(Dengan nama Allah, Segala puji bagi
Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Hari Jumaat adalah hari yang
paling agung daripada hari-hari yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan
dalam sebuah hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya
Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir Radhiallahu
‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
سَيِّدُ اْلأَيَّامِ وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ
مِنْ يَوْمِ اْلأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ...
(رواه ابن ماجه)
Maksudnya: “Sesungguhnya
hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah,
dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
Sembahyang
fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang
merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan
mengerjakannya ada disebutkan
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana
firmanNya:
$pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) š”ÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó™$$sù 4’n<Î) Ìø.ÏŒ «!$# (#râ‘sŒur yìø‹t7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ
(سورة الجمعة: 9)
Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid)
untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)
Meninggalkannya Melanggar Perintah
Allah
Mereka
yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan
sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit
yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit
kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika
dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.
Namun
bagaimana pula dengan orang yang senghaja meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat
tanpa sebarang keuzuran? Perlu diingat, sesiapa
yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah
perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya
tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang
munafiq. Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلاَثًا مِنْ غَيْرِ
عُذْرٍ فَهُوَ مُنَافِقٌ
(رواه ابن حبان)
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat
tiga kali tanpa
keuzuran maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Diriwayatkan
daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلاَثَ جُمَعٍ مُتَوَالِيَاتٍ فَقَدْ
نَبَذَ اْلإِسْلاَمَ وَرَاءَ ظَهْرِهِ
(رواه
أبو يعلى)
Maksudnya: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga
kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya
(meninggalkannya).”
(Hadits riwayat Abu Ya‘la)
Diriwayatkan
daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahhu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu
Jumaat, Baginda bersabda:
لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوتَهُمْ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang
lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam
untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang
Jumaat.”
(Hadits riwayat Muslim)
Oleh itu, orang yang
diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat janganlah sekali-kali
meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat melainkan ada keuzuran syar‘i. Ini kerana
perbuatan itu adalah melanggar perintah Allah dan orang yang meninggalkan
sembahyang fardhu Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut dicap sebagai orang
munafiq.
No comments:
Post a Comment