PERKARA: MANA LEBIH AFDAL DIDAHULUKAN SEMBAHYANG QADHA
DAHULU KEMUDIAN BAHARU SEMBAHYANG TUNAI
Soalan:
Apabila
masuk waktu sembahyang , yang mana lebih afdhal, adakah sembahyang qadha dahulu
kemudian baharu sembahyang tunai atau sembahyang tunai dahulu baharu sembahyang
qadha.
Jawapan:
الحمدلله
Berkata
Al-‘Allâmah Bi Afdhal (العلامة بافضل) dan Ba’isyan (باعشن): Sunat bersegera pada mengadhakan
sembahyang yang telah diluputkan dengan ada uzur syar‘ie seperti tidur dan lupa
yang tiada melampaui pada keduanya, bagi segera menyelesaikan tanggungan dan
kerana ada perintah berbuat begitu, dan sunat juga ditertibkan pada qadha
sembahyang itu (seperti dahulukan Zuhur dari Asar, dan Asar dari Maghrib, dan
Maghrib dari Isyak, dan Isyak dari Subuh), dan sunat dahulukan sembahyang qadha
yang ada uzur dari sembahyang tunai yang telah sedia ada, yang tiada takut
luput waktu sembahyang yang sedia ada, dan wajib disegerakan sembahyang qadha
yang diluputkan dengan tiada apa-apa uzur. Dan wajib didahulukan qadha
sembahyang yang luput, dari qadha sembahyang yang luput dengan ada uzur,
sekalipun dengan tertib padanya.
Maka
menurut nash ulama yang di atas ini, maka wajib dibuat sembahyang qadha
lebih dahulu jika sembahyang itu luput dengan tiada apa-apa uzur, sekalipun
sudah masuk waktu sembahyang fardhu yang lain, kiranya waktu sembahyang fardhu
yang lain itu tiada luput dengan mengerjakan qadha dalam waktu sembahyang yang
lain itu, dan sunat disegerakan sembahyang qadha yang luput dengan ada uzur itu
dari mengerjakan sembahyang fardhu yang lain yang sudah masuk waktunya seperti
qadha sembahyang Subuh dalam waktu Zuhur.
وَاللهُ
اَعْلَمْ بِالصَّوَابِ
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL
BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment