Wednesday, May 13, 2015

ISU SEMBAHYANG JUMAAT DI ENGLAND

Sembahyang Juma’at tidak cukup 40 orang di Britain England, apa manhaj dakwah untuk Brunei Darussalam.

Soalan :

Apa hukum mendirikan sembahyang Jumu‘ah dengan makmum kurang daripada 40 orang ?

Jawab :  
الحمدلله ،

Menurut Mazhab kita, asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu tiada sah mendirikan sembahyang Jumu‘ah kurang daripada 40 empat puluh orang Ahli Jumu‘ah, akan tetapi orang-orang yang bermazhab asy-Syafi‘e boleh bertaqlid pada mazhab yang lain berkata Sembahyang Jumu‘ah sah dengan jemaah kurang daripada 40 empat puluh orang, dan wajib Jumu`ah apabila ia telah bertaqlid dengan mazhab yang mengatakan kurang dari 40 empat puluh orang itu serta sah Jumu‘ah itu, dan tiada wajib mereka I‘adah sembahyang yakni membuat Sembahyang Zhuhur tetapi sunat.

Dari itu penuntut-penuntut yang bermazhab Syafi‘e yang ada di Maktab itu telah mendirikan Jumu‘ah apabila mereka bertaqlid akan mazhab yang mengatakan sah Jumu‘ah dengan kurang dari 40 orang Ahli Jumu‘ah seperti mazhab Maliki dan Hanafi, dan tiada wajib mereka I‘adah senbahyang dengan membuat Sembahyang Zhuhur  berjemaah atau bersendiri kalau sudah bertaqlid, tetapi membuat sembahyang I‘adah yakni Sembahyang Zhuhur itu sunat selepas menunaikan Jumu‘ah itu.

Ini sebagai irsyad dan petunjuk kepada penuntut-penuntut Syafi‘e yang bermazhab Syafi‘e yang ada di Maktab yang ada di England itu.


والله أعلم
 

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam



Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei

No comments:

Post a Comment