Thursday, May 14, 2015

SUNAT HAJAT,QADHA SUBUH, FATIHAH

CARA SEMBAHYANG SUNNAT HAJAT, MAKMUM QADHAKAN SUBUH BERJEMAAH DENGAN IMAM TIADA QADHAKAN SUBUH, TERSALAH MEMBACA FATIHAH BAGAIMANA MEMBETULKAN


Soalan:

1).       Saya ingin tahu:

            a).        Apakah dan bagaimanakah keadaan sunnat Hajat dalam sembahyang berjemaah.

            b).       Bagaimana pula seorang makmum mengkadha Subuh dengan berjemaan bersama imam yang sembahyangnya lain daripada sembahyang Subuh (fardhu).  Adakah makmum itu disunnatkan juga membaca doa Qunut atau ia ikut imamnya itu terus sujud dengan meninggalkan Qunutnya?

            c).        Jika terdapat kesalahan membaca Fatihah dalam sembahyang adakah mesti diulang bacaan Fatihah itu dari awal iaitu dari بسم الله الرحمن الرحيم atau diulang pada awal ayat yang salah itu sahaja.

Jawapan:

الحمد لله

1.         a).        Cara sembahyang sunnat Hajat berjemaah:  Niat sembahyang Hajat berjemaah dalam hati serta Takbiratul Ihram.  Kalau sembahyang hajat berjemaah pada malam hari, sunnat imam angkat suara sedikit pada Fatihah dan surah, dan kalau sembahyang Hajat berjemaah siang hari maka imam tiada angkat suara.  Sembahyang Hajat itu dua rakaat lepas Fatihah baca surah انا اعطيناك الكوثر  enam kali dalam rakaat pertama, dan lepas Fatihah baca surah قل يايها الكافرون  enam kali dalam rakaat yang kedua, sesudah salam baca doa ini iaitu:

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله واله وصحبه اجمعين.

اللهم بك نستعين ، وعليك نتوكل ، اللهم ذلل لنا صعوبة أمورنا ، وأرزقنا من الخير أكثر مما نطلب ، واصرف عنا كل شر ، ربنا اشرح صدورنا ، ونور قلوبنا ويسرلنا أمورنا ، اللهم انا نستحفظك ونستودعك أنفسنا وأدياننا وأهلنا واولادنا وأقاربنا واحبابنا ، وكل ما انعمت به علينا وعليهم من أخرة ودنيا فاحفظنا اجمعين كل سوء ياكريم اللهم لاتدع فى مقامنا هذا ذنبا الاغفرته ، ولا هما الا فرجته ، ولا دينا الا قضيته ، ولا ضرا الاكشفته ، ولا فاسدا الا أصلحته ، ولا حاجة من حوائج الدنيا الا قضيتها ويسرتها يا ارحم الرحمين وصلى الله على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم والحمدلله رب العالمين

            Ertinya:  بسم الله , الحمد لله  shalawat dan salam diatas Rasullullah keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

            اللهم  kami mohon pertolongan, dan kami bertawakal kepada Tuhan Hamba, اللهم  mudahkan bagi kami segala kesusahan perkara kami, dan mohon beri kami lebih banyak dari apa yang kami pohon, dan mohon jauhkan segala kejahatan, Ya Tuhan kami mohon lapangkan dada kami, dan mohon terangkan hati kami, dan mudah segala perkara kami, اللهم  mohon pelihara kami dan mohon lindungkan diri kami, agama kami, ahli kami, anak-anak kami, kerabat-kerabat kami, mereka yang kami kasih, dan segala nikmat yang Tuhan kami telah kurniakan kepada kami dan kepada mereka, dari perkara akhirat dan dunia dan mohon pelihara kami sekalian dari segala kejahatan Ya Tuhan yang Maha Murah.  اللهم  Ya Allah jangan ditinggalkan majlis kami ini akan sesuatu dosa melainkan Tuhan kami telah beri ampun akannya, dan sesuatu melainkan Tuhan kami telah redhakannya, dan sesuatu hutang melainkan Tuhan kami telah bantu pada memberinya, dan sesuatu mudharat dan bencana melainkan Tuhan kami lepaskan daripadanya, dan sesuatu yang rosak melainkan Tuhan kami betul akannya, dan sesuatu hajat dari hajat-hajat dunia melainkan Tuhan kami tolong sampaikan dan mudah akannya Hai Tuhan yang Maha kasihan dan shalawat dan salam keatas Saidina Muhammad dan keluarga dan sahabat dan الحمد لله .

2.         a).        Makmum baca Qunnut kemudian ia ikut imam.

            b).       Dia baca kalimah atau perkataan yang salah baca itu dan teruskan baca Fatihah hingga akhirnya.  Ingat jika perkataan itu dimulakan  ال  maka wajiblah dimulakan dengan ال  seperti الرحمن  , jika salah baca pada perkataan الرحمن  , supaya cukup huruf Fatihah 144 huruf itu dibaca oleh orang yang sembahyang itu dan boleh dibaca dari awal ayat seperti salah baca الرحمن  dari بسم الله maka mulakan semula بسم الله الرحمن الرحيم .


والله أعلم

 [YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


No comments:

Post a Comment