Thursday, May 14, 2015

MENDIRIKAN JUMAAT DENGAN ZUHUR

 Mendirikan Juma‘at dengan sembahyang Zohor.


 Tiada ada kebenaran Syara’ pada mendirikan Sembahyang Juma‘at dengan sembahyang Zohor, kerana nendirikan Sembahyang Juma‘at ditempat bukan ditempat orang-orang tiada bermastautin sekalipun cukup sempurna syarat 40 empat puluh orang ahli Jemaah, tiada sah menurut pendapat ‘ulama padanya, bagaimana didalam al-Majmu’ oleh al-Imam an-Nawawi.

Berkata al-Imam an-Nawawi : Adapun penghuni khemah, jika kiranya mereka berpindah dari tempat mereka itu pada musim sejuk atau musim panas maka tiadalah sah Juma‘at mereka dengan tiada khilaf ‘ulama padanya, dan jikalu mereka kekal di rumah-rumah khemah itu musim sejuk dan musim panas dan khemah-lhemah itu berhimpun diantara satu dengan lain maka padanya ada dua sebagaimana dihikayatkan oleh al-Imam-al-Imam ak-Qadhi Abu al-‘Iddah, asy-Syasyi dan lain ‘ulama Syafi’eyah.

Berkata al-Imam an-Nawawi:

Menurut Qaul yang telah lebih ashah dari dua qaul itu bahawa tiada wajib mereka mendirikan Juma‘at dan tiada sah Juma‘at mereka, dan dengan qaul ashah itu juga berkata al-Imam Malik dan al-Imam Abu Hanifah.

Qaul yang kedua wajib diatas mereka mendirikan Juma‘at dan sah Juma‘at daripada mereka, ini dinashkan dia didalam al-Buaithi. والله أعلم بالصواب .

Menurut diatas ini adalah askar-askar yang diam di khemah Berakas itu, hukum mereka seperti hukum orang-orang ‘Arab Pedalaman yang diam dalam khemah-khemah mereka yang sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat menurut musim sejuk dan musim panas kerana mencari kehidupan sehari-hari, kerana kampung halaman mereka bukan di khemah Berakas dan mereka bila-bila masa akan balik ketempat asal mereka, dari itu mereka bukan orang-orang mastautin diam tetap di Berakas, sebagaimana penduduk kampung diam tetap di kampung mereka.

Berkata al-Imam an-Nawawi: Berkata ‘Ulama Syafi’eyah: Disyaratkan sah mendirikan Juma‘at itu hendaklah didirikan Juma‘at dicelah-celah atau diantara rumah-rumah kediaman orang yang bermastautin yang rumah-rumah itu berhimpun diantara satu dengan lain (tiada berjauh-jauh), dengan orang-orang yang ter’aqad Sembahyang Juma‘at dengan mereka.

Berkata al-Imam an-Nawawi: Berkata al-Imam asy-Syafi’e dan ‘ulama Syafi’eyah sama ada rumah-rumah itu dari batu atau kayu atau tanah atau buluh atau daun dan pelafah atau lain, sama ada negeri yang ramai yang mempunyai pasar-pasar atau di kampung-kampung yang kecil, di gua-gua di gunung-gunung dijadikan tempat kediaman tetap (bagaimana saya lihat gua-gua yang besar, dijadikan tempat kediaman di Mesir pada zaman dahulu kala).

Jika rumah-rumah itu berjauh-jauh diantara satu dengan satu, maka tiadalah sah didirikan Juma‘at di rumah-rumah berjauh-jauh itu dengan tiada Khilaf ‘ulama padanya kerana tiada dinamakandia kampung atau desa, dan diketahui berhimpun rumah-rumah atau berjauh-jauh rumah-rumah itu dengan jalan ‘urf dan adat.

Ini perkataan al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala.    

4.                Mendirikan Juma‘at pada tempat orang-orang mastautin tetap dan ahli jemputannya tiada sampai 40 empat puluh orang pada satu-satu ketika itu ada khilaf  ‘ulama pada sah Juma‘at mereka.

Adapun askar yang mendiami khemah di Berakas itu bukan seperti penduduk kampung yang kurang 40 empat puluh ahli Juma‘at pada satu-satu ketika itu, padahal mereka orang-orang bermastautin tetap diam kampung.

Ringkasannya askar yang mendiami khemah di Berakas itu ada hukumnya bersendiri dan penduduk kampung yang bermastautin yang tiada cukup 40 empat puluh ahli Juma‘at pada satu ketika ada hukumnya bersendiri.

5.                Tiada sah didirikan Juma‘at di Surau atau Masjid Kem Berakas itu sama ada ditimbal Zohor atau tiada, kerana tiada syarat sah mendirikan Juma‘at di Kem Berakas itu.

والله أعلم بالصواب

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


No comments:

Post a Comment