(Dengan nama Allah, Segala
puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Sembahyang
Jumaat merupakan ibadat yang sangat agung dan mempunyai fadhilat yang banyak.
Antaranya ialah sebagai penghapus dosa dalam setiap minggu. Daripada Abu
Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
الْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ كَفَّارَةُ مَا بَيْنَهُمَا مَا لَمْ
تُغْشَ الْكَبَائِرُ.
(رواه ابن ماجه)
Maksudnya: “(Sembahyang)
Jumaat hingga ke Jumaat (seterusnya) adalah penebus dosa di antara keduanya
selama mana tidak dilakukan dosa-dosa besar.”
(Hadits riwayat
Ibnu Majah)
Hari
Jumaat juga adalah hari yang paling agung daripada hari-hari yang lain,
sehinggakan keagungannya disebutkan dalam sebuah hadits bahawa hari Jumaat
adalah lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah
bin Abdul Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الأَيَّامِ وَأَعْظَمُهَا
عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ...
(رواه ابن ماجه والبيهقي)
Maksudnya: “Sesungguhnya
hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah,
dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
Kewajipan Sembahyang Jumaat
Mengerjakan
sembahyang Jumaat adalah wajib dan kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sÎ) ÏqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqt ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) Ìø.Ï «!$# (#râsur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºs ×öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ
(سورة الجمعة: آية 9)
Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid)
untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: Ayat 9)
Oleh
itu, sesiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa ada uzur syar‘i hukumnya
adalah berdosa besar, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut,
hatinya akan dicapkan oleh Allah sebagai hati orang munafiq. Abu al-Ja‘di
adh-Dhamriy Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ تَرَكَ
الْجُمُعَةَ ثَلاَثًا طََبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ وَجَعَلَ قَلْبَهُ فَهُوَ قَلْبُ
الْمُنَافِقِ.
(رواه ابن خزيمة)
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat
tiga kali nescaya Allah akan mencap hatinya, dan (Allah) menjadikan hatinya itu
seperti hati orang munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah)
Keuzuran
yang mengharuskan meninggalkan
sembahyang Jumaat
Sekalipun
sembahyang Jumaat itu hukumnya wajib, tetapi adakalanya seseorang itu
diharuskan meninggalkan sembahyang Jumaat jika terdapat keuzuran yang diharuskan
oleh syara‘. Antara keuzuran syar‘i itu ialah:
1.
Sakit yang menghalangi
untuk pergi sembahyang berjemaah ke masjid, sama ada jika dia pergi ke masjid
akan menambahkan lagi sakit itu atau melambatkan sembuh. Begitu juga sakit
cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid. Adapun sakit biasa
seperti sakit kepala, gigi dan demam ringan tidaklah dikira sebagai uzur yang
mengharuskan tidak bersembahyang Jumaat.
2.
Orang musafir yang sedang dalam pelayaran yang diharuskan, selama mana
dia tidak berniat untuk bermuqim atau menetap pada sesuatu tempat dalam
tempoh empat hari atau lebih.
لاَ جُمُعَةَ عَلَى مُسَافِرٍ.
(رواه البيهقي)
Maksudnya: “Tidak wajib
Jumaat ke atas orang musafir.”
(Hadits
riwayat al-Baihaqi)
Akan tetapi bagi orang yang
baru hendak memulakan pelayarannya pada hari Jumaat sebelum tergelincir
matahari, tidak harus bagi mereka meninggalkan sembahyang Jumaat. Waktu sebelum
tergelincir matahari itu ialah bermula setelah masuk waktu Subuh. Begitu juga
bagi orang yang belayar selepas tergelincir matahari.
3.
Orang yang dipenjara (dikurung). Orang seperti ini dianggap
sebagai orang yang mempunyai keuzuran. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
w ß#Ïk=s3ã ª!$# $²¡øÿtR wÎ) $ygyèóãr 4
(سورة البقرة: اية 286)
Tafsirnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan
apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah: ayat 286)
4.
Sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan
mayat menjadi busuk. Tidaklah disyaratkan orang yang menguruskan jenazah itu terdiri
daripada ahli keluarganya seperti anaknya dan saudaranya. Adapun orang yang
hadir, selain daripada orang yang menguruskan jenazah itu, bukanlah dikira
orang yang mempunyai keuzuran untuk meninggalkan sembahyang Jumaat.
Bagi
orang yang ada keuzuran yang menyebabkannya tidak wajib menunaikan sembahyang
Jumaat baginya sama ada untuk menunaikan sembahyang Zuhur ataupun sembahyang
Jumaat. Jika dia bersembahyang Jumaat, maka sembahyang Jumaat sudah memadai, dia
tidak perlu lagi untuk bersembahyang Zuhur.
Adalah
disunatkan bagi orang yang menyangkakan keuzurannya meninggalkan Jumaat itu akan
hilang supaya melambatkan sembahyang Zuhur sehingga ia berputus harapan untuk pergi
ke masjid mengerjakan sembahyang Jumaat kerana keuzurannya itu boleh hilang dan
dia dapat menunaikan sembahyang Jumaat itu. Walau bagaimanapun jika dia
mengerjakan sembahyang Zuhor pada awal waktu kemudian hilang keuzurannya
tidaklah wajib baginya sembahyang Jumaat walaupun masih ada waktu untuk mengerjakan
sembahyang Jumaat.
Adapun
jika dia menyangkakan yang keuzurannya itu tidak akan hilang maka disunatkan
baginya untuk bersegera mengerjakan sembahyang Zuhur demi mencapai fadhilat
sembahyang pada awal waktu. Jika orang yang ada keuzuran itu telah mengerjakan
sembahyang Zuhor kemudian dia mengerjakan sembahyang Jumaat lagi, maka
sembahyang fardhu yang dituntut ke atasnya sudah tertunai dengan sembahyang
Zuhurnya, manakala sembahyang Jumaat adalah sebagai sembahyang sunat baginya.
Daripada
penjelasan di atas, sembahyang Jumaat adalah merupakan satu kewajipan yang
tidak dapat ditinggalkan, dan disebutkan dalam beberapa buah hadits bahawa sesiapa yang meninggalkan sembahyang
Jumaat tiga kali nescaya Allah akan mencap hatinya itu seperti hati orang
munafiq. Hanya orang-orang yang mempunyai keuzuran sahaja boleh meninggalkan
sembahyang Jumaat itu. Oleh itu, ingatlah bahawa sembahyang Jumaat tidak boleh ditinggalkan melainkan jika
ada keuzuran.
No comments:
Post a Comment