ADZAN SEMBAHYANG JUM‘AT DI
NEGARA Brunei DARUSSALAM TETAP PADA
WAKTU 12.45 TENGAH HARI DAN TIADA MENGIKUT AWAL-AWAL WAKTUNYA MENURUT
TAKWIM WAKTU SEMBAHYANG.
Jawab:
اَلحَمْدُ
للهِ
1. Ulama berkata apabila masuk waktu sembahyang, maka bilal adzan
menyeru orang Islam pergi menyempurnakan sembahyang fardhu di masjid tempat
mereka berada.
Imam hendaklah tunggu makmum datang ke
masjid sehingga makmum-makmum itu bersuci dan mengambil air sembahyang dan
memakai pakaian sembahyang dan sembahyang sunat qabliyah iaitu di lewatkan dari
awal waktu sekedar kira-kira 15 minit, kemudian imam itu mendirikan sembahyang
fardhu berjemaah.
Dari kenyataan ini bahawa bila masuk waktu
sembahyang maka bila adzan dan imam tunggu makmum-makmum sehingga selesai
makmum-makmum itu bersuci berwudhu memakai pakaian dan menhadap qiblat
sembahyang sunnat qabliyah iaitu sekedar kira-kira 15 minit lebih kurang dan
tiada boleh lewat dari kadar 15 minit itu. Ini sembahyang berjemaah lain dari
Jumaat yakni sekedar membaca Qur’an setengah juz.
2. Adapun
pada sembahyang Jumaat dan waktu sembahyang itu berubah-ubah masanya mengikut
peredaran matahari sepanjang tahun, maka kementerian hal ehwal agama
mengesyorkan ditetapkan 12.45 dimulakan adzan pada tiap-tiap jum‘at setelah
mendapat anugerah titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Dipertuan negara Brunei أَيَّدَهُ
الله تعالى, sebagai menjaga
kepentingan umat Islam yang wajib menunaikan sembahyang Jumaat kerana wajib
sembahyang Jumaat ada mempunyai syarat-syarat lebih dari syarat-syarat
sembahyang fardhu.
3. Perintah raja wajib ditaatkan kerana ia menjaga muslihat orang
ramai, menurut ‘Aqidah Ahl Sunah Wa Al-Jamaah.
4. Apabila bilal adzan Jumaat maka hendaklah orang-orang yang wajib
berjemaah pergi sembahyang Jumaat menurut nash Qur’an.
إِذَا نُودِي لِلصَّلاَةِ مِن يَومِ الجُمُعَةِ فَاسعَوا
إِلَى ذِكرِ اللَّهِ وَذَرُوا البَيعَ
Tafsirnya: “Apabila dipanggil kamu kerana sembahyang jum‘at
pada hari jum‘at, maka hendaklah kamu pergi jum‘at itu yang ada di dalam
sembahyang jum‘at itu dzikrullah dan ingatkan Allah dan tinggalkan jual beli.”
Ertinya apabila adzan kedua dilaungkan maka
haram membuat kerja jual beli dan lain kerja, hanya pergi segera ke masjid
kerana menunaikan sembahyang Jumaat.
5. Jadi dengan adzan yang kedua Jumaat itu maka semua kerja adalah
dilarang dan haram hanya kerja pergi sembahyang Jumaat dan sebab waktu dzuhur
itu berubah mengikut peredaran matahari sepanjang tahun dan kerana menjaga
muslihat orang ramai pergi mengerjakan Jumaat, maka dari itu ditetapkan 12.45
tengah hari melakukan upacara Jumaat itu, supaya semua orang dapat mengerjakan
Jumaat dengan selesa dengan tentu masanya.
6. Dengan tujuan begitu, maka tiadalah ada apa-apa masalah melanggar
syarak’ atau bertentang dengan syarak yang diragu-ragukan oleh tuan penyoal itu
dengan minta dalil dari Qur’an dan hadits dan perbuatan Khalifah-Khalifah
Rasyidin Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali Radhiyallahu ‘anhum dan
melambat-lambatkan sembahyang Jumaat dari awal waktunya.
وَاللهُ أَعْلَمُ
بِالصَّوَابِ
PEHIN DATU
SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA AWANG HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ
Mufti Kerajaan
,
Negara Brunei
Darussalam .
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment