TIP MENCARI
KHUSYU‘ DALAM SEMBAHYANG
|
بسم
الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, selawat
dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat
dan para pengikut Baginda)
Khusyu‘ dalam
sembahyang ialah menghadirkan hati kepada Allah di dalam sembahyang.
Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar
bagi suatu sembahyang. Hakikat zahirnya pula ialah perbuatan anggota seperti berdiri,
membaca, ruku‘, sujud dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan
sempurna.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam:
الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي
كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ وَتَمَسْكَنُ......
(رواه الترمذي)
Maksudnya: “Sembahyang
itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyu‘an hati,
bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Khusyu‘ dalam
sembahyang itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang
baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar
mereka sebagai orang mukmin yang berjaya.
Allah Ta‘ala
berfirman:
â ôs% yxn=øùr& tbqãZÏB÷sßJø9$# ÇÊÈ tûïÏ%©!$# öNèd Îû öNÍkÍEx|¹ tbqãèϱ»yz ÇËÈ á
(سورة المؤمنون، آية 1-2)
Tafsirnya: “Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam
sembahyangnya.”
(Surah
al-Mukminun, ayat 1-2)
Melihat kepada
kepentingan khusyu‘ dalam sembahyang itu maka diutarakan di sini sebahagian tip
atau panduan yang boleh digunapakai untuk memandu diri kita ke arah
perlaksanaan ibadat sembahyang yang khusyu‘.
Untuk mendapatkan khusyu‘ dalam
sembahyang hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi dari aspek
fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar sembahyang,
sebelum seorang itu mendirikan sembahyang.
Berikut adalah beberapa perkara yang
boleh dibuat untuk membantu menimbulkan khusyu‘ dalam sembahyang:
1. Sebelum mendirikan sembahyang pastikan
perkara-perkara berikut:
i) Menjaga makanan dan minuman. Khusyu’ itu
berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan
menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu,
pastikan apa yang kita makan dan minum hendaklah bersumber daripada yang halal.
Sabda
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا
صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ،
أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Ketahuilah!
Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan
seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya
dikatakan hati.
(Hadits
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
ii)
Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengenai semua
anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan sembahyang juga
terletak kepada kesempurnaan wudhu’.
Diriwayatkan
daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah
mendirikan sembahyang Subuh bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.
Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam dalam sembahyang tersebut membaca
surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila
selesai sembahyang Baginda bersabda:
إِنَّهُ يَلْبِسُ
عَلَيْنَا الْقُرْآنَ أَنَّ أَقْوَامًا مِنْكُمْ يُصَلُّونَ مَعَنَا لاَ
يُحْسِنُونَ الْوُضُوءَ، فَمَنْ شَهِدَ الصَّلاَةَ مَعَنَا فَلْيُحْسِنْ
الْوُضُوءَ.
(رواه أحمد والنّسائي)
Maksudnya: “Sesungguhnya
bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang
sembahyang bersama kami tidak menyempurnakan wudhu’ mereka. Oleh itu, siapa
yang mendirikan sembahyang bersama kami, maka sempurnakanlah wudhu’nya.
(Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
Di samping itu
sebahagian kelebihan wudhu’ itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan
syaitan. Saidina ‘Umar Radhiallahu ‘anhu berkata:
إِنَّ الْوُضُوءَ
الصَّالِحَ يَطْرُدُ عَنْكَ الشَّيْطَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya
wudhu’ yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
iii) Membersihkan
diri, termasuk bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu
‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لَوْ لاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ
عَلَى النَّاسِ َلأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: “Jika tidak
mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh
mereka bersiwak pada setiap kali hendak sembahyang.”
(Hadits
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
§
Membersihkan dan mengharumkan bau mulut.
§
Memutihkan gigi.
§
Mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
§
Membetulkan atau meluruskan tulang belakang.
§
Menolong menguatkan gusi.
§
Meningkatkan kecerdikan.
§
Menggandakan pahala amal ibadat.
§
Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan.
§
Menguatkan hafalan.
§
Mensucikan hati.
§
Menyukakan malaikat.
iv) Jangan
sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.
v) Jangan
sembahyang dalam keadaan lapar.
Sebolehnya
selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk makan dan
qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan
dan ketidakselesaan ketika menunaikan sembahyang.
Sabda
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ
وَلاَ هُوَ يُدَافِعُهُ اْلأَخْبَثَانِ
(رواه مسلم)
Maksudnya: Jangan
sembahyang ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan
sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.
(Hadis
riwayat Muslim)
vi) Memakai pakaian
yang bersih dan kemas. Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti
memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
vii)
Pilih tempat sembahyang yang suasananya tenteram, selesa,
tidak bising dan sebagainya.
Termasuk
langkah yang boleh dibuat, pastikan tidak terdapat telepon di dalam bilik
tersebut. Atau jika membawa bersama telepon bimbit, pastikan ianya dimatikan (switch
off) sebelum sembahyang.
Imam an-Nawawi Rahimahullah
menjelaskan bahawa makruh menunaikan sembahyang di tempat orang lalu lalang,
kerana yang demikian itu boleh
mengganggu kekhusyukan sembahyang seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu
‘anhuma:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ: فِي الْمَزْبَلَةِ
وَالْمَجْزَرَةِ وَالْمَقْبَرَةِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَفِي الْحَمَّامِ وَفِي
مَعَاطِنِ اْلإِبِلِ وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ
(رواه
الترمذي)
Maksudnya: “Bahawa
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menegah mendirikan sembahyang pada
tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur,
tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas
Baitullah.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
iix) Pastikan supaya
tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan
hati di tempat sujud.
Diriwayatkan daripada Saidatuna
‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah
mendirikan sembahyang di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek
lukisan, lalu Baginda bersabda:
شَغَلَتْنِي
أَعْلاَمُ هَذِهِ، فَاذْهَبُوا بِهَا إِلَى أَبِي جَهْمٍ وَأْتُونِي
بِأَنْبِجَانِيِّهِ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Objek
lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku
hamparan tebal yang tidak ada ukiran.”
(Hadits riwayat
Muslim)
Imam an-Nawawi Rahimahullah
menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ianya memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan
apa-apa yang dikhuatiri melalaikan hati dari khusyu‘ ketika mendirikan
sembahyang.
Tersebut di
dalam riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma tidak pernah
meletakkan al-Qur’an atau pedangnya di tempat sembahyangnya, juga tulisan atau surat . Semuanya diletakkan
di belakangnya atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya.
2. Ketika hendak menunaikan sembahyang lakukan
perkara-perkara berikut:
i) Usahakan
sembahyang dilakukan secara berjemaah.
Mendirikannya
dalam keadaan berjemaah adalah suatu tuntutan. Sembahyang berjemaah itu adalah
di antara syi‘ar agama.
Selain pahala
sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang seorang diri dengan dua puluh
tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang sembahyang
berjemaah itu memperolehi khusyu‘ ketika sembahyang dan terselamat daripada
perkara yang boleh melalaikannya.
ii) Menghadirkan
hati.
Maksudnya ialah
sebelum mendirikan sembahyang kosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu
ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat sembahyang yang dikerjakan.
Tersebut dalam
satu riwayat bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang sahabat bernama
‘Utsman bin Thalhah Radhiallahu ‘anhu:
إِنِّي
نَسِيتُ أَنْ آمُرَكَ أَنْ تُخَمِّرَ الْقَرْنَيْنِ، فَإِنَّهُ لَيْسَ يَنْبَغِي
أَنْ يَكُونَ فِي الْبَيْتِ شَيْءٌ يَشْغَلُ الْمُصَلِّيَ.
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Aku lupa
untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (dari pandangan orang). Maka sesungguhnya
tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang sembahyang.””
(Hadits
riwayat Abu Daud)
Abu Darda’ Radhiallahu
‘anhu berkata: “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi
keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan sembahyang supaya dia
masuk ke dalam sembahyang dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.”
iii) Mengingatkan
mati dan kemungkinan sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
Diriwayatkan
daripada Hatim al-Asham Radhiallahu ‘anhu bahawa ditanyakan kepadanya
tentang sembahyangnya, beliau beliau menjawab:
إِذَا
حَانَتِ الصَّلاَةُ أَسْبَغْتُ الْوُضُوءَ وَأَتَيْتُ الْمَوْضِعَ الَّذِي أُرِيدُ
الصَّلاَةَ فِيهِ، فَأَقْعُدُ فِيهِ حَتَّى تَجْتَمِعَ جَوَارِحِي،
ثُمَّ
أَقُومُ إِلَى صَلاَتِي وَأَجْعَلُ الْكَعْبَةَ بَيْنَ حَاجِبَيَّ، وَالصِّرَاطَ
تَحْتَ قَدَمِي، وَالْجَنَّةَ عَنْ يَمِينِي، وَالنَّارَ عَنْ شِمَالِي، وَمَلَكَ
الْمَوْتِ وَرَائِي أَظُنُّهَا آخِرَ صَلاَتِي،
ثُمَّ
أَقُومُ بَيْنَ الرَّجَاءِ وَالْخَوْفِ، وَأُكَبِّرُ تَكْبِيرًا بِتَحْقِيقٍ،
وَأَقْرَأُ قِرَاءَةً بِتَرْتِيلٍ، وَأَرْكَعُ رُكُوعًا بِتَوَاضُعٍ، وَأَسْجُدُ
سُجُودًا بِتَخَشُّعٍ، وَأَقْعُدُ عَلَى الْوَرِكِ اْلأَيْسَرِ وَأَفْرُشُ ظَهْرَ
قَدَمِهَا وَأَنْصُبُ الْقَدَمَ الْيُمْنَى عَلَى اْلإِبْهَامِ وَأَتْبَعُهَا اْلإِخْلاَصَ،
ثُمَّ
لاَ أَدْرِي أَقُبِلَتْ مِنِّي أَمْ لاَ؟
Maksudnya: “Apabila tiba
waktu sembahyang aku menyempurnakan wudhu dan aku mendatangi tempat di mana di
situ aku hendak mendirikan sembahyang. Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga
berkumpullah seluruh anggota tubuhku.
Kemudian aku
berdiri menunaikan sembahyangku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku,
titian ash-shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di
sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka sembahyang ini
adalah sembahyangku yang terakhir.
Kemudian aku
berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan,
aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku
sujud dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang
tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku
ikutkan keikhlasan hati.
Kemudian aku
tidak tahu sama ada sembahyangku diterima atau tidak?”
iv) Sebelum
mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri
daripada syaitan. Umpamanya seperti berikut:
§ Surah an-Nas:
ijk
â ö@è% èqããr& Éb>tÎ/ Ĩ$¨Y9$# ÇÊÈ Å7Î=tB Ĩ$¨Y9$# ÇËÈ Ïm»s9Î) Ĩ$¨Y9$# ÇÌÈ `ÏB Ìhx© Ĩ#uqóuqø9$# Ĩ$¨Ysø:$# ÇÍÈ Ï%©!$# â¨Èqóuqã Îû Írßß¹ ÄZ$¨Y9$# ÇÎÈ z`ÏB Ïp¨YÉfø9$# Ĩ$¨Y9$#ur ÇÏÈ á
Tafsirnya:
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian
manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh
sekalian manusia, dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. ”
§ Ta‘awudz,
seperti:
â Éb>§ èqããr& y7Î/ ô`ÏB ÏNºtyJyd ÈûüÏÜ»u¤±9$# ÇÒÐÈ èqããr&ur Î/ Éb>u br& ÈbrçÛØøts á
Tafsirnya:
“Wahai Tuhanku! Aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan, dan aku
berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak
menghampiriku.”
§ Tahlil:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ
Ertinya: “Tidak ada
tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.”
§ Zikir:
آمَنَّا بِاللهِ
وَبِرُسُلِهِ (3x)
Maksudnya:
“Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.”
Antara tipu
daya syaitan ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa sembahyang.
Caranya ialah dengan memalingkan hati kita dari meneliti dan memahami apa yang
sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk hari akhirat dan
keikhlasan ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seorang itu boleh menjadi
ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah
cukup atau masih lagi kurang.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu
'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ
أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي جَاءَهُ الشَّيْطَانُ فَلَبَسَ عَلَيْهِ حَتَّى لاَ
يَدْرِيَ كَمْ صَلَّى...
(رواه
مسلم)
Maksudnya: “Sesungguhnya
salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan sembahyang syaitan akan
mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga
dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya….”
(Hadits riwayat
Muslim)
3. Ketika
menunaikan sembahyang pusatkan perkara-perkara berikut:
i) Meneliti bacaan-bacaan dalam sembahyang, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an
atau selain dari ayat-ayat al-Qur’an iaitu tasbih dan takbir dan doa. Jika boleh,
fahami makna bacaan-bacaan tersebut.
Perkara ini
amat penting untuk menghadirkan hati dalam sembahyang. Hati mestilah ikut mengetahui
segala apa yang kita baca.
ii) Merasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam
ruku‘ dan sujud. Tempoh masa rukuk dan sujud pula elok dipanjangkan.
Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
أَقْرَبُ
مَا يَكُوْنُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ....
(رواه
مسلم)
Maksudnya: Seseorang
hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud…..
(Hadis riwayat Muslim)
iii) Meliputkan
hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika
bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang.
iv) Meninggalkan
segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.
v) Segala perhatian dalam sembahyang itu
hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik
sekali.
vi)
Sembahyang dilakukan dalam keadaan thuma’ninah. Thuma’nînah dalam ruku‘,
sujud dan lain-lain rukun fi‘li (perbuatan).
Thuma’ninah ertinya anggota seseorang itu tetap diam seketika ketika
melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang seperti ruku‘, sujud dan
sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya.
Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “ سبحان
الله
”.
Maknanya,
gerakan di dalam sembahyang itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, tidak
dilakukan dengan bercepat-cepat tetapi dilakukan
dengan tenang dan relaks.
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda
Baginda:
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَكَبِّرْ،
ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى
تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْدِلَ قَائِمًا، ثُمَّ اسْجُدْ
حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا،
وَافْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلاَتِكَ كُلِّهَا.
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: “Apabila kamu
berdiri menunaikan sembahyang maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat
al-Qur’an yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga
kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah
sehingga kamu berthuma’ninah
dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu
dalam semua sembahyang kamu.
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
vii)
Sentiasa melihat
tempat sujud sekalipun orang itu buta, sekalipun sembahyang di dalam gelap
kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat.
Pada ketika itu pandangan orang yang sembahyang itu dialihkan ke jari
telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyu‘
dalam sembahyang seseorang itu, maka bolehlah dia berbuat begitu dan hukumnya
tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
Begitulah
beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk
mendapatkan khusyu‘ di dalam sembahyang. Memang tidak dinafikan,
terdapat setengah orang masih tidak mampu memperolehi khusyu‘ di dalam
sembahyangnya walaupun dengan mengamalkan bermacam-macam tip atau panduan. Yang
penting tidak mudah berputus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita berusaha
untuk mendapatkannya. Jangan lupa juga untuk banyak-banyak memohon doa kepada
Allah Ta‘ala supaya dikurniakan kepada kita hati yang bersih dan khusyu‘ dalam
beribadat kepadaNya.
No comments:
Post a Comment