Syarat Menjadi Imam Dan Ma’mum, Membaca Dengan Kuat Sehingga Mengganggu
Orang Lain, Qadha Sembahyang Lepas Jaga Dari Tidur, Imam Sembahyang Dan Dia Terkentut,
Apa Kelebihan Menjadi Imam.
Soalan:
1) Apa syarat seorang yang sah menjadi seorang imam dan
menjadi ma’mum?
2)
Adakah berdosa sekiranya seorang itu membaca ayat-ayat
al-Qur’an sehingga mengganggu orang yang sedang sembahyang?
3)
Bolehkah saya mengqadha sembahyang fardhu Subuh jika
terbangun pukul 7.30 pagi dan bukannya selepas fardhu Dzuhur?
4)
Apakah syarat-syaratnya jika seorang Islam itu menjadi
imam?
5)
Berapa perkarakah yang wajib diketahui ia menjadi
imam?
6)
Jika seorang imam itu bersembahyang berjama’ah,
tiba-tiba ia terkentut dalam mengerjakan sembahyang, apakah dia harus buat?
7)
Apakah dia kelebihan seorang imam itu?
Jawab:
الحمد لله ، اللهم صل على رسول الله وأله وصحبه وسلم.
1.
Setengah
dari syarat menjadi imam, hendaklah ia jaga 14 empat belas sabdu yang ada dalam
al-Fatihah itu, jangan ia tukar huruf ضاد dengan huruf ظاء atau lain huruf-huruf dari
al-Fatihah, jangan ada لحن (pilat)
yang mengubah makna dari al-Fatihah seperti ia tukarkan baris انعمت ringkasnya ia bawa al-Fatihah dengan cukup makhraj
hurufnya dan cukup sempurna sabdunya dan baris-barisnya, dibaca al-Fatihah itu
terus menerus satu ayat lepas satu ayat hingga selesai al‑Fatihah itu.
Sekarang
orang ada baca الحمد لله dengan
heja H
atau bunyi H ايخ pada الرحمن الرحيم . Pilat itu membawa tiada sah al‑Fatihah kerana bunyi ح sudah bertukar
bunyi H
dan tiada sah sembahyangnya sendiri dan tiada sah ia menjadi iman,
itulah suatu bala’ yang menimpa orang yang melebihkan rumi dari huruf jawi.
Hendaklah ia baca tahiyat akhir dengan betul,
bagaimana membaca al-Fatihah, dari itu wajib belajar membaca al‑Fatihah dan
membaca tahiyat akhir dari guru yang fasih dan pandai hukum-hukum Tajuid supaya
sah sembahyang tiap-tiap orang Islam dan sah ia jadi imam.
Setengah dari syarat menjadi ma’mum itu ia
berdiri ke belakang dari tempat imam berdiri, dan ia ketahui gerak-geri imam
dengan melihat akannya atau dengan suara imam atau dengan suara bilal, ia niat
mengikut imam atau niat menjadi ma’mum ketika ia niat sembahyang pada mula
sembahyang itu bagaimana biasa diniat oleh ma’mum. Hendaklah ia ikut imam,
jangan تكبيرة الإحرام ma’mum serentak dengan تكبيرة الإحرام imam, dan jangan ia mengerjakan dua rukun فعل terdahulu daripada imam atau terkemudian dan terlambat
dua rukun فعل daripada imam dengan tiada apa-apa ‘uzur.
Barangsiapa dapati imam dalam ruku’ dan ma’mum
berihram terus ruku’ bersama-samanya, maka ma’mum itu telah dapat raka’at itu
bersama-sama imam itu.
2.
Haram menyaringkan suara di dalam sembahyang atau di luar
sembahyang, sehingga ia mengganggu orang lain, maka orang lain itu ialah orang
sembahyang atau orang membaca atau lain-lain hal kiranya ia tiada ‘uzur menyaringkan
suaranya itu.
3.
Wajib qadha’ sembahyang dengan segera dan serta-merta
kiranya mana-mana satu sembahyang fardhu itu ditinggalkan dengan senghaja
seperti malas, leka dengan mesyuarat, dan lali dengan hiburan dan permainan,
dan tidur dengan melampau batasan.
6.
Soal ini
telah dijawab pada jawab yang pertama.
7.
Begitu juga
soal ini telah dijawab bagaimana di atas.
8.
Ia pegang
hidungnya dan ia keluar, ma’mum lain boleh mengambil tempat imam dan memerlukan
sembahyang atau masing-masing sudahkan sembahyang bersendiri.
9.
Imam itu
ialah orang yang memandu dan memimpin orang ramai atau ma’mum itu pada berbuat
ibadat kepada Allah dan mengulukan orang ramai pada menyembah Allah dan taat
kepada Allah, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi imam sembahyang,
dan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar dan Sayyidina Othman dan Sayyidina
Ali Radhiallahu ‘Anhum menjadi imam sembahyang. Maka Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi Wasallam itu ikutan umat Islam bagaimana tersebut dalam al-Qur’an
al-Karim, dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh umat
Islam mengikut Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Radhiallahu ‘Anhuma,
dan Rasulullah suruh kita umat Islam ikut perjalanan Khalifah Rasyidin itu, dan
sembahyang berjama’ah dengan berimam itu dua puluh tujuh kali ganda pahala dari
sembahyang bersendiri.
Menurut
suatu hadits bahawa sembahyang seseorang itu bersama seseorang lain berjemaah,
lebih bersih dan lebih sempurna dari sembahyang bersendiri.
Menurut
suatu hadits ada tiga orang dalam satu kampung atau dalam tempat pendalaman,
tiada didirikan sembahyang jemaah di antara mereka, maka orang-orang itu telah
dikuasai oleh syaitan, memandu mereka berbuat berbagai-bagai kesalahan dan dosa
maka dari itu hendaklah kamu sembahyang berjemaah, dan orang yang tiada berjemaah
itu sebagai seekor kambing yang memencilkan diri dan dialah akan dimakan
serigala, dari itu kita dapati kumpulan yang memencilkan diri itu serang
kejahatan dan maksiat.
Menurut
suatu hadits: Dari tanda-tanda hampir qiamat itu ialah orang-orang dalam masjid
itu bertundung-tundung (bersurung-surung) di antara mereka siapa yang tampil
kehadapan menjadi imam kepada ahli-ahli masjid itu.
Itulah
sebabnya orang-orang Islam melinggahkan sembahyang berjemaah lama-kelamaan
tiada dapat seorang yang layak kehadapan memandu dan memimpin orang ramai yang
ada dalam masjid itu.
Dari
itu wajiblah umat Islam di mana-mana tempat, di mana-mana kampong, di bandar
dan di luar bandar, di pendalaman dan di desa dan memandu orang ramai dan ahli
masjid beribadat, bersembahyang, berzikir, bertahlil, bertadarus dan mengaji
al-Qur’an al-Karim dan mengaji ilmu Islam di dalam masjid-masjid dan
surau-surau itu.
والله أعلم
YDM PEHIN DATU SERI
MAHARAJA DATO SERI UTAMA
AWANG HAJI ISMAIL
BIN OMAR ABDUL AZIZ,
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei
Darussalam.
|
Pejabat Mufti,
Brunei
|
Mufti Kerajaan
Brunei
|
No comments:
Post a Comment