SEMBAHYANG SUNAT:
Surah Apa Yang Sunat Dibaca?
|
بسم
الله، والحمدلله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam
ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para
pengikut Baginda)
Membaca
surah selepas membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang merupakan sunat hai’at.
Ia disunatkan sebagai mengikut (ittiba‘) perbuatan Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam. Bahkan menurut
Ibnu Qasim al-‘Abbadi Rahimahullah meninggalkan
membaca surah adalah makruh.
Apabila
mengerjakan sembahyang sunat, mungkin timbul pertanyaan apakah surah-surah yang
sunat dibaca setelah membaca surah al-Fatihah. Ini kerana pada sebahagian
sembahyang sunat itu telah ditentukan atau dikhususkan ayat atau surah tertentu.
Bagaimana pula dengan sembahyang sunat yang lain? Maka penjelasan ringkasnya
adalah seperti berikut.
Membaca
Surah Selepas Surah al-Fatihah Dalam Sembahyang Fardhu Dan Sunat
Menurut
ulama, sunat membaca surah selepas membaca surah al-Fatihah bagi
imam dan munfarid (orang yang bersembahyang seorang diri), sama ada
dalam sembahyang jahr, iaitu sembahyang yang dinyaringkan bacaan atau sembahyang
sirr, iaitu sembahyang yang diperlahankan bacaan.
Oleh
yang demikian, sunat membaca surah dalam sembahyang yang dua rakaat, sama ada
sembahyang fardhu seperti sembahyang Jumaat atau sembahyang sunat seperti
sembahyang sunat Subuh.
Disunatkan
juga membaca surah pada dua rakaat yang pertama sembahyang fardhu seperti
sembahyang fardhu Maghrib dan Zhuhur.
Membaca
Satu Surah Lengkap Atau Memadai Beberapa Ayat Sahaja?
Dalam
sembahyang fardhu Subuh dan juga dua rakaat pertama dalam sembahyang-sembahyang
yang lain, iaitu selepas membaca surah al-Fatihah, disunatkan bagi
imam dan munfarid membaca sesuatu ayat atau surah daripada al-Qur’an.
Tuntutan sunat itu dapat dicapai dengan hanya membaca satu ayat sahaja daripada
al-Qur’an dan yang afdhalnya adalah sebanyak tiga ayat.
Akan
tetapi satu surah yang lengkap, sekalipun surah yang pendek, adalah lebih afdhal
dibaca daripada membaca sebahagian ayat sahaja daripada surah yang panjang (jika
tidak dibaca keseluruhannya). Ini kerana apabila dibaca sebahagian ayat sahaja
dari surah yang panjang, boleh jadi dia waqaf (memberhentikan) di tempat
yang tidak diharuskan waqaf, dan ini boleh memutuskan ayat al-Qur‘an
yang mempunyai kaitan dengan ayat yang selepasnya.
Walau
bagaimanapun dalam perkara ini dikecualikan beberapa sembahyang sunat seperti
sembahyang sunat Tarawih dan sembahyang sunat Subuh, kerana dalam sembahyang sunat
Tarawih dan sembahyang sunat Subuh telah warid (disebutkan) di dalam
hadis untuk membaca sebahagian ayat daripada surah-surah yang tertentu. Adapun
ayat atau surah yang warid dibaca dalam sembahyang sunat Subuh akan
diterangkan kemudian.
Apakah
Surah-Surah Yang Dibaca Dalam Sembahyang-Sembahyang Sunat?
Pada
dasarnya surah-surah yang dibaca dalam kebanyakan sembahyang-sembahyang sunat selepas
bacaan surah al-Fatihah ialah surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlash
pada rakaat kedua.
Menurut
Imam Ibnu Hajar Rahimahullah bahawa sunat membaca surah al-Kafirun dan
surah al-Ikhlash dalam sembahyang-sembahyang sunat di antaranya ialah sembahyang
sunat Maghrib, sembahyang sunat Isya, sembahyang sunat Thawaf, sembahyang sunat
Istikharah, sembahyang sunat dua rakaat ketika hendak belayar (musafir) dan
kembali dari musafir, sembahyang sunat Ihram dan diqiyaskan dengannya
sembahyang sunat Tahiyyah al-Masjid, sembahyang sunat Dhuha, sembahyang sunat
Zawal dan seumpamanya, dalam sembahyang fardhu Maghrib pada malam Jumaat
menurut riwayat al-Baihaqi Rahimahullah dan disunatkan juga
membacanya dalam sembahyang fardhu Subuh pada hari Jumaat bagi orang musafir
sebagaimana yang diriwayatkan oleh ath-Thabarani Rahimahullah.
Maka ini termasuklah juga sembahyang sunat Tahajjud
dan sembahyang sunat Hajat.
Berkata
Al-‘Allamah as-Saiyid ‘Abdullah al-Jurdani Rahimahullah bahawa
sebahagian ulama berpendapat adalah sebaiknya membaca kedua-dua surah ini dalam
setiap sembahyang yang tidak dikhususkan surahnya, seperti yang disebutkan
dalam kitab Hasyiyah Fath al-Mu‘in.
Namun
ada juga surah-surah yang khusus dibaca dalam sebahagian sembahyang-sembahyang
sunat sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama. Di antara sembahyang sunat
yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
1. Sembahyang Sunat Wudhu’
Berkata
al-Habib Thahir bin Husin Ba ‘Alawi Rahimahullah dalam al-Maslak
al-Qarib bahawa pada rakaat pertama selepas bacaan surah al-Fatihah sunat
dibaca:
1.
Ayat ke 64 daripada Surah an-Nisa’:
éVÖWè `ØSäPVTßKV… ¢XM… Nv…éSÙVÕJðÀº `ØSäW©SÉßKV… ðÏèSò:†W– N…èS£WÉpTTçÅWT`ª@†WTÊ WJð/@… W£WÉpTTçÅWpTª@…Wè ñySäVÖ SÓéSªQW£Ö@… N…èSŸW–WéVÖ JðW/@… †_TTŠ…QWéWTŽ †_TTÙ~YšQW¤
(سورة النساء :
٦٤)
2.
Selepas itu beristighfar (membaca ("أَسْتَغْفِرُ
اللَّهَ" sebanyak
tiga kali dan kemudian dibaca surah al-Kafirun.
Pada
rakaat kedua selepas bacaan surah al-Fatihah sunat dibaca:
1.
Ayat ke 110 surah an-Nisa’:
ÝWÚWè `ÔWÙ`ÅWÿ …[ò;éSª `èVK… `ØYÕ<À¹Wÿ ISãW©pTÉWTß JðyR’ X£YÉpTçÅWT`©WTÿ JðW/@… YŸY•Wÿ JðW/@… …_¤éSÉTWTçÆ †_Ù~YšQW¤
(سورة النساء:
١١۰)
2.
Selepas itu beristighfar sebanyak tiga kali, kemudian dibaca surah al-Ikhlash.
2. Sembahyang Sunat Subuh
Terdapat
tiga cara yang disebutkan oleh ulama tentang pemilihan ayat atau surah dalam
sembahyang Sunat Subuh, iaitu:
Cara
pertama:
Imam
an-Nawawi Rahimahullah menyebut dalam kitab al-Majmu‘ bahawa sunat
dibaca pada dua rakaat sembahyang sunat Subuh surah yang pendek sebagaimana
disebutkan dalam kitab ash-Shahihain (Shahih al-Bukhari dan Shahih
Muslim):
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam pada rakaat yang pertama (ketika sembahyang sunat Subuh) membaca satu
ayat daripada surah al-Baqarah (قُولُوا ءَامَنَّا بِاللهِ....الآية), dan pada rakaat yang kedua
Baginda membaca satu ayat daripada surah Ali ‘Imran .(قُلْ يأَهْلَ
اْلكِتَابِ ...الآية)”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud
dan an-Nasa’ie)
Ayat
yang dimaksudkan pada rakaat pertama ialah dari surah al-Baqarah ayat 136.
Manakala pada rakaat kedua ialah dari surah Ali ‘Imran ayat 64.
Cara kedua:
Sunat
juga dibaca pada rakaat pertama surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua pula
surah al-Ikhlash sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah:
يَقْرَأُ فِيْهِمَا: (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ
(قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ)
(رواه
مسلم)
Maksudnya: “Baginda (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam)
membaca pada rakaat pertama dalam sembahyang sunat Subuh قُلْ يَا أَيُّهَا اْلكَافِرُونَ (surah al-Kafirun) dan pada rakaat kedua قُلْ هُوَ اللهُ أَحَد
(surah al-Ikhlash).”
(Hadis riwayat Muslim)
Cara
Ketiga:
Al-‘Allamah
as-Saiyid ‘Abdullah al-Jurdani Rahimahullah juga menyebutkan bahawa
sunat membaca surah al-Insyirah (أَلَمْ نَشْرَحْ) pada rakaat pertama dan surah al-Fil
(أَلَمْ
تَرَكَيْفَ) pada rakaat kedua.
Sebagai
kesimpulan, adalah lebih awla (utama) juga menggabungkan surah-surah itu
supaya dapat beramal dengan kesemua riwayat yang warid mengenainya.
Dimulakan dengan membaca pada rakaat pertama selepas bacaan surah al-Fatihah:
1.
Ayat ke 136 daripada surah al-Baqarah
2.
Surah al-Insyirah dan
3.
Surah al-Kafirun
Kemudian
pada rakaat kedua selepas bacaan surah al-Fatihah sunat dibaca:
1.
Ayat ke 64 daripada surah Ali ‘Imran
2.
Surah al-Fil dan
3.
Surah al-Ikhlash
3. Sembahyang Sunat Dhuha
Menurut
Imam Ibnu Hajar Rahimahullah, surah-surah yang sunat dibaca selepas
surah al-Fatihah dalam sembahyang sunat Dhuha ialah surah asy-Syams pada rakaat
pertama dan surah adh-Dhuha pada rakaat kedua. Jika ia dikerjakan lebih daripada dua rakaat,
memadai dengan membaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlash sesudah itu.
Manakala
Syeikh Ar-Ramli Rahimahullah pula menjelaskan adalah lebih utama membaca
surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlash berbanding surah-surah yang lain, hatta
pada dua rakaat yang pertama.
Sebagai
alternatif, adalah lebih awla menggabungkan surah-surah yang dianjurkan
di atas untuk mendapatkan kesemua fadhilat surah-surah itu. Ini disarankan
sendiri oleh pengarang kitab I‘anah ath-Thalibin sebagaimana anjurannya untuk
dibaca pada rakaat yang pertama selepas surah al-Fatihah:
1.
Surah asy-Syams dan
2.
Surah al-Kafirun
Pada
rakaat yang kedua selepas surah al-Fatihah:
1.
Surah adh-Dhuha dan
2.
Surah al-Ikhlash
Pada
rakaat yang seterusnya bolehlah dibaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlash
sahaja.
Perlu
diingat, jika sembahyang sunat Dhuha itu dikerjakan empat rakaat, maka tidak
perlu lagi dibaca surah untuk mengiringi surah al-Fatihah pada rakaat ketiga
dan keempat selepas duduk tahiyyat awal pada rakaat yang kedua.
4. Sembahyang Sunat Tasbih
Menurut
Syeikh asy-Syarqawi Rahimahullah adalah lebih awla dibaca surah al-Hadid
pada rakaat pertama, surah al-Hasyr pada rakaat kedua, surah ash-Shaff pada
rakaat ketiga dan pada rakaat keempat surah al-Jumu‘ah. Jika tidak, bolehlah
membaca surah az-Zalzalah pada rakaat pertama, surah al-‘Adiyaat pada rakaat
kedua, surah at-Takatsur pada rakaat ketiga dan surah al-Ikhlash pada rakaat
keempat.
Manakala
Syeikh ‘Ali asy-Syabramallisi Rahimahullah menyebutkan bahawa dalam
sembahyang sunat Tasbih dibaca surah at-Takatsur pada rakaat pertama,
surah al-‘Ashr pada rakaat kedua, surah al-Kafirun pada rakaat ketiga dan surah
al-Ikhlash pada rakaat keempat.
5. Sembahyang Sunat Hari Raya
Sunat
dibaca dalam sembahyang sunat Hari Raya sama ada Hari Raya Fitri atau Hari Raya
Adhha surah Qaf pada rakaat
pertama dan surah al-Qamar pada
rakaat kedua atau surah al-A‘la pada rakaat
pertama dan surah al-Ghasyiah pada
rakaat kedua.
6. Sembahyang Sunat Istikharah
Pada rakaat pertama selepas surah
al-Fatihah dibaca dari surah al-Qashash ayat 28-29:
ðÐQSTŠW¤Wè SÌRÕpWTÿ †WÚ Sò:†WWTÿ %S¤†WT`mïmðžWè †WÚ fû†W{ SØSäVÖ &SáW¤WkY<Ö@… WÝHTW™pTT‰Sª JðY/@… uøVÕHTTTWÅWTŽWè †QWÙWÆ WÜéRÒX£pTSTÿ (68) WÐQSTŠW¤Wè SØVÕ`ÅWTÿ †WÚ QSÝYÑSTŽ óØSåS¤èSŸS² †WÚWè WÜéSÞYÕ`ÅSTÿ (69)
(سورة القصص : ٦۸- ٦٩)
Pada rakaat kedua pula dibaca
dari surah al-Ahzab ayat 36:
†WÚWè W܆VÒ wÝYÚ`ëSÙYÖ ‚WWè ]àWÞYÚ`ëSÚ …V¢XM… øWµWTÎ JðS/@… ,ISãSTÖéSªW¤Wè …[£T`ÚKV… ÜKV… WÜéRÑWTÿ SØSäVÖ SáW¤WkY<Ö@… óÝYÚ %óØYåX£`ÚVK… ÝWÚWè g°`ÅWTÿ JðW/@… ISãVÖéSªW¤Wè `ŸTWÍWTÊ QWÔTTW¶ ¾„HTVÕW¶ †_TÞ~Y‰QSÚ (36)
(سورة الأحزاب : ۳٦)
Maka
dalam sembahyang yang telah disebutkan di atas, selain surah al-Kafirun dan al-Ikhlash,
telah disunatkan juga untuk membaca ayat atau surah tertentu dari al-Qur'an.
Sebagai
kesimpulannya, adalah harus dibaca apa jua ayat atau surah dari al-Qur’an dalam
sembahyang untuk memperolehi pahala membaca al-Qur’an. Bagi
sembahyang-sembahyang yang telah disunatkan membaca surah-surah yang khusus,
maka adalah lebih baik diamalkan agar tidak luput sunnah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam itu.
Begitu
juga sunat dibaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlash dalam
sembahyang-sembahyang sunat yang diqiyaskan kepada sembahyang-sembahyang
sunat yang lain sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah.
Apa yang perlu diingat, membaca sesuatu ayat atau
surah selepas membaca surah al-Fatihah merupakan sunat hai’at. Maka
sebaliknya pula, hukum meninggalkannya adalah makruh menurut Ibnu Qasim
al-‘Abbadi Rahimahullah.
No comments:
Post a Comment