ORANG YANG MENINGGALKAN
SEMBAHYANG FARDHU YANG LIMA DAN DIA MENGERJAKAN SEMBAHYANG-SEMBAHYANG SUNAT
SEBELUM IA QADHA SEMBAHYANG-SEMBAHYANG FARDHU APA HUKUMNYA
Soalan:
Sukacita akan mendapat fatwa
Pehin mengenai dengan jika seseorang itu dalam pertengahan umurnya (katalah
umurnya 35 tahun) telah insaf dan mula mendekatkan dirinya kepada Allah dengan
mengerjakan sembahyang fardhu serta mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat
seperti sunat rawatib, sunat hajat, sunat tahyatul masjid, sunat tarawikh dan
hari-hari raya. Dalam pada itu mengqadha
secara perlahan-perlahan sembahyang-sembahyang fardhu yang ditinggalkannya
dahulu.
Dalam pada itu ia mendapat
tahu bahawa sembahyang‑sembahyang sunat yang dilakukan itu adalah haram
hukumnya oleh kerana masih banyak lagi hutang sembahyang fardhu yang belum
diqadhakan, dan menjadikan ia sekarang ini ragu-ragu hendak menunaikan
sembahyang sunat hajat, sembahyang sunat tahyatul masjid dan sebagainya.
2. Oleh yang demikian kaola sukacita akan mendapat penerangan
yang sejelas-jelasnya mengenai kedudukan sembahyang-sembahyang sunat dalam
perkara di atas, termasuklah pendapat-pendapat ulama dari mazhab yang empat.
Jawapan:
الحمد لله الذى جعل
الصلاة موقوتا ، والصلاة والسلام على رسول الله واله وصحبه الذين يقيمون الصلاة
ويرون تركما كفرا ظاعرا ممقوتا ، وتابعيهم باخسان كان جزاؤهم موفورا
1.
Ketahuilah firman Allah Ta’ala:
(#qÝàÏÿ»ym
n?tã
ÏNºuqn=¢Á9$#
Ío4qn=¢Á9$#ur
4sÜóâqø9$#
Ayat 238 Surah Al-Baqarah.
Tafsirnya: Pelihara oleh kamu dan kekalkan oleh kamu
akan sembahyang yang lima
dengan mengerjakannya dalam waktu-waktunya, istemewa sembahyang ‘Asar atau
Subuh atau Dzuhur begitulah ditafsirkan oleh ulama tafsir.
Firman Allah Ta’ala:
bÎ*sù
(#qç/$s?
(#qãB$s%r&ur
no4qn=¢Á9$#
(#âqs?#uäur
no4q2¨9$#
(#q=yÜsù
öNßgn=Î;y
Ayat 5 Surah At-Taubah.
Tafsirnya: Jika kiranya
orang-orang kafir itu berhenti dari kufur dan mendirikan sembahyang dan
mengeluarkan zakat, maka kamu biarkan mereka dan jangan diganggu mereka. Dari tafsir Al-Jalalin.
Sabda Rasulullah Salallahu
‘alaihi Wasallam:
اِنَّ
بَينَ الرَّجُلِ وَبَينَ الشِّركِ وَالكُفرِ تَركَ الصَّلاةِ
Ertinya:
Bahawa diantara seseorang itu dan syirik dan kufur itu ialah meninggalkan
sembahyang, yakni dinding menceraikan diantara orang kafir dan orang Islam
ialah sembahyang.
Hadits
ini diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim daripada sahabat Jabir radhiallahu
‘anhu.
Sabda
Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam:
العَهدُ
الَّذِى بَينَناَ وَبَينَهُمُ الصَّلاَةُ ، فَمَن تَرَكَهَا فَقَد كَفَرَ
Ertinya:
Batasan yang menceraikan diantara kita orang Islam dan diantara orang-orang
munafiq ialah sembahyang, maka barangsiapa telah meninggalkan sembahyang, maka
sesungguhnya ia telah kafir.
Hadits ini diriwayatkan
oleh Al-Imam Tirmidzi daripada sahabat Buraidah radhiallahu ‘anhu.
Berkata Tabi’ie
Muttafaqu ‘Ala Jalalatihi Syaqiq bin Abdullah rahimahullahu ta’ala: Adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad Salallahu
‘Alaihi Wasallam tiada nampak sesuatu perkara, jikalau ditinggalkan menjadi
dia kufur melainkan sembahyang, ini diriwayatkan oleh Al-Imam Tirmidzi dengan isnad
yang sah betul (shahih).
Berkata Al-’Allamah Ibnu
Hazmim ketua puak Dzahiriah di Maghribi dalam kitabnya Maratibul Ijma’: اتَّفَقُوا
عَلَى أَنَّ الصَّلَوَاتِ الخَمسَ فَرَائِضُ
Ertinya: “Sahabat-sahabat Rasulullah Salallahu
'Alaihi Wasallam dan ulama Islam telah itfaq dan sekata dan ijma’ bahawa
sembahyang fardhu yang lima
itu adalah suatu fardhu dan wajib”.
Katanya lagi:
اتَّفَقُوا
عَلَى مَن نَامَ عَن صَلاٍَة أَو نَسِيهَا أَو سَكِرَ مِن خَمرِ حَتَّى خَرَجَ وَقتُهَا
فَعَلَيهِ قَضَاؤُهَا أَبَدًا
Ertinya: “Sahabat-sahabat Rasulullah dan ulama Islam
telah itfaq dan sekata dan ijma’ bahawa barangsiapa tidur dengan tiada mengerjakan
sembahyang, atau lupa dari sembahyang atau ia mabuk dari arak sehingga keluar
waktu sembahyang itu, maka wajib di atas masing-masing itu qadhakan sembahyang
dengan tiada boleh tidak”.
Al-Imam An-Nawawi
penyusun mazhab Al-Imam Syafi’e, telah membawa ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits‑hadits
yang shahih dalam kitabnya Ribadhus Shalihin dan kita telah nukilkan di sini,
menyatakan menurut Al-Qur’an bahawa orang-orang kafir itu diminta mereka masuk
Islam, jika mereka masuk Islam dan bertaubat dari kufur mereka dan mendirikan sembahyang dan membayar
zakat harta mereka, maka dibiarkan dan tiada diganggu, dan orang-orang Islam
wajiblah memelihara sembahyang lima waktu itu, istemewa menjaga sembahyang
‘Asar atau Subuh atau Dzohor itu.
Kata Al-Imam An-Nawawi: Menurut hadits bahawa beza diantara orang
Islam dan orang kafir itu ialah sembahyang, apabila tiada sembahyang maka orang
itu orang kafir.
Kata Al-Imam
An-Nawawi: Sahabat-sahabat Rasulullah Salallahu
'Alaihi Wasallam berpendapat bahawa tiada suatu amal jikalau ditinggalkan
dia menjadikan orang yang meniggalkan itu kafir, melainkan hanya sembahyang
jikalau ditinggalkan maka orang yang meniggalkan itu menjadi kafir sekalipun
jamhur ulama Islam mengatakan bahawa seseorang Islam yang tiada sembahyang fardhu
itu, tiada keluar dari ugama Islam, hanya ia menjadi orang fasiq membuat dosa
besar bagaimana kata Al-Imam Ibnu Hajar dalam Az-Zawajir:
Dosa besar yang ke
76: Sengaja meniggalkan sembahyang
fardhu yang lima . Dengan ia membawa dalil dari Al-Qur’an dan
hadits.
Ini kata-kata ulama
Syafi’iah yang terkenal dalam Fiqh dan Istinbat hukum.
Al-’Allamah Ibnu Hazmim
ketua puak Dzahiriah berkata telah ijma’ dan sekata umat Islam iaitu
sahabat-sahabat Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam seluruhnya mengatakan
bahawa sembahyang fardhu yang lima itu wajib dan fardhu di atas tiap-tiap
orang-orang mukallaf laki-laki dan perempuan dan barangsiapa
meninggalkan sembahyang dengan sebab tertidur atau dengan sebab terlupa atau
dengan sebab minum arak sehingga keluar waktu sembahyang hendaklah ia qadhakan
sembahyang yang ditinggalkan itu dengan tiada boleh tidak.
Ini setengah-setengah
dari dalil-dalil ijma’ mengatakan wajib qadha sembahyang yang ditinggalkan itu.
Berkata ‘Arifu Billahi
Ta’ala Al-’Allamah Al-Syeikh Ahmad Hulwani dalam kitabnya وَسَائِلُ الرَّحَمَاتِ فِيمَا
يُطلَبُ لِمَن مَاتَ .
Seorang alim ulama Al-Azhar Mesir:
Hendaklah orang-orang
Islam itu memelihara diri dari perkara yang membawa mati dalam سوء الخاتمة (mati
dalam kesudahan yang tiada baik sama ada mati dalam dosa besar atau kufur).
Katanya: Dari perkara yang membawa mati dalam سوء الخاتمة :
1. Bercakap-cakap
ketika bilal atau orang melaung suara kerana azan atau bang sembahyang (tiada
pedulikan orang azan dan tiada menjawab orang azan). Ini banyak berlaku sekarang.
2. Mencuaikan
sembahyang lima
waktu.
3. Enggan
dan tiada mengeluarkan zakat harta kepada orang yang berhak menerima apabila
sampai nisab atau haul.
4. Melambat-lambatkan
haji dengan tiada uzur sehingga luput haji itu.
5. Melaknat
dan mengutuk orang Islam. Ini tidak
berlaku diantara puak-puak Islam.
6. Derhaka
kepada ibu bapa, ini juga banyak.
7. Menyakiti
orang Islam.
8. Menyakiti
jiran-jiran.
9. curang
dan menipu orang Islam.
10. Makan
rasuah.
11. Makan
riba dan bunga.
12. Ria dan
bermuka-muka.
13. Takabbur
dan sombong.
14. Meninggalkan
dari menyuruh orang berbuat baik, dan meninggalkan dari menegah orang berbuat
jahat.
15. Bencikan
keluarga Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam dan sahabat-sahabat
Rasulullah.
16. Membuat
keputusan dalam hukum-hukum ugama Islam dengan jahil dan ikut sedap akal atau
dengan cara zalim dan aniaya dan tiada mengikut syara’ Rasulullah.
17. Ingkarkan
wali-wali Allah yang bersifat taqwa.
18. Berseluruh
berbuat dosa sehingga ia mati.
Inilah setengah-setengah
sebab bagi mati dalam سوء الخاتمه dari 70 perkara.
2. Orang aqil baligh suci
dari haidh dan nifas yang meninggalkan sembahyang fardhu yang lima dengan
sengaja atau mencuai-cuaikan setengah-setengah sembahyang fardhu itu, seperti
dalam pelayaran, dalam perayaan dan dalam jamuan dan dalam majlis, maka orang
yang mencuaikan sembahyang fardhu itu adalah orang fasiq dan membuat dosa besar
dan ditakuti ia mati dalam سوء الخاتمه , maka wajib di atasnya qadhakan sembahyang fardhu yang
ditinggalkan itu dengan segera, mengikut mazhab ahli sunnah wal jama’ah dari
mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hambali, kerana tiap-tiap hutang itu wajib
dibayar. Meninggalkan sembahyang itu
suatu hutang kepada Allah Ta’ala, sebagaimana meninggalkan haji Islam itu suatu
hutang kepada Allah Ta’ala, bagaimana disebutkan dalam hadits-hadits dan kerana
ada hadits-hadits menyuruh orang yang tertidur dari sembahyang dan yang lupakan
dari sembahyang itu, maka ulama telah qiaskan bahawa orang yang sengaja
meninggalkan fardhu itu lebih-lebih lagi wajib qadha dan bayar dan wajib
mendatangkan sembahyang yang ditinggalkan dan dibuat akannya di luar waktu, ini
dia ijtimad dan istinbat ulama ahli sunnah wal jama’ah radhiallahu
‘anhum.
Kita telah nukilkan di
atas ini bahawa Al-’Allamah Ibnu Hazmim telah menyatakan bahawa ijma dan sekata
umat Islam bahawa orang yang minum arak itu wajib dan mesti ia qadhakan
sembahyang fardhu yang ia tinggalkan waktu ia mabuk itu dengan tiada boleh
tidak. Biasanya orang minum arak dengan
suka hati dan sengaja, bukan dengan terpaksa atau tersalah minum arak.
Kita mestilah mengikut
jejak langkah ahli sunnah wal jama’ah dan langkah-langkah umat Islam iaitu puak
yang terbesar dan terbanyak daripada umat Islam nescaya kita selamat dari api
neraka dan jangan kita ikut mereka yang sesat dan melampau dari ahli bid’ah dan
ahludh Dhalal nanti kecewa dan masuk neraka.
Jangan ikut qaul-qaul
yang ... ganjil daripada Al‑’Allamah Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayim dan Syaukani
dan puak-puak bid’ah yang ada sekarang di tanah Arab atau ahli-ahli yang
mengaku mujtahid (mutajahhid) daripada orang-orang yang ada di Mesir dan
di tanah Arab.
Di hadapan kita ada
sebuah kitab bernama البَرَاهِينُ السَاطِعَةُ
فِى رَدِّ بَعضَ الِبدَعِ الشَائِعَة , dikarang Al-’Allamah Mudaqqiqul Muhadits Faqyihushufiyyu
Al-Syeikh Salamah Qudha’iyyul ‘Azzami Syafi’e daripada ulama Al-Azhar bermazhab
Asy-Syafi’e, dalam kitab itu kita dapat dalil dari Al-Qur’an, hadits, dan kata
ulama menurut mazhab kita Asy-Syafi’e radhiallahu ‘anhu boleh menolak bid’ah
dan sesat ahli bid’ah dan ahli kufur yang pura-pura masuk Islam dari puak
Qadiyani atau jemaah Ahmadiah Muslim atau Bahai atau Ismailiah dan puak
Bathiniah dan puak Taslim yang semuanya kufur dan kafir itu, kitab ini ada di
pejabat Ugama Brunei sayugia dibaca oleh ahli pengetahuan Islam supaya dapat
menolak ahli sesat dan bid’ah itu, dan bid’ah dan sesat itu boleh membawa kufur
dan keluar dari ugama Islam.
Berkata Al-Imam
An-Nawawi dalam منهاج الطالبين serta At-Tuhfah karangan
Al-Imam Ibnu Hajar:
Wajib disegerakan
sembahyang fardhu yang lima telah luput daripada orang yang wajib mengerjakan
sembahyang itu, kiranya sembahyang fardhu itu luput dengan tiada ‘uzur, dan
jika luput sembahyang itu dengan ada uzur seperti luput sembahyang itu dengan
sebab tertidur yang tiada melampau pada tidur itu, atau dengan sebab lupa yang
tiada melampau pada lupa itu, iaitu sekira-kira tiada berlaku tidur atau lupa
itu dengan taqshir atau cuai, bersalahan berlaku lupa itu dengan tafsir atau
cuai seperti lupa sembahyang dengan sebab main catur, maka wajib disegerakan,
atau sebab jahil akan hukum sembahyang dengan sebab ia ada diam jauh daripada
orang Islam, atau dipaksakan dia meninggalkan sembahyang fardhu, atau ia
membuat suatu perkara yang berlawan dengan sembahyang, maka sunat disegerakan
sembahyang, sebab diwajibkan disegerakan qadha sembahyang ketika tiada uzur
atau sunat disegerakan qadha sembahyang ketika ada uzur, supaya segera kita
selesaikan tanggungan kita pada sembahyang itu.
