Imam sembahyang raya lupa mengucap takbir raya dan terus membaca Bismillah
Hirrahmanirrahim
Soal
Memohon penjelasan dan
maklum mengenai perkara diatas masaalah telah timbul pada sembahyang sunat hari
raya yang baharu lalu.
Masalahnya seperti
berikut:
Sesudah rakaat pertama
selesai, Imam membaca Allahu Akbar dan terus berdiri pada rakaat kedua dan
membaca Bismillah dan masa itu bilal menegur dengan kata Subhanallah selepas
itu imam meneruskan bacaan Subhanallah Walhamdulillah walaa ilaaha illallah
wallahu akbar belum sempat imam mengangkat takbir seorang makmum menegur
subhanallah dalam masa yang sama seorang makmum dibarisan hadapan keluar dari
barisan terus menekup bahu imam mengatakan batal dan imam tergamam tanpa
meneruskan takbur kedua makmum yang menepuk bahu imam tadi mengatakan
sembahyang semula.
Persoalannya:
Dari segi mana dan apa
yang membatalkan sembahyang tersebut tidak boleh diteruskan, adakah teguran bilal
atau teguran makmum yang kedua tadi.
Apa yang telah berlaku
bahawa pihak makmum dan orang ramai yang bersembahyang pada masa itu
tertanya-tertanya dimanakah satu asas atau pegangan yang membatalkan sembahyang
diatas tadi.
الحمد
لله
1. Imam dan makmum sembahyang raya bertakbir
pada rakaat yang pertama tujuh kali serta ia angkat dua tangannya bagaimana
takbiratul ihram selain dari takbiratul ihram, iaitu selepas ia baca doa
alfatihah dan sebelum ia membaca Auzubillah atau ta’auzmenurut hadis yang diriwayatkan
oleh Al Imam Attarmizi bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam bertakbir dalam
dua sembahyang raya pada rakaat yang pertama tujuh kali sebelum membaca Fatihah
dan pada rakaat yang kedua baginda takbir lima kali selain takbir berdiri
sebelum membaca Fatihah. Dan Takbiratul Ihram itu bukan dari takbir tujuh kali
itu dan baginda baca diantara tiap-tiap dua takbur itu Subhanallah Wal
hamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akbar kemudian baginda berta’uz
dan membaca Fatihah.
2. Jikalau ia lupa akan tabir raya itu dan
ia mulakan membaca Fatihah sekalipun Fatihah belum sempurna atau belum selesai
dibaca fatihah, maka tiadalah imam itu akan mengucap takbir raya itu dan
jikalau ia ingat akan takbir-takbir raya itu sesudah membaca Auzubillahiminasyaitan
nirajiim atau ta’uz dan sebelum membaca fatihah, maka ia bertakbir raya.
Jikalau ia membaca Auzubillahi sebelum membaca doa Iftitah maka ia tiada
bawa takbir raya itu.
Hendaklah
diketahui takbir-takbir raya itu adalah ia sunat Hai’ah seperti Ta’uz dan doa
iftitah, bukan ia fardhu dan bukan sunat Ab’aad, maka tiadalah dibuat sujud
sahwi sebab meninggalkan takbir-takbir raya itu.
Adalah Imam atau
yang sembahyang raya itu syak akan bilangan takbir-takbir raya itu, maka ia
pakai yang lebih kurang dalam ingatannya, sebagaimana orang sembahyang syak
pada rakaat-rakaat sembahyang.
Orang sembahyang
raya itu nyaringkan takbir-takbir raya itu dan ia angkat dua belah tangannya
sebagai perbuatan sunat dalam semua takbir-takbir raya itu sebagaimana lain
takbir dalam sembahyang dan sunat ia letakkan tangan diatas tangan kiri dibawah
dada diantara dua takbir raya itu sebagaimana meletakkan tangan pada takbiratul
ihram. Dari al-‘ikna’
Perkara Makmum
3. Masa bertakbir tujuh kali itu dengan
yakin diantara doa iftitah dan ta’uz, apabila Imam mula membaca Fatihah sebelum
imam itu mengucap takbir raya maka luputlah takbir itu dan tiadalah ia bawa
takbir itu kerana dia sudah masuk pada mengerjakan fardhu iaitu membaca
Fatihah, jikalau Imam itu mengucap takbir raya itu lepas ia baca Fatihah, maka
sunat bagi Imam baca semula fatihah atau imam itu takbir raya maka batal
sembahyang raya itu jika ia ketahui berbuat begitu batal sembahyang serta
dengan senghaja.
Makmum Muafik ia
ikut akan imamnya kiranya imamnya mengucap takbir tiga kali atau enam kali,
maka makmum tiadalah mengucap lebih atau mengucap kurang sebagai sunat mengikut
kelakuan imam pada tiga atau enam kali itu. Dan jikalau Imam tinggalkan takbir
raya itu, maka makmum tiada mengucap takbir raya itu dan makmum masbuk, maka dia
mengucap takbir raya akan bilangan yang sempat ia dapat ikut tinggal takbir
dari takbir yang tujuh melainkan satu takbir lagi maka ia takbir sekali
bersama-sama imamya, dan jangan ia takbir lebih dari sekali takbir itu. Jikalau
makmum masbuk, dapat dengan imam pada awal rakaat yangkedua masa makmum takbir
lima kali bersama-sama imamnya, dan makmum takbir lima kali juga pada rakaatnya
yang kedua itu. Dari Al Minhaaj AlKhawim, lihat Matla’ AlBadrain.
Jawab pertanyaan
dalam soal yang dikemukakan itu begini:
4.
Jikalau imam atau orang yang sembahyang raya itu, membaca
takbir raya sesudah ia membaca fatihah, maka sunat baginya membaca semula
fatihah atau selepas ruku’ yakni ia berdiri tegak dari ruku’ dan ia hendak bawa
takbir raya itu, maka batal sembahyang itu, jika kiranya ia ketahui dilarang
berbuat begitu dan ia senghaja berbuat begitu.
Atau ibarat yang
lain: jikalau ia lupa takbir-takbir raya dan ia terus baca fatihah, sekalipun
ia tiada sempurnakan fatihah itu maka tiadalah ia menyonsong takbir-takbir raya
itu dan tiada sunat ia buat takbir-takbir raya itu, kerana dia sudah masuk pada
mengerjakan fardhu fatihah itu. Dan jika ia kembali dan baca takbir-takbir raya
itu, maka tiada batal sembahyangnya itu.
Adapun jikalau ia
ingat takbir-takbir raya itu ketika ia ruku’ atau lepas ia ruku’ dan ia kembali
berdiri semula supaya ia baca takbir-takbir raya itu pada hal ia ketahui tiada
boleh berbuat begitu dan senghaja ia berbuat begitu maka batal sembahyangnnya.
5. Sembahyang raya yang dipersoalkan dalam
soal diatas ini iaitu Imam lupa bertakbir dan terus ia membaca Bismillah
apabila bilal mengingatkan dia dan dia bangun bertakbir raya, maka
sembahyangnya raya itu tiada batal. والله
أعلم
Sayugia mandaras Kitab Fiqh dari masa ke semasa.
6. Berkata Al Imam AlAsnawi dalam mula-mula
kitab almuhammat: setengah-setengah guru kami telah bercerita darihal
setengah-setengah daripada guru-gurunya, maka ia membaca kitab al washiat kitab
fiqh oleh Al Imam Al Ghazali tiap-tiap tahun, dan guru itu tiada
menyentuh masalah-masalah lain, dan guru itu berkata: Tiadalah elok bagi orang
yang bekerja kerana memberi fatwa atau mengajar itu jauh masanya dari satu bab,
dari bab-bab fiqh itu lebih dari satu tahun.
Berkata Al Imam al-Muzanni:
saya mendengar Al Imam As-syafi’e berkata: Barangsiapa belajar Ilmu Qur’an,
maka tinggi martabatnya, dan barangsiapa melihat dan mengkaji ilmu fiqh, maka
mulia darjatnya yakni luas pahamannya. Barangsiapa
tiada menjaga dirinya maka tiadalah berguna ilmunya itu. Dari al-fawaid
al-makkiyah
7. Saya nasihatkan imam-imam,
juru-juru nikah, Bilaal dan marbut (nuja)
mandaras mana-mana kitab fiqh umpama dalam bahagian Taharah atau
sembahyang atau sembahyang jemaah atau sembahyang raya dari satu kesatu masa,
bagaimana nasihat Al Imam Al Asnawi Assyafi’e yang cerdik yang selalu namanya
disebutkan dalam kitab-kitab fiqh, supaya sentiasa masalah-masalah fiqh itu ada
dalam ingatan pegawai-pegawai itu dan tiada berbangkit kelemahan
pegawai-pegawai yang ditugaskan sesuatu jawatan.
والله أعلم
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam
|
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment