QADHA’:
ADAKAH SATU PILIHAN
UNTUK MENINGGALKAN
SEMBAHYANG?
( Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah,
selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga,
sahabat dan para pengikut Baginda)
Sembahyang
fardhu merupakan satu kewajipan yang amat dituntut dalam Islam. Ianya adalah
amal perbuatan yang pertama sekali akan dihisab oleh Allah terhadap hambaNya di
akhirat kelak, kemudian diikuti oleh perhitungan amal-amal yang lain. Ianya
bukan hanya merupakan satu perintah dari Allah Subhanahu wa Taala
semata-mata tapi ianya adalah satu ibadah yang terkandung di dalamnya bermacam-macam
hikmah dan kebaikan.
Allah Subhanahu
wa Taala telah menetapkan sembahyang fardhu lima waktu dan setiap satu mempunyai
waktu-waktunya tersendiri sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
¨bÎ) no4qn=¢Á9$# ôMtR%x. ’n?tã tûüÏZÏB÷sßJø9$# $Y7»tFÏ. $Y?qè%öq¨B
(سورة
النساء: 103)
Tafsirnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah an-Nisaa: 103)
Dari
Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam
bersabda kepada Mu’az bin Jabal ketika beliau diutus oleh Baginda ke Negeri
Yaman:
أَخْبِرْهُمْ
أَنَّ اللهَ تَعَالَى قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلّ يَوْمٍ وَلَيْلَة
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Khabarkan kepada mereka sesungguhnya Allah Ta’ala
telah memfardhukan ke atas mereka sembahyang lima waktu pada tiap-tiap siang dan malam.
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sembahyang
fardhu lima
waktu wajib dikerjakan secara tunai kecuali jika ada keuzuran dari segi syara’.
Ianya juga perlu dijaga dengan menyempurnakan segala perkara-perkara wajib dan sunat
dalam sembahyang.
Namun
masih terdapat di kalangan umat Islam yang kurang menjaga ketepatan waktu
sembahyang fardhu sebagaimana yang ditetapkan oleh syara’ kerana beralasan
bahawa mereka akan dapat melakukannya kemudian. Golongan seumpama inilah yang
menganggap bahawa qadha’ adalah pilihan dalam melakukan ibadah sembahyang.
Pengertian
Qadha’ Dalam Konteks Ibadah
Menurut
hukum syarak, setiap sembahyang fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha’ sama
ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam
setelah murtad.
Dari segi
istilah fuqaha, qadha’ ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu
waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya
secara qadha’ atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang
tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.
Dari Anas
bin Malik Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam
bersabda:
إِذَا رَقَدَ أَحَدُكُمْ عَنِ الصَّلاَةِ أَوْ غَفَلَ عَنْهَا،
فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا. فَإِنَّ الله يَقُولُ: أَقِمِ الصَّلاَةَ
لِذِكْرِي.
(رواه مسلم)
Maksudnya: Jika tertidur seseorang
daripada kamu sehingga tertinggal sembahyangnya ataupun terlupa mengerjakannya,
maka hendaklah dia mendirikan sembahyang yang tertinggal itu apabila dia sudah
teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:“Dirikanlah sembahyang
untuk mengingati Aku”.
(Hadits riwayat Muslim)
Hukum
harus mengqadha’ sembahyang itu bukanlah sebagai satu kelonggaran yang membolehkan
seseorang itu meninggalkannya dengan senghaja sehingga luput waktunya walaupun
berhasrat untuk mengqadha’nya pada waktu yang lain. Adapun anggapan bahawa
meninggalkan sembahyang dengan senghaja dan boleh menggantinya pada waktu yang
lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah
satu anggapan yang salah.
Meninggalkan
Sembahyang Fardhu
Orang
yang meninggalkan sembahyang tetapi tidak ingkar akan kewajipannya
kadang-kadang disebabkan keuzuran yang diiktiraf oleh syara’. Kadang-kadang
pula disebabkan oleh alasan yang bukan syari’e dan inilah yang sering berlaku. Sebab-sebab
meninggalkan sembahyang itu boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang masing-masing
ada kaitan dengan hukum, iaitu:
Pertama: Meninggalkan sembahyang kerana keuzuran. Orang
seperti ini tidaklah berdosa kerana terluput waktu sembahyang bukan dengan
kehendak atau kelalaiannya, akan tetapi wajib ke atasnya qadha’ sembahyang yang
luput itu dan sunat disegerakan qadha’nya.
Kedua: Meninggalkan sembahyang tanpa ada keuzuran seperti
malas atau melalai-lalaikan sehingga luput waktunya. Maka orang seperti ini
berdosa tanpa diragukan lagi.
Contoh
meninggalkan sembahyang kerana keuzuran atau tanpa disenghajakan itu seperti tertidur,
terlupa dan seumpamanya sehingga luput waktu.
Namun apabila terbangun daripada tidur atau teringat daripada lupa, maka
dia wajib melakukan sembahyang tersebut kerana kewajiban sembahyang masih lagi
ditanggungnya.
Dalam sebuah hadits shahih,
Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu menceritakan mengenai dengan perjalanan
mereka bersama Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wassalam. Dalam
perjalanan itu mereka keletihan lantas tertidur. Apabila mereka terbangun
daripada tidur waktu sembahyang sudah pun berlalu. Mereka bertanya sesama
sendiri, apakah kaffarah yang mesti dibayar atas kelengahan mereka
melakukan sembahyang. Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wassalam mendengar
bisikan mereka lantas bersabda:
أَمَّا
إِنَّه لَيْسَ فِي النَّومِ تَفْرِيطٌ. إِنَّمَا التَّفْرِيطُ عَلَى مَنْ لَمْ
يُصَلِّ الصَّلاةَ حَتّى يَجِىءَ وَقْتُ الصَّلاةِ الأُخْرَى. فَمَنْ فَعَلَ
ذَلِكَ فَلْيُصَلِّ حِيْنَ يَنْتَبِهُ لَهَا. فَإِذَا كَانَ الغَدُ فَلْيُصَلِّهَا
عِنْدَ وَقْتِهَا
(رواه مسلم)
Maksudnya: Sesungguhnya
di dalam tidur tidak ada kelalaian. Sesungguhnya kelalaian itu ke atas
seseorang yang tidak melakukan sembahyang sampai habis waktunya. Maka sesiapa
yang melakukan demikian, segeralah dia sembahyang ketika dia ingat akannya.
Maka pada hari esoknya hendaklah ia menunaikan sembahyang ketika waktunya.
(Hadits riwayat Muslim)
Walaupun
terdapat pengecualian dalam melaksanakan tanggungjawab sembahyang bagi orang
yang sedang tidur, ini bukanlah bermakna senghaja tidur atau ditidur-tidurkan
untuk mengelak atau mencari helah daripada melakukan sembahyang pada waktunya.
As-Sayyid
Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-‘Allam
ketika bercakap mengenai tidur dan hubungannya dengan sembahyang, beliau
menyatakan adalah harus tetapi tidak digalakkan tidur selepas masuk waktu
sembahyang dan sebelum menunaikan sembahyang, jika mengikut sangkaannya bahawa
dia akan bangun dari tidurnya, sama ada bangun dengan sendirinya atau
dikejutkan oleh orang lain, dan masih ada waktu untuk dia menunaikan
sembahyang. Jika tidak, maka hukumnya adalah haram. Bahkan baginya dua dosa;
dosa kerana meninggalkan sembahyang dan dosa kerana tidur. Maka jika dia bangun dari tidur (sebelum
tidur dia menyangka bahawa jika bangun dari tidur tidak ada waktu baginya untuk
menunaikan sembahyang) tetapi dia sempat
mengerjakan sembahyang, maka terangkat dosa meninggalkan sembahyang. Manakala
dosa yang wujud disebabkan dia tidur tidak akan terangkat kecuali dengan
beristighfar.
Adapun
meninggalkan sembahyang tanpa uzur syari’e atau meninggalkannya dengan senghaja
seperti melalaikannya sehingga masuk waktu yang lain adalah berdosa dan wajib
baginya mengqadha’ dengan segera sembahyang yang luput itu.
Sibuk
dengan apa urusan sekalipun bukanlah alasan untuk meninggalkan sembahyang sehingga
luput waktu, begitu juga dengan alasan tidak dapat melakukan sembahyang kerana
tidak mampu untuk berdiri atau rukuk atau lain-lain alasan kerana sakit.
Sakit
tidaklah termasuk antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu tidak
menunaikan sembahyang sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imran bin Hushain Radhiallahu
‘anhu, beliau berkata:
كَانَتْ
بِي بَوَاسِيرُ، فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَنِ
الصَّلاَةِ، فَقَالَ: صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لمَ ْتَسْتَطِعُ فَقَاعِدًا، فَإِنْ
لمَ ْتَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ.
(رواه البخارى)
Maksudnya: Aku menghidap buasir, maka aku bertanya kepada
Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam tentang sembahyang. Maka Baginda bersabda:
“Sembahyanglah berdiri, dan jika engkau tidak mampu, maka duduklah, dan jika
engkau tidak mampu, maka sembahyanglah dengan mengiring”.
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Akibat
Orang Yang Meninggalkan Sembahyang
ِPerbuatan senghaja
meninggalkan sembahyang itu, menurut sesetengah ulama boleh menjadikan
seseorang itu dihukumkan kafir, berdasarkan zahir sabda Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wassalam yang diriwayatkan daripada Buraidah Radhiallahu ‘anhu:
إِنَّ
الْعَهْدَ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
(رواه النسائي و الترمذي)
Maksudnya: Sesungguhnya perjanjian antara kami dan mereka
(orang kafir) ialah sembahyang, maka barangsiapa yang meninggalkan sembahyang
maka sesungguhnya dia kafir.
(Hadits riwayat an-Nasa’ie dan at- Tarmidzi)
Qatadah
Radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi
wassalam bersabda: Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
إِنِّي
فَرَضْتُ عَلَى أُمَّتِكَ خَمْسَ صَلَوَاتٍ ، وَعَهِدْتُ عِنْدِي عَهْدًا ، أَنَّهُ
مَنْ جَاءَ يُحَافِظُ عَلَيْهِنَّ لِوَقْتِهِنَّ ، أَدْخَلْتُهُ الجْنَّةَ . وَمَنْ
لمَ ْيُحَافِظْ عَلَيْهِنَّ فَلاَ عَهْدَ
لَهُ عِنْدِي
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Aku telah
memfardhukan ke atas umatmu (wahai Muhammad) sembahyang lima waktu, seraya Aku berjanji pada diriKu
suatu perjanjian, bahawasanya barangsiapa yang memeliharanya tepat pada
waktunya, akan Aku masukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang tiada memeliharanya,
maka tiadalah perjanjian apa-apa dari Aku baginya.”
(Hadits riwayat Abu
Daud)
Namun akibat
yang sudah pasti meninggalkan sembahyang itu adalah suatu dosa besar. Firman
Allah Subhanahu wa Taala:
×@÷ƒuqsù šú,Íj#|ÁßJù=Ïj9 ÇÍÈ tûïÏ%©!$# öNèd `tã öNÎkÌEŸx|¹ tbqèd$y™
(سورة الماعون:٤– ۵)
Tafsirnya:
(Kalau orang yang demikian dikira
dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi
orang-orang ahli sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya.
(Surah Al-Ma‘un: 4-5)
Dalam
ayat lain, Allah Subhanahu wa Taala menjelaskan tentang balasan neraka
bagi orang-orang yang senghaja tidak mengerjakan sembahyang sebagaimana
firmanNya:
$tB óOä3x6n=y™ ’Îû us)y™ ÇÍËÈ (#qä9$s% óOs9 à7tR šÆÏB tû,Íj#|ÁßJø9$#
(سورة المدثر: ٤۳–٤٤)
Tafsirnya:
(Setelah melihat orang-orang yang
bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka
(Saqar)?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam
kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang”.
(Surah Al-Muddatstsir: 42-43)
Daripada
sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi
wassalam bersabda:
مَنْ
تَرَكَ الصَّلاَةَ لَقِىَ الله وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْباَنُ
(رواه الطبراني)
Maksudnya: Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, dia akan
menemui Allah dalam keadaan dia dimurkai (oleh Allah).
(Hadits riwayat Thabarani)
Masih
banyak lagi nash-nash Al-Qur’an dan Hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam
yang berupa perintah untuk mendirikan sembahyang dan peringatan-peringatan
terhadap mereka yang melalaikannya sehingga berlalu waktu sembahyang.
Sembahyang
Di Awal Waktu
Sebagai
langkah menghindar diri dari terlepas menunaikan kewajipan sembahyang, maka
tunaikanlah sembahyang itu di awal waktunya. Menunaikan sembahyang di awal
waktunya itu adalah kerja yang afdhal (lebih utama).
Ummu
Farwah Radiallahu ‘anha ada meriwayatkan:
سُئِلَ
رَسُولُ الله صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ اْلأَعْمَالِ أَفْضلُ؟ قَالَ
: الصَّلاَةُ فِي أَوَّلِ وَقْتِهَا.
(رواه أبو داود)
Maksudnya:
Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
wassalam pernah ditanyakan: “Apakah perbuatan-perbuatan yang lebih utama?” Baginda
bersabda : “Sembahyang pada awal waktunya”.
(Hadits riwayat Abu Daud)
Berdasarkan
hadits di atas, sembahyang pada awal waktunya adalah satu anjuran daripada
Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wassalam dengan tujuan untuk memperolehi
fadhilatnya di samping mengelak dari kelalaian sehingga berlalunya waktu
sembahyang. Walau bagaimanapun jika seseorang itu mengakhirkan sembahyang
kerana sesuatu sebab, maka hendaklah dia sentiasa berniat serta berazam akan
menunaikannya dalam waktunya.
Dalam hal
ini, As-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah menjelaskan
bahawa sebaik saja masuk waktu sembahyang fardhu hendaklah dilakukan salah satu
daripada dua perkara, sama ada dengan melakukannya terus (sembahyang) atau
berazam melakukannya dalam waktunya. Maka jika dia tidak terus melakukannya dan
juga tidak berazam untuk melakukannya (dalam waktunya), maka dia berdosa.
Ditegaskan
sekali lagi, bahawa menjaga sembahyang fardhu lima waktu adalah perkara yang sangat
dituntut oleh agama sementara mencuaikannya akan membawa kepada balasan serta
azab yang amat besar dari Allah Subhanahu wa Taala. Bagi mereka yang
mencuaikan atau melalai-lalaikan sembahyang hingga luput waktunya adalah wajib
mengqadha’ setiap sembahyang yang ditinggalkannya. Tidak cukup dengan itu
sahaja, malahan dia wajib bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Taala
kerana perbuatannya meninggalkan sembahyang fardhu dengan senghaja itu.
1. Hendaklah dia
keluar (berhenti) dari dosa itu.
2. Hendaklah dia menyesal di atas perbuatannya.
3. Berazam
tidak akan kembali mengerjakan dosa itu selama-lamanya. Jika tiada ada satu
dari tiga syarat itu, maka tiadalah sah taubatnya itu.
Mengqadha’
sembahyang bukanlah satu pilihan untuk seseorang itu meninggalkannya dengan
senghaja atau dengan apa jua alasan sekalipun atau berniat akan melakukannya
kemudian pada waktu yang terdekat, umpamanya sembahyang Maghrib akan
dilakukannya pada waktu Isya atau waktu Zohor akan dilakukan pula pada waktu
Asar. Maka dalam keadaan seumpama ini tetaplah dia berdosa dan yang paling
menakutkan, ada ulama yang mengkafirkannya kerana adanya hadits yang
menunjukkan sedemikian.
No comments:
Post a Comment