Thursday, May 14, 2015

MELAMBATKAN SEMBAHYANG

MELAMBATKAN SEMBAHYANG DENGAN SENGHAJA
DAN TINDAKAN WAJAR.


Soal :

Melambatkan solat dengan senghaja. Apakah hukumnya jika seseorang ketua senghaja tidak memberi peluang masa bagi menyelesaikan sembahyang wajib mereka sebelum aktiviti sosial dijalankan bahkan aktiviti sosial itu boleh dilambatkan untuk masa bersembahyang. Aktiviti sosial itu tidak termasuk dalam golongan aktiviti yang dianggap tugas.

MENGELUARKAN SEMBAHYANG DARI WAKTUNYA.

(1)   Berkata Al-Imam Ibnu Hajar dalam Az-Zawajir bahawa dosa besar yang ketujuh puluh tujuh 77 ialah senghaja mengeluarkan sembahyang dari waktunya itu:

(2)     Dalil dari Al-Qur’an :

1.         Firman Allah Ta‘ala dalam Surah Maryam ayat 59.

y#n=sƒmú .`ÏB öNÏdÏ÷èt/ ì#ù=yz (#qãã$|Êr& no4qn=¢Á9$# (#qãèt7¨?$#ur ÏNºuqpk¤9$#

Tafsirnya:  Maka lepas nabi-nabi ‘Alaihimussalam itu pergi dan mati, maka datang satu jema‘ah dan kumpulan kemudian daripada mereka yang meninggalkan sembahyang seperti orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani yang meninggalkan sembahyang yang ada pada agama mereka yang diajarkan oleh nabi-nabi mereka supaya sembahyang, dan mereka membuat berbagai-bagai dosa dan maksiat dan kejahatan mengikut hawa nafsu mereka.

2.         Firman Allah Ta‘ala:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw ö/ä3Îgù=è? öNä3ä9ºuqøBr& Iwur öNà2ß»s9÷rr& `tã ̍ò2ÏŒ «!$# 4 `tBur ö@yèøÿtƒ y7Ï9ºsŒ y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrçŽÅ£»yø9$#
Surah Al-Munafiqun ayat 9.

Tafsirnya: Hai mereka yang beriman, jangan melalaikan sembahyang lima waktu oleh harta kamu dengan sebab kamu mengusahakan harta kamu dengan berniaga, dan berusaha atau dengan sebab anak-anak kamu, maka barangsiapa berbuat begitu maka dia ada dalam golongan orang yang rugi.

3.         فَوَيلٌ لِلمُصَلِّينَ ، الَّذِينَ هُم عَن صَلاَتِهِم سَاهُونَ

Surah Al-Ma‘ûn ayat 4-5.

Tafsirny: Maka Neraka Wail bagi orang-orang yang sembahyang yang mereka lalai mereka sembahyang di luar waktu.

(2)   Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  dalam perkara senghaja mengeluarkan sembahyang di luarnya atau sembahyang di luar waktu.

1.                 Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  :

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبدُ يَومَ القِيَامَةِ مِن عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإِن صَلَحَتْ فَقَدْ أَفلَحَ وَأَنجَحَ ، وَاِن نَقَصَتْ فَقَد خَابَ وَخَسِرَ .

Ertinya: Mula perkara yang dikira hamba Allah pada Hari Kiamat akan amalnya  ialah sembahyang kurang (seperti di luar waktu) maka dia telah hampa dan rugi.

2.                 Diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad dengan sanad bagus dan At-Thabarani dan Ibnu Hibban dalam Shahîhnya bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  telah bercakap dalam perkara sembahyang pada suatu hari maka Baginda bersabda :

مَن حَافَظَ عَلَيهَا ، كَأَنَّكَ لَهُ نُورًا وَ بُرهَانًا وَ نَجَاةً يَوْمَ الِقيَامَةِ ، وَمَن لَم يُحَافِظ عَلَيهَا لمَ يَكُن لَهُ نُورَ وَلاَ بُرهَانَ وَلاَ نَجَاةً يَومَ القِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرعَونَ وَهَامَانَ وَأُبَِىّ بن خَلَف.

Ertinya: Barangsiapa memelihara sembahyang dengan tiada melewatkan dari waktunya dan sebagainya, maka melihat itu menjadi cahaya baginya , menjadi berjaya dan hujah baginya dan menjadi sebab selamat dan sejahtera ia pada Hari Kiamat, dan barangsiapa tiada memelihara sembahyang, maka tiadalah baginya cahaya dan hujah dan selamat pada Hari Kiamat, dan dia ditempatkan bersama-sama hartawan Qarun, raja Firaun, menteri Haman dan peniaga Ubaiy bin Khalaf  bangsa Quraisy, yakni mereka ahli Neraka dan kepala ahli Neraka.

Ini setengah ayat-ayat Qur’an dan hadis yang memberi amaran pada melewatkan sembahyang dari waktunya.

(3) Menahan orang dari membuat sembahyang, adalah perbuatan salah dan melampau dan aniaya dan zalim, akibat orang zalim buruk padahnya kerana doa orang yang kena zalim itu mudah dan lekas dikabulkan Allah Ta‘ala dan akibat bala itu akan menimpa kepala orang yang berbuat zalim itu.

(4) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan sahabat waktu berperang telah sembahyang lima waktu dan tiada meninggalkan sembahyang lima waktu, maka sembahyang dalam peperangan, sembahyang dalam masa huru-hara dan sebagainya itu telah disebutkan di dalam kitab-kitab Fiqeh, mereka namakan sembahyang dalam ketakutan shalatul Khauf, boleh sembahyang dalam masa bertugas dan bergilir-gilir, boleh sembahyang dalam masa menembak dan berjuang, boleh sembahyang dengan pakaian  askar dan dengan pakai sepatu, boleh mengambil air sembahyang dengan menyapu air sembahyang di atas dua sepatu yang tebal ganti membasuh dua tapak kaki mengikut syarat-syaratnya, boleh sembahyang dalam kereta perisai dalam kapal terbang, kiranya tiada dapat sujud boleh isyarat dengan sujud itu. Sila lihat dalam Babus Shalatul Khauf  (Sembahyang masa ketakutan).

(5) Kata ulama sembahyang tiadalah dapat dicuai-cuaikan selagi ada akal pada orang mukallaf  itu.

(6) Ada beberapa kemudahan diberi Allah Ta‘ala kepada askar-askar yang bertugas dan kemudahan-kemudahan itu boleh disesuaikan di mana-mana masa dan tempat dan keadaan sayugialah diambil perhatian perkara sembahyang dalam ketakutan dan jamâ‘ sembahyang dalam masa sakit dan masa pelayaran, menyapu di atas sepatu Khuff  iaitu kemudahan kepada mereka yang terpaksa  mengharung kesusahan dan wajib pada menyempurnakan sembahyang.

(7) Kemenangan-kemenangan dan pertolongan-pertolongan Allah Ta‘ala diberi kepada hamba-hambaNya bila mereka taat kepada Allah dalam masa yang sukar-sukar dan genting sebagaimana Allah Ta‘ala kurniakan kepada nabi dan sahabat dalam peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan, dan kepada Indonesia yang menang di atas penjajah pada bulan Ramadhan, dan tentera Palestin menang di atas Israel pada bulan Ramadhan, bulan lapar tapi ia bulan rahmat dan kebahagiaan bagi umat Islam. Sila rebut kemudahan-kemudahan Allah Ta‘ala yang diberi kepada askar menerusi sembahyang ketakutan dan menerusi najis yang dimaafkan yang tiada dapat dielakkan, dan menerusi menyapu sepatu khuff  dan menerusi isyarat sujud kiranya tiada dapat sujud dalam keadaan mendesak dan kesusahan bila lihat kitab-kitab Fiqeh . والله أعلم  .

(8) Jawapan ini mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jama‘ah dan mengikut dan bersetuju dengan mazhab yang empat .

والله أعلم


[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam


Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


No comments:

Post a Comment