Thursday, May 14, 2015

JUMAAT KURANG 40

SEMBAHYANG JUMAAT KURANG DARI 40 ORANG


Soalan:

1.       Bolehkah diteruskan shalat Jumaat itu?

2.       Dikerjakan shalat Jumaat seperti biasa tetapi diiringkan dengan shalat fardhu Dzuhur.

3.       Tidak payah shalat Jumaat (gugur wajibnya) tetatpi dikerjakan shalat Dzuhur.

Jawab:

اَلحَمْدُ للهِ


1.       i)       Wajib mengerjakan sembahyang Jumaat itu oleh tiap-tiap orang mukallaf berakal dan baligh, laki-laki ia orang merdeka bukan hamba, ia orang laki-laki bukan perempuan, ia orang bermukim di tempat mendirikan sembahyang Jumaat itu, ia orang sihat tiada sakit dan tiada lain-lain uzur dari uzur pada mengerjakan sembahyang berjemaah.

                    Jika ada udzur pada sembahyang jemaah dan sembahyang Jumaat itu maka tiada wajib orang mukallaf laki-laki itu pergi berjemaah dan berjumaat itu.

                    Uzur itu ada bermacam-macam seperti hujan  membasahkan pakaian, sakit yang membawa susah pada mengerjakan sembahyang berjemaah atau jum‘at, kerabatnya dekat mati, takut diatas dirinya hartanya atau namanya dari diceroboh oleh orang jahat, sangat mengantuk, sangat kencang angin, sangat lapar dan haus, sangat licak tanah, atap lorong pergi masjid itu bocor dan gempa bumi dan lain seumpama itu.

          ii)      Syarat sah mengerjakan Jumaat itu:

                   1)      Dalam waktu Zuhur.

2)      Jumaat itu didirikan dalam negeri atau dalam kampung atau desa bukan di luar tempat kediaman seperti hutan atau pantai atau di bukit yang tiada ada orang tinggal dan diam di situ.

3)      Jangan ada satu Jumaat sudah atau sedang didirikan pada negeri atau kampung itu.

4)      Sembahyang Jumaat itu berjemaah oleh 40 (empat puluh) orang iaitu mereka orang Islam, yang laki-laki, yang mukallaf akal dan baligh, yang merdeka bukan hamba sahaya, yang menjadikan tempat itu tempat kediaman dan ia kekal di tempat itu, bukan di kem askar bukan di balai polis dan askar tiada tetap disuatu tempat dan kemah dan balai polis bukan tempat yang tetap dan kekal bagi polis dan askar, begitu juga buruh kerja di ladang, di pelabuhan dan sebagainya.

Jika kurang daripada 40 empat puluh orang maka tiada sah Jumaatitu dan wajib mereka sembahyang dzuhur.

5)      Membaca dua khutbah sebelum mendirikan sembahyang Jumaat itu.

2.       Apabila tiada ada syarat mendirikan Jumaat, maka wajib orang mukallaf laki-laki itu sembahyang Zuhur.

3.       i)       Apabila tiada ada syarat mendirikan Jumaat, maka tiada sah Jumaatdengan tiada ada syarat Jumaat itu.

          ii)      Orang mukallaf laki-laki itu ada diam dengan tiada tetap di suatu tempat seperti polis, askar, buruh ladang, buruh kilang, dan lain seumpama itu apabila mereka mendengar adzan dan bang dari mana-mana masjid atau surau mendirikan Jumaat di tempat mereka ada diam dam bermukim di situ, maka wajiblah mereka bersembahyang Jumaat bersama-sama ahli watan dan orang-orang yang mendirikan Jumaat di tempat itu.

والله أعلم بالصواب

YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
DR. AWANG HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ

Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam


Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei

No comments:

Post a Comment