Sembahyang
Lima Waktu Wajib Ditunaikan Pada Waktunya, Jika Tidak Ditunaikan Wajib
Diqadhakan, Sembahyang Juma’at Itu Wajib, Jika Ditinggalkan Wajib Diqadhakan
Dengan Zuhur
Soalan :
Setiap
sembahyang lima waktu sehari semalam kalau ditinggalkan dengan kerana sebab
boleh diqadha. Apa pula halnya sembahyang Jumaat. Kalau ditinggalkan dengan
tidak sengaja atau kerana sebab. Macam manakah caranya saya membayar sembahyang
Jumaat itu? Sedangkan sembahyang Jumaat itu memperlukan seorang imam?
Jawab:
الحمدلله ،
Sembahyang
waktu wajib dikerjakan dan juga sembahyang Jumu‘ah, dan jika sembahyang Jumu‘ah
ada tertinggal dengan sebab ada uzur, maka wajib qadhakan sembahyang zhuhur
dengan seorang diri atau dengan berjemaah sebagaimana menunaikan sembahyang
lima waktu itu.
والله
أعلم بالصواب .
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL
BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
|
Pejabat
Mufti, Brunei
|
Mufti
Kerajaan Brunei
|
Assalamualaikum w.b.t, adakah tertidur itu dikirakan uzur kerana saya tidak senghaja melakukannya sehingga waktu solat jumaat sudah dilaksanakan
ReplyDeleteAda jawapan tak untuk soalan ni...saya pun nak tau jugak?
DeleteTertidur xapa.. Boleh gnti dgn zohor
DeleteSalam...maka diniatkan dengan niat qadha...???
ReplyDeleteBagaimana jika saya terlupa niat mengikut imam ketika sedang mengerjakan solat jumàat
ReplyDeleteBagaimana jika saya terlupa niat mengikut imam ketika sedang mengerjakan solat jumàat
ReplyDelete