Sunat ditertibkan
sembahyang fardhu yang luput dengan ada uzur itu dan didahulukan sembahyang
yang luput dengan ada uzur itu dari sembahyang fardhu yang telah ada sedia
hadhir yang tiada ditakutti akan luputnya dari waktunya, sekalipun ia takut
luput jemaah menurut qaul Mu’tamad, supaya kita keluar dari khilaf yang
mengatakan bahawa wajib tertib dan wajib didahulukan sembahyang yang luput dari
sembahyang yang sedia ada itu, tamat kata keduanya.
Di sini kita dapat faham
dari perkataan Al-Imam An‑Nawawi, penyusun mazhab Al-Imam Asy-Syafi’e dan dari
Al-Imam Ibnu Hajar kedua-duanya pakar dalam mazhab Al-Imam Asy-Syafi’e: Bahawa sembahyang fardhu yang luput dengan
tiada sebarang uzur, atau ditinggalkan sembahyang fardhu itu dengan sengaja,
atau dicuaikan sembahyang fardhu itu dalam pelayaran, dalam menonton hiburan,
dalam hadhir majlis-majlis maulid dan majlis-majlis orang kahwin atau majlis‑majlis
mesyuarat dan seumpamanya, maka wajib dikerjakan sembahyang fardhu yang
dilengahkan dengan sengaja itu, dengan dibuat sembahyang fardhu yang
dilengahkan itu, kemudian dari waktunya itu dengan segera tiada boleh
berlengah-lengah lagi, kerana wajib menyelesaikan tanggungjawab yang telah
dipikulnya itu daripada dirinya.
Perkataan Al-Imam
An-Nawawi dan Ibnu Hajar itu disetujui Al-Imam Ar-Ramli dalam kitabnya Nihayah
dalam perkara wajib menyegerakan qadha sembahyang fardhu yang luput dengan
tiada uzur, dan sunat menyegerakan qadha sembahyang yang luput dengan ada uzur,
dan bersetuju dengan perkataan Al-Imam Asy‑Syarbini Al-Khatib dalam Al-Mughni,
dan bersetuju dengan perkataan Al-’Allamah Al-Malibari dalam Fathul Mu’in, dan
Al-’allamah Al-Said Bakri dalam Al-’Anah, dan bersetuju dengan perkataan Syeikh
Islami Zakaria Anshari dalam Al-Manhaj, dan Al-’Allamah Bijirmi dan Al-’Allamah
Sulaiman Jamal dalam Hasyiatul Manhaj.
Inilah setengah-setengah
qaul ulama dalam perkara wajib qadhakan sembahyang fardhu yang ditinggalkan
sama ada dengan uzur atau tiada uzur diantara mereka, ulama yang di’iktimadkan
bagi dibuat fatwa.
Perkara sembahyang sunat
bagi orang yang meninggalkan sembahyang fardhu yang lima dengan sengaja atau
mencuaikan setengah-setengah sembahyang fardhu yang lima itu, maka orang yang
meninggalkan sembahyang fardhu yang lima dengan sengaja atau mecuai-cuaikan
setengah-setengah sembahyang fardhu yang lima itu, haram baginya mengerjakan
perkara yang sunat apa jua sunat seperti tahyatul masjid, sembahyang rawatib,
sembahyang tarawikh, sembahyang hajat, sembahyang tasbih, sembahyang raya,
sembahyang jenazah, tawaf dan membaca Al-Qur’an dan dzikir apatahlagi berjoging,
bersukan, menonton dan mendengar hiburan atau bersembang lebih-lebih lagi
haram.
Dalil haram sembahyang
sunat bagi orang yang meninggalkan sembahyang fardhu yang lima dengan sengaja dan belum ia kerjakan dan
belum qadhakan sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja itu ialah:
1. Perkataan
Al-Imam Ibnu Hajar dalam At-Tuhfah:
Bahkan tiada harus (tiada boleh dan haram), sebagaimana yang zahir, bagi
siapa di atasnya sembahyang luput dengan tiada apa-apa uzur, menghabiskan
mana-mana waktu dan masanya dengan tiada mengerjakan dan tiada qadhakan
sembahyang fardhu yang telah luput daripadanya, seperti ia mengerjakan
perkara-perkara sunat adalah tiada harus dan haram, melainkan waktu dan masa
yang ia terpaksa menggunakannya kerana seperti tidur, atau masa dan waktu bagi
mencari nafkah dirinya dan nafkah dan sara hidup orang yang ia wajib sarakan
hidupnya (seperti sara isterinya, anaknya, ibu atau bapanya menurut
syarat-syaratnya) atau masa dan waktu bagi mengerjakan perkara wajib yang lain
yang sempit waktu dan masanya yang ia takut luput wajib yang lain itu (seperti
menunaikan sembahyang yang telah sedia ada hadhir waktu dan masanya yang akan
luput jika tiada dikerjakannya.
2. Berkata
Al-’Allamah Malibari dalam Fathul Mu’in berkata tuan guru kami Al-Syeikh Ibnu
Hajar rahimahullahu ta’ala: Yang zahir
dan nyata bahawa mesti bagi orang yang meninggalkan sembahyang fardhu yang lima
dengan sengaja itu dengan tiada apa-apa uzur, menghabiskan segala masanya bagi
qadhakan sembahyang fardhu yang luput itu dengan tiada uzur itu, selain dari
masa yang ia hajatkan bagi digunakan membuat perkara yang mesti dan tiada dapat
tiada, dan haram baginya mengerjakan perkara yang sunat.
3. Berkata
Al-’Allamah Said Bakri dalam Al-’Inah ketika mengulas perkataan Al-’Allamah
Malibari dalam 2 di atas ini: Perkataan
At-Tuhfah itu begini: Wajib didahulukan
sembahyang fardhu yang telah luput dengan tiada apa-apa uzur dari sembahyang
fardhu yang telah luput dengan ada uzur, sekalipun tiada ada tertib, kerana
tertib diantara sembahyang yang luput dengan tiada uzur dengan sembahyang yang
luput dengan ada uzur itu sunat, dan bersegera pada qadhakan sembahyang yang
luput dengan tiada uzur itu adalah wajib.
Dari sebab itu wajiblah didahulukan qadha sembahyang fardhu yang luput
dengan tiada uzur, dari sembahyang fardhu yang telah sedia hadhir
waktunya. Jika kiranya waktu sembahyang
yang hadhir itu ada luas waktunya, bahkan tiada harus, sebagaimana yang zahir
dan nyata, bagi siapa menanggung sembahyang yang luput dengan tiada uzur,
wajiblah ia habiskan waktunya pada mengerjakan dan qadhakan sembahyang yang
luput itu, tiada boleh ia habiskan waktunya kerana kerja lain sekalipun
perkara-perkara sunat, dikecualikan masa yang ia terpaksa gunakan pada perkara
yang terpaksa dan mesti tiada boleh tiada, seperti masa bagi tidur, dan masa
bagi mencari sara hidup bagi orang-orang yang wajib ia sarakan hidupnya, atau
masa bagi mengerjakan perkara yang wajib yang lain yang sempit ditakuti luput
akannya. Tamat katanya.
Berkata
Al-’Allamah Said Bakri lagi: Seperti
perkataan At-Tuhfah di atas ini, ialah perkataan Nihayah bagi Al-Imam
Ramli: Pendekkata mestilah bagi yang
meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja dengan tiada uzur itu,
menghabiskan sekalian masa dan waktunya bagi mengerjakan dan qadhakan sembahyang
yang luput itu, dikecualikan masa yang mesti dan terpaksa bagi digunakan bagi
perkara-perkara yang tersebut ini.
Diketahui
juga dari At-Tuhfah dan Nihayah bahawa haram di atas orang yang meninggalkan
sembahyang fardhu dengan sengaja (atau mencuai-cuaikan setengah-setengah
sembahyang fardhu), mengerjakan perkara-perkara sunat seperti sembahyang sunat,
tawaf sunat, fardhu‑fardhu kifayah seperti sembahyang jenazah, kerana wajib dan
mesti qadhakan sembahyang fardhu itu, didahulukan dari segala sunat-sunat dan
fardhu-fardhu kifayah itu.
Kedua-dua
Al-Imam Ibnu Hajar dan Al-Imam Ramli bersetuju keduanya di atas perkara yang
tersebut ini. Tamat perkataan
Al-’Allamah Bakri.
Yang
di atas ini perkataan dan pendapat ulama iaitu Al-Imam Al-Imam Ibnu Hajar dan
Ramli dan Al-’Allamah Al-’Allamah Malibari dan Said Bakri dalam perkara orang
yang meninggalkan fardhu dan belum ia kerjakan dan qadhakan sembahyang
sembahyang yang luput dan ia pergi membuat perkara-perkara yang sunat seperti
tawaf sunat, dan sembahyang sunat, membaca Al-Qur’an, zikir dan fardhu kifayah
seperti sembahyang jenazah, diketahui dari perkataan-perkataan ulama itu
apatahlagi bermain-main dan menonton hiburan dan mainan-mainan sukan
lebih-lebih lagi haram dan sangat-sangat haram.
4. Menurut
perkataan Al-Imam Zakaria bahawa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu
dengan sengaja dengan tiada apa-apa uzur, dan dia pergi mengerjakan
perkara-perkara sunat seperti sembahyang sunat, tawaf, sembahyang jenazah
semuanya itu haram dan tiada sah dan tiada hasil segala perkara sunat itu dan
semuanya itu sia-sia dan dosa. والله اعلم
SAYUGIA
BAGI ORANG YANG SUKA MENINGGALKAN SETENGAH-SETENGAH SEMBAHYANG FARDHU YANG LIMA
1. Ia sentiasa berada dalam
air sembahyang, bila dia sudah masuk tandas dan qadha hajat, dengan cara begitu
dia dapat sembahyang, bila datang kepadanya perkara yang tiada semena-mena.
2. Bila dia ada lapang dan
cergas, ia pergi sembahyang fardhu, sebelum ia disibokkan dengan kerja-kerja
dan sebelum ia letih dan lesu dan sebelum waktu sembahyang keluar dan luput.
3. Ia keluar rumah, sesudah
qadha hajat dan mengambir air sembahyang dan dengan pakaian yang suci dan
menutup aurat, dengan cara begitu, dia boleh sembahyang di mana-mana tempat dan
dalam apa jua keadaan, sekalipun di tanah lapang, di tanah pasir dan di tepi
pantai.
4. Ia keluar rumah, sesudah
ia sembahyang fardhu.
5. Keluar rumah kerana
belajar, maka ia mengambil air sembahyang sesudah ia bercermat dari makan dan
minum, dan berjaga-jaga dari qadha hajat dalam masa pelayaran, dengan cara
begitu, ia dapat sembahyang di lapangan terbang, di tambatan kapal, dan dalam
kapal, dan dalam kapal terbang.
6. Ia bawa kain sarong, jika
ia tiada senang sembahyang dengan seluar ...
7. Pakai pakaian melayu,
suatu pakaian menyenangkan mengambil air sembahyang dan bersembahyang fardhu,
dari pakaian coat ... cara Eropah dan barat itu, dan pakaian ketat-ketat
laki-laki dan perempuan.
8. Dalam kapal terbang saya
lihat lorong-lorong sembahyang dari tempat ia duduk dengan isyaratkan ruku’ dan
sujud, kiraan tiada ada tempat lapang bagi sembahyang cara biasa.
9. Adakan tempat-tempat yang
khas yang selesa bagi mengerjakan sembahyang, di kedai-kedai, tempat-tempat
kerja, pejabat-pejabat, di rumