MELARANG ANAK BERJEMAAH SEMBAHYANG
KE MASJID
KE MASJID
Soal:
Apakah hukum seorang
ayah melarang anaknya yang ingin menghayati sunnah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam (seperti ke masjid tiap-tiap hari untuk sembahyang lima
waktu dengan berjemaah dan lain-lain), dengan alasan anak itu hanya berkelulusan
darjah enam sekolah ugama sedangkan banyak lagi orang yang berkelulusan lebih
tinggi yang tidak berbuat sedemikian?
Jawab:
اَلحَمْدُ
للهِ الذي أنعم، اَللَّهُمَّ صَلِّى
وَسَلِّم عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَالِهِ وَصَحْبِهِ والتابعين أَجْمَعِيْنَ
وَالتَابِعِيْنَ بِإِحْسَانِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
Sembahyang berjemaah adalah fardhu kifayah bagi lelaki mukallaf
sama ada ia orang awam atau alim atau tahu ilmu agama dalam suatu tempat atau
kawasan atau kampung kalau tiada siapa mendirikan sembahyang jemaah di situ.
Maka semuanya orang di tempat itu berdosa dan tempat itu diharuk oleh syaitan
dan berlaku berbagai-bagai kejahatan dan kacau bilau dalam perhubungan
orang-orang di tempat itu.
Orang yang menegah
orang berjemaah, maka orang itu orang jahil. Wajib diajarkan dia kerana
ia menegah orang berbuat wajib dan sayugia dita‘zirkan dia.
والله
أعلم
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA HAJI ISMAIL
BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
|
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
|
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment