahajjud sepertimana yang telah dibuat
oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
عَنِ الأَسْوَدِ قال: سألتُ عائشةَ رضيَ اللّهُ عنها: كَيْفَ
صَلاَةُ النَبيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم بِالْلَيلِ؟ قَالَتْ: كَانَ يَنَامُ
أَوَّلَهُ، وَيَقُومُ آخِرَهُ فيُصلِّي، ثمَّ يَرجِعُ إِلَى فِرَاشِهِ، فَإِذَا أَذَّنَ
الْمُؤَذِّنُ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ بِه حَاجَةٌ اِغْتَسَلَ، وَإِلاّ تَوَضَأَ وَخَرَجَ.
(رواه البخاري)
Maksudnya: “Daripada Aswad katanya: Aku telah bertanya kepada Aishah radhiallahu
‘anha, bagaimanakah sembahyang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam di waktu
malam? Aishah pun menjawab: Adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidur pada
awal malam, kemudian bangun pada akhir malam, lalu Baginda mengerjakan
sembahyang, kemudian tidur kembali, apabila azan dilaungkan Baginda pun
bersegera bangun, jika Baginda ada keperluan Baginda akan mandi, jika tidak
baginda pun berwudhu kemudian keluar (ke masjid untuk bersembahyang).”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Doa sembahyang Tahajjud
Menurut Ibnu Hajar al-Haitami selepas sembahyang Tahajjud
hendaklah membanyakkan membaca doa dan istighfar. Dituntut berdoa dan
beristighfar pada keseluruhan
malam, lebih-lebih lagi pada pertengahan malam dan lebih afdhal pada waktu
sahur, sebagaimana
firman Allah Subahanahu wa Ta’ala:
fÛTÿX£YÉ<çÅWTó©SÙ<Ö@…Wè Y¤†W™óªVK‚ô@†YŠ (17)
(سورة العمران: 17)
Tafsirnya: “Dan orang-orang yang beristighfar (memohon
ampun) pada waktu sahur.”
(Surah ali-‘Imran: 17)
N…éST߆VÒ ¾„~YÕWTÎ
WÝYQÚ XÔTT`~TPVÖ@…
†WÚ WÜéSÅW•`äWÿ
(17) X¤†W™T`ªVK‚ô@†YŠWè
óØTSå WÜèñ£YÉ<çÅWTT`©TWÿ
(18)
(سورة الذاريات: 17/18)
Tafsirnya: “Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa
dari waktu malam, untuk tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula
, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”
(Surah adz-Zdaariyaat: 17/18)
Sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً، لاَ يُوَافِقُهَا
رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ،
وَذٰلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Daripada Jabir katanya: “Aku mendengar Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya pada waktu malam itu ada
saat tertentu, apabila seorang muslim memohon kebajikan urusan dunia dan
akhirat kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya, dan yang demikian itu
ada pada setiap malam.”
(Hadits riwayat Muslim)
Istighfar yang biasa dibaca ialah:
أَسْتَغْفِرُ
اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Ertinya: “Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha
Agung dan aku bertaubat kepadaNya.”
Antara doa yang dibaca oleh Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam ialah:
1. Membaca
doa sebagaimana yang dibaca oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam ketika memulakan sembahyang
malam:
عن أَبُي سَلَمَةَ رضى الله عنه قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ رضي الله عنها،
بِأَيِّ شَيْءٍ كانَ النَّبيُّ يَفْتَتِحُ صَلاَتَهُ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ؟
قَالَتْ: كانَ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ افْتَتَحَ صَلاَتَهُ فَقَالَ:
اللَّهُمَّ
رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَواتِ وَالأَرْضِ
وعَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فيما كَانُوا
فيه يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الحَقِّ بإِذْنِكَ إِنَّكَ
عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Daripada Abu Salamah Radhiallahu
‘anhu katanya: “Aku telah bertanya
kepada Aisyah Radhiallahu ‘anha,
dengan apa Nabi memulakan sembahyangnya jika bangun di waktu malam?” Aisyah
menjawab: “Nabi memulakan sembahyangnya dengan membaca doa (maksudnya):”
“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan
malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi,
Tuhan yang mengetahui ‘alam yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang (menghukum)
menentukan di antara hamba-hambaMu dalam perkara-perkara yang mereka
perselisihkan dengan izinMu, sesungguhnya Engkaulah yang memberi pertunjuk
kepada mereka yang Engkau kehendaki ke jalanMu yang lurus.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
2. Doa
selepas sembahyang Tahajjud:
عَنِ ابْنِ عبَّاسٍ رضيَ اللَّهُ عنهما قال: كَانَ النَبيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللََّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ:
اللَّهمَّ لَكَ
الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمدُ
أَنتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرضِ وَمَنْ فِيهِنّ، وَلَكَ الَحَمدُ أَنْتَ مَلِكُ
السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ
الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَولُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ،
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ
حَقٌّ.
اللّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيكَ
تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ
لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ
وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا
بِاللهِ.
(رواه البخارى)
Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya:
“Adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bangun daripada tidur Baginda
pun bertahajjud dan membaca doa:
“Ya Allah! BagiMu segala puji, Engkau penegak langit
dan bumi serta segala isinya, bagiMulah segala puji, Engkaulah raja penguasa
langit dan bumi serta segala isinya, BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya
langit dan bumi serta segala isinya, BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak
dan janjiMu adalah benar dan perjumpaanMu itu adalah hak, dan firmanMu adalah
benar, dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu adalah
benar dan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah benar dan hari
kiamat itu benar.
“Ya Allah! KepadaMulah aku menyerahkan diri, dan
kepada-Mulah aku beriman, kepadaMulah aku berserah diri (bertawakkal) dan
kepadaMulah aku kembali dan dengan dalilMu aku berhujjah dan kepadaMulah aku
memohon keadilan. Ampunilah aku atas kesalahan yang telahku lakukan dan yang
sebelumnya, sama ada yang aku sembunyikan maupun yang aku nyatakan, Engkaulah
Tuhan Yang Terdahulu dan Tuhan Yang Terakhir, tiada Tuhan melainkan Engkau
Allah Rabbul ‘Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Memanjangkan
bacaan, semasa berdiri atau semasa rukuk dan sujud?
Menurut Ishak bin Rahwiyah dalam kitab al-Majmu‘ menyatakan bahawa adalah afdhal
memanjangkan bacaan semasa rukuk dan sujud daripada memanjangkan bacaan semasa
berdiri bagi sembahyang sunat yang dilakukan di waktu siang. Sebaliknya di
waktu malam, memanjangkan bacaan semasa berdiri lebih afdhal daripada
memanjangkan bacaan semasa rukuk dan sujud,
kerana sesungguhnya banyak keterangan daripada hadits Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam menyatakan bahawa memanjangkan bacaan semasa berdiri lebih
afdhal daripada memanjangkan bacaan semasa rukuk dan sujud. Ini kerana bacaan
dzikir semasa berdiri lebih afdhal daripada bacaan dzikir ketika rukuk dan
sujud.
Hadits
Jabir Radhiallahu ‘anhu:
عن جابر قَالَ: سُئِلَ رَسُولَ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ
وَسَلَّم أَيّ الصَلاَة أَفْضَل؟ قَالَ : طُولُ القُنُوت.
(رواه أحمد)
Maksudnya: Daripada Jabir katanya: “Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam ditanya, sembahyang apakah yang lebih afdhal? Baginda
bersabda: “Memanjangkan bacaan semasa doa qunut (berdiri).”
(Hadits riwayat Ahmad)
Di mana lebih afdhal, di rumah atau di masjid?
Sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah
seperti sembahyang Tahajjud adalah lebih afdhal dikerjakan di
rumah, tetapi boleh juga dikerjakan di masjid.
فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ، فَإِنَّ
أَفْضَلَ صَلَاة الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ، إِلَّا الصَّلاَةَ الْمَكْتُوْبَة.
(رواه البخارى)
Maksudnya: “Wahai manusia, kerjakanlah sembahyang di dalam
rumah-rumah kamu, sesungguhnya sebaik-baik sembahyang seseorang adalah di dalam
rumahnya, kecuali sembahyang Fardhu.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Daripada riwayat Abu Musa Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِي يُذْكَرُ اللّهُ فِيهِ،
وَالْبَيْتِ الَّذِي لاَ يُذْكَرُ اللّهُ فِيهِ، مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّت.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Perumpamaan rumah yang diingati Allah didalamnya
dan rumah yang tidak diingati Allah didalamnya, adalah seperti perumpamaan
orang yang hidup dengan orang yang mati.”
(Hadits riwayat Muslim)
Dalam riwayat Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
اِجْعَلُوا مِنْ صَلاَتِكُمْ فِي بُيُوتِكُمْ. وَلاَ
تَتَّخِذُوهَا قُبُوراً.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Kerjakanlah sembahyang kamu di rumah kamu, dan
janganlah kamu jadikan rumah kamu itu seperti kubur.”
(Hadits riwayat Muslim)
Bolehkah
bersembahyang Tahajjud selepas Witir?
Apabila
seseorang itu sudah mengerjakan sembahyang witir, kemudian dia hendak
mengerjakan sembahyang sunat yang lainnya seperti sunat Tahajjud,
hukumnya adalah harus dan tidak makruh perbuatannya itu. Akan tetapi bolehkah
dia mengulangi sembahyang witirnya itu? Dalam hal ini, sembahyang witirnya
yang awal itu tidak terhapus. Oleh yang demikian janganlah diulangi sembahyang witirnya
itu, dan bolehlah dia mengerjakan apa saja sembahyang yang syaf‘an
(genap) jika dia mahu.
Dalam
sebuah hadits Thalq bin ‘Ali daripada ayahnya berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ.
(رواه
الترمذى)
Maksudnya: “Saya pernah mendengar Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tiada dua witir dalam satu malam.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Bolehkah Sembahyang Tahajjud diqadha?
Menurut Ibnu Hajar al-Haitami apabila luput sembahyang
Tahajjud, sunat diqadha sebelum menunaikan sembahyang Subuh jika
ada masa yang panjang. Jika tidak, bolehlah diqadha setelah habis waktu
yang ditegah untuk bersembahyang sunat. Walau bagaimanapun, dibolehkan mengqadhanya
di dalam waktu yang ditegah itu, kerana ia termasuk antara sembahyang yang
mempunyai sebab terdahulu, selama mana tidak mencari-cari peluang dengan
sengaja untuk melakukannya di dalam waktu yang ditegah.
Manisnya
sembahyang Tahajjud
Bangun tengah malam untuk bersembahyang Tahajjjud bukanlah
mudah ia hanya dilakukan oleh hamba yang ingin memanjatkan doanya, rasa takut
akan kemurkaan Allah Ta‘ala di
samping ingin memohonkan serta mengharapkan redha Allah Ta‘ala,
sehingga mata lena dan mata mengantuk diterangi. Maka atas asas semuanya ini,
semua halangan dan rintangan dapat diatasi. Mata yang mengantuk mudah dipimpin
untuk memuja bagi mendapatkan redha Allah Ta‘ala,
kerana keredhaan Allah Ta‘ala
itulah yang diharap-harapkan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
cÜ.Wép¶X¤Wè fÛQYÚ JðY/@…
&S¤Wip{KV…
(سورة
التوبة: 72)
Tafsirnya: “Serta keredhaan dari Allah yang lebih besar
kemuliaannya.”
(Surah at-Taubah:
72)
Demikian itulah matlamat sembahyang Tahajjud
sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
uøWTʆW•WWTŽ óØSäSŠéSÞTS– XÝWÆ XÄg–†ðµWÙ<Ö@… WÜéSÆ`ŸWTÿ óØSäQWTŠW¤ †_TTTÊóéTWž †_ÅWÙðºWè †QWÙYÚWè óØSäHTWTpÞÎW¦W¤ WÜéSÍYÉÞSTÿ (16)
(سورة السجدة: 16)
Tafsirannya: “Mereka merenggangkan diri dari
tempat tidur (sedikit sangat tidur,
kerana mengerjakan sembahyang Tahajjud dan amal-amal shaleh); mereka sentiasa
berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta
dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula
mendermakan sebahagian dari apa yang kami berikan kepada mereka.”
(Surah as-Sajadah: 16)
Rahsia kemanisan iman dan taqwa sebagaimana yang
digambarkan oleh ayat di atas tidak akan dirasai melainkan orang yang terjun
dan bernang dalamnya. Maka bertolak daripada fadhilat dan kelebihan sembahyang Tahajjud
sebagaimana yang diterangkan terdahulu sekali-kali jangan ia dilupakan, kelak
akan kerugian!
Untuk mengakhiri Irsyad ini, disebutkan lagi beberapa
kelebihan-kelebihan sembahyang Tahajjud sebagai tambahan iaitu:
Orang yang menunaikan sembahyang Tahajjud akan
diberikan sembilan keutamaan di dunia dan di akhirat sebagaimana riwayat Umar
Al-Khattab Radhiallahu ‘anhu:
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم أَنَّهُ قَالَ:
مَنْ صَلَّى فِى الْلَيلِ وَأَحْسَنَ الصَّلَاة أَكْرَمَهُ اللهُ تَعَالَى بِتِسْعَةِ
أَشْيَاءَ، خَمْسَةٌ فِى الدُّنْيَا، وَأَرْبَعَةٌُ فِى الْآخِرَةِ، الخَمْسَةُ الَّتِى
فِى الدُّنْيَا: يَحْفَظُهُ اللهُ مِنَ الْآفَاتِ، وَيَظْهَرُ اَثَرُ الطَّاعَةِ فِى
وَجْهِهِ، وَيُحِبُّهُ قُلُوبُ عِبَادِهِ الصَّالِحِينَ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ،
وَيَنْطِقُ لِسِانُهُ بِالْحِكْمَةِ، وَيَجْعَلُهُ حَكِيْمًا اَىْ يَرْزُقُهُ الْفِقْهَ.
وَالْأَرْبَعَةُ الَّتِى فِى الْآخِرَةِ: يُحْشَرُ مِنَ الْقَبْرِ أَبْيَضُ الْوَجْهِ،
وَيُيَسِّرُ عَلَيهِ الحِسَابُ، وَيَمُرُّ عَلَى الصِّرَاطِ كَالْبَرْقِ الخَاطِفِ،
وَيُعطِى كِتَابَهُ بِيَمِيْنِهِ يَوْمَ الْقِيَامَة.
Maksudnya: “Daripada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Sesiapa bersembahyang
waktu tengah malam (tahajjud) dan memelihara sembahyang tersebut, Allah akan
memberikan kepadanya dengan sembilan macam kemuliaan; lima
di dunia dan empat di akhirat.
1. Allah
akan memelihara dirinya daripada segala penyakit.
2. Dinampakkan
pada mukanya tanda-tanda sebagai orang yang ta‘at
kepada Allah.
3. Disayangi
oleh hati-hati orang-orang shaleh dan sekalian manusia.
4. Lidah
berisi hikmat. (percakapannya penuh dengan hikmah)
5. Dijadikan
orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi.
Empat macam kemuliaan di akhirat pula ialah:
1. Dibangkitkan
daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
2. Diringankan
hisabnya.
3. Dipermudahkan
baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
4. Diberi
buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.”
Dalam ibadat sunat seperti sembahyang Tahajjud,
kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua. Buatlah apa yang kita
mampu dan terdaya, walaupun sedikit. Yang sedikit itu adalah permulaan yang terbaik.
Terima kasih atas info fatwa tersebut.
ReplyDeleteJazakallah khairan kathira 🥰
ReplyDeleteInfo sangat jelas dan senang difahami...
Terima kasih!!
Tetapi ada sikit kesalahaan yang text bahasa arab.. Mohon diperbaiki ya 😊
DeleteAdakah Tahajjud menerangi kubur?
ReplyDelete