Thursday, May 14, 2015

SEMBAHYANG JUMAAT KURANG 40

Sembahyang Juma’at Dengan Jemaah
Kurang Dari 40 Orang


Soalan:

Ada guru saya berkata setiap mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat mestilah mencukupi bilangan 40 orang ke atas. Misalnya ada terjadi di sebuah masjid atau surau jikalau mengerjakan sembahyang Jumu‘ah itu tidak mencukupi bilangan 40 orang adakah sembahyang itu sah atau pun tidak sah.

Jawab:

الحمد لله اَللَّهُمَّ صل وسلم على سيدنا محمد واله وصحبه .

Sembahyang Jumu‘ah wajib dikerjakan dengan 40 orang Islam yang ada pada mereka syarat sah mengerjakan Jumu‘ah  menurut mazhab asy-Syafi‘e.

والله أعلم بالصواب .

 [YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei


No comments:

Post a Comment