DALAM SEMBAHYANG BERJEMAAH ORANG BANGUN DARI I‘TIDAL MEMBACA سمع الله
لمن حمده , DENGAN TIADA MEMBACA ربنا ولك
الحمد
Soal :
Sewaktu bersembahyang berjemaah iaitu apabila imam
bangun daripada ruku‘ ( i ‘tidal )
dengan mengucap " سَمِعَ الله ُلِمَنْ حَمِدَهُ ",
kaola pernah ditegur kerana tidak menyahut lafaz tersebut dengan jawapan " رَبَّناَ لَكَ الحَمْدُ ".
Kaola merasa hairan atas teguran tersebut kerana sepanjang yang kaola dengar
misalnya waktu siaran terus-menerus Sembahyang Fardhu Jumu‘ah dan Maghrib dari corong radio Brunei makmum
mengulang dengan suara yang kuat lafaz dari imam itu dan hanya secara perlahan
menjawab lafaz kedua. Apakah patut kaola teruskan mengikut seperti yang
dikatakan oleh orang yang menegur kaola itu atau buat sahaja apa yang lazimnya
dilakukan oleh orang Islam di Brunei ?
Jawab :
الحمدلله اَللَّهُمَّ
صل وسلم على رسول الله واله وصحبه ومن والاه
Orang yang sembahyang itu apabila ia mula
angkat kepalanya kerana i‘tidal berdiri betul, maka sunat baginya membaca سَمِعَ الله لِمَن حَمِدَهُ dan apabila ia sudah berdiri tegak maka ia baca
رَبَّناَ لَكَ الحَمدُ مِلءَ السَّمَوَاتِ وَمِلءَ الأَرضِ وَمِلءَ مَا شِئْتَ
مِن شَىءٍ بَعدُ .
Bacaan-bacaan itu wajiblah ia didengarkan
kepada dirinya sendiri, supaya sah bacaan itu, sunat tiada dinyaringkan bacaan سَمِعَ الله ُ
itu
sehingga dapat didengar oleh orang adapun imam ia menyaringkan سَمِعَ الله لِمَن حَمِدَهُ itu.
Sunat bagi imam itu menyaringkan suara pada
Takbiratul Ihram dan Takbir pindah dari satu rukun pada suatu rukun yang lain,
dan pada سَمِعَ الله لِمَن حَمِدَهُ dan pada salam.
Tiada sunat bagi imam dan makmum menyaringkan رَبَّناَ لَكَ الحَمْدُ .
Jadi dalam masalah سَمِعَ الله لِمَن حَمِدَهُ itu maka imam
menyaringkan dan makmum membaca perlahan-lahan sekadar didengar dirinya dan
pada رَبَّناَ لَكَ الحَمْدُ
imam
membaca perlahan-lahan dan makmum juga membaca akannya dengan perlahan-lahan
jika makmum baca سَمِعَ الله لِمَن
حَمِدَهُ dengan nyaring dan ia baca رَبَّناَ لَكَ الحَمْدُ dengan nyaring,
maka perbuatan makmum menyaringkan kedua-dua سَمِعَ الله لِمَن حَمِدَهُ dan رَبَّناَ لَكَ الحَمْدُ itu adalah makhruh.
Jadi orang yang menegur itu, tiada kena
tegurnya pada tempatnya dan perbuatannya itu salah. Dan perbuatan makmum
menyaringkan سَمِعَ الله لِمَن حَمِدَهُ dan رَبَّناَ لَكَ الحَمْدُ itu bagaimana yang didengar
di dalam radio adalah makruh tiada ada balas-membalas di antara makmum dengan
imam pada membaca سَمِعَ الله لِمَن
حَمِدَهُ dan رَبَّناَ لَكَ الحَمْدُ itu, hanya masing-masing membaca sendiri dan
imam menyaringkan سَمِعَ الله لِمَن حَمِدَهُ sahaja supaya didengar oleh
makmum dan supaya ia ketahui kedudukan
sembahyang imamnya itu.
والله أعلم
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam
|
Pejabat Mufti, Brunei
|
Mufti Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment