Hukum Berpuasa dan sembahyang bagi yang masih dalam pendarahan (sama ada
darah haidh/nifas )
Jawapan:
(i) Alhamdulillah
Nifas ertinya pada syara‘ ialah darah yang keluar sesudah kosong
peranakan daripada kanak-kanak atau ‘alaqah (segumpal darah) atau muthqhah
(segumpal daging) - darah yang keluar sesudah beranak.
(ii) Sekurang-kurang nifas itu ialah selama satu ketika (lahzhah),
pada kebiasaannya selama 40 (empat puluh) hari, dan sebanyak-banyaknya selama
60 (enam puluh) hari.
(iii) Darah yang keluar sesudah 60 hari nifas itu bukan lagi dinamakan
nifas, tetapi darah istihaadhah iaitu darah penyakit.
(iv) Orang perempuan yang sedang mengalami pendarahan istihaadhah itu
wajib atasnya sembahyang fardhu dan puasa Ramadhan. Jika dia hendak sembahyang
wajiblah dia melakukan perkara-perkara berikut :-
1) Membasuh najis
dari farajnya dengan air;
2) Kemudian sesudah
bersih disumbatnya farajnya itu dengan kapas atau seumpamanya melainkan kalau
penyumbatan itu menyakitinya maka tidaklah ia wajib menyumbatnya;
3) Jika penyumbatan
itu tiada memadai disebabkan darah banyak keluar, maka wajiblah dia menggunakan
cawat atau tuala wanita atau seumpamanya;
4) Kemudian dia
berwudhu’ atau bertayamum, sesudah itu. Perkara-perkara diatas hendaklah
dilakukannya sesudah masuk waktu satu-satu sembahyang fardhu.
5) Kemudian
hendaklah dia segera melakukan sembahyang fardhu. Adalah harus baginya
bersembahyang sunnat sebanyak yang dia suka bersama fardhu itu dengan wudhu’nya
itu. Tetapi di wajib mengulangi segala perbuatan diatas pada tiap-tiap fardhu
sembahyangnya yang lain.
(v) Adapun jika dia berpuasa, maka tiadalah dia wajib menyumbat farajnya,
memadai dengan memaki cawat atau tuala wanita atau seumpamanya pada siang hari.
Sekian.
وَاللهُ أَعْلَمُ
PEHIN DATU IMAM DATU PADUKA SERI SETIA USTAZ HAJI
AWANG ABDUL HAMID BIN BAKAL
Pemangku Mufti Kerajaan ,
Negara Brunei Darussalam .
|
Pejabat Mufti,
Brunei
|
Mufti Kerajaan
Brunei
|
No comments:
Post a Comment