Wednesday, May 13, 2015

QADHA JUMAAT DENGAN ZUHUR

Sembahyang Lima Waktu Wajib Ditunaikan Pada Waktunya, Jika Tidak Ditunaikan Wajib Diqadhakan, Sembahyang Juma’at Itu Wajib, Jika Ditinggalkan Wajib Diqadhakan Dengan Zuhur


Soalan :

Setiap sembahyang lima waktu sehari semalam kalau ditinggalkan dengan kerana sebab boleh diqadha. Apa pula halnya sembahyang Jumaat. Kalau ditinggalkan dengan tidak sengaja atau kerana sebab. Macam manakah caranya saya membayar sembahyang Jumaat itu? Sedangkan sembahyang Jumaat itu memperlukan seorang imam?

Jawab:
         
الحمدلله  ،

Sembahyang waktu wajib dikerjakan dan juga sembahyang Jumu‘ah, dan jika sembahyang Jumu‘ah ada tertinggal dengan sebab ada uzur, maka wajib qadhakan sembahyang zhuhur dengan seorang diri atau dengan berjemaah sebagaimana menunaikan sembahyang lima waktu itu.

والله أعلم بالصواب .

 [YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei


6 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t, adakah tertidur itu dikirakan uzur kerana saya tidak senghaja melakukannya sehingga waktu solat jumaat sudah dilaksanakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jawapan tak untuk soalan ni...saya pun nak tau jugak?

      Delete
    2. Tertidur xapa.. Boleh gnti dgn zohor

      Delete
  2. Salam...maka diniatkan dengan niat qadha...???

    ReplyDelete
  3. Bagaimana jika saya terlupa niat mengikut imam ketika sedang mengerjakan solat jumàat

    ReplyDelete
  4. Bagaimana jika saya terlupa niat mengikut imam ketika sedang mengerjakan solat jumàat

    ReplyDelete