Sembahyang Jama’ Dan
Qasar Dalam Masa Lebih
Dari Masa Tiga Hari
Dari Masa Tiga Hari
Soalan:
Kita boleh sembahyang jama’ dan qasar selama mana kita
bermusafir dan bukan sekadar tiga hari tiga malam seperti dalam mazhab Syafi’e
kerana berpegang hujah yang para sahabat pernah bersembahyang jamak dan qasar
selama enam bulan ketika mengepung Rome?
Jawab:
الحمد لله ، اللهم صل على سيدنا محمد
واله وصحبه وسلم اللهم هداية للصواب
Jikalau orang belayar berniat iqamah dan bermukim semata-mata mukim
atau bermukim 4 empat hari pada suatu tempat, maka habislah tempoh pelayarannya
dengan sampai ia pada tempat itu, dan tiadalah dikira 4 empat hari itu akan
hari masuk ketempat itu dan hari keluar dari tempat itu menurut qaul yang
sahih.
Jikalau
orang yang belayar itu bermukim di suatu negeri dengan niat dia akan bertolak
dari situ, apabila telah dapat ia tunaikan hajatnya yang diharap-harapkan
tempat itu, sebelum empat hari betul, maka ia boleh qasar selama 18 delapan
belas hari, atau dia ketahui hajatnya tiada dapat ditunaikan melainkan dalam
tempoh lebih dari empat hari betul, maka tiadalah boleh ia qasar kerana dia
ketika itu jauh dari rupa orang belayar.
Adapun
qaul mengatakan orang yang berjuang yang bimbangkan bertempur boleh ia qasar
selama-lamanya selagi ia
berjuang, maka yang di’itibarkan ialah ada pelayaran dan orang berjuang itu
tiada belayar, dan ada qaul mengatakan bahawa orang berjuang yang bimbangakan
bertempur itu boleh qasar selama-lamanya.
Dari
Kitab at-Tuhfah oleh al-Imam Ibnu Hajar di atas
Kitab al-Minhaj oleh al-Imam an-Nawawi Rahimullahu Ta’ala.
والله أعلم بالصواب
[YDM.
PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI
ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
Pejabat Mufti, Brunei
|
Mufti Kerajaan Brunei
|
No comments:
Post a Comment