Thursday, May 14, 2015

IMAM UZUR RAKAAT PERTAMA

IMAM ‘UZUR DALAM RAKA’AT YANG PERTAMA DARI SEMBAHYANG JUMA’AT DAN TIADA SIAPA TAMPIL KE HADAPAN MENJADI IMAM


Soalan:

Sembahyang Juma’at, macam mana kalau imam ‘uzur di raka’at yang pertama, tidak ada seorang tampil ke hadapan untuk menggantikan menjadi imam. Macam mana keadaan makmum yang bersembahyang Juma’at itu.

Jawapan:

الحمد لله

Apabila imam ‘uzur dalam raka’at yang pertama dari sembahyang Juma’at, dan tiada siapa tampil ke hadapan menjadi imam, maka sembahyang Juma’at itu bathal.

Maka wajib di atas mereka sembahyang Juma’at semula, jika ada bilangan 40 orang ahli Juma’at masih kekal.  Jika ahli Juma’at kurang dari 40 orang maka mereka sembahyang zahir, kerana tiada ada syarat Juma’at, satu dari syarat sah Juma’at ada bilangan ahli Juma’at 40 orang.

والله أعلم

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam


Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei

No comments:

Post a Comment