ORANG SEMBAHYANG LUPA MEMBACA WAJJAHTU DAN FATIHAH DALAM RAKA'AT YANG PERTAMA
Soalan:
Seorang sembahyang, dia lupa membaca wajjahtu dan Al‑Fatihah
dan ia hanya membaca surah dan terus ia rukuʻ, apakala ia bangkit dari rukuʻ,
ia teringat belum baca wajjahtu dan Al-Fatihah, kemudian ia teruskan sujud dan
teruskan sembahyang lima rakaat menggantikan rakaat yang pertama yang rosak
itu. Adakah boleh dan harus ia berbuat
begitu?.
Jawapan:
الحمد لله
Apabila ia teringat
yang dia belum mengerjakan sesuatu rukun sembahyang dengan mengikut tertib
rukun sembahyang, seperti rukun fatihah wajib dikerjakan sebelum mengerjakan rukuʻ,
dan ia ingat setelah ia bangkit dari rukuʻ, maka ia terus baca wajjahtu
dan fatihah dan surah dan ia rukuʻ dan ia sujud dengan itu ia baharu
mengerjakan satu rakaat dan ia terus dan sudahkan sembahyangnya itu jika empat
rakaat maka ia sudahkan empat rakaat.
Adapun surah yang
telah dibacanya dan ia telah rukuʻ dengan tiada membaca fatihah tadi,
maka bacaannya dan rukuʻ itu لغا dan kosong tiada dikira sesuatu dari sembahyang.
Sunnat ia sujud
sahwi dua kali sujud sebelum ia memberi salam pada akhir sembahyangnya kerana
sembahyangnya itu telah rosak keadaannya dengan bertambah suatu rukun fi’li
iaitu rukuʻ yang tiada bertertib tadi,
kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam telah sembahyang zuhur lima rakaat kemudian
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sujud sahwi sebelum salam.
Beginilah ia buat
jika berlaku seperti keadaan yang tersebut dalam soal di atas tadi. Sebagaimana yang disebutkan perkara ini dalam
kitab Syarah Bi Afdhal (شرح بافضل)
oleh
Imam Ibnu Hajar.
وَاللهُ اَعْلَمْ
[YDM. PEHIN
DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL
BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
|
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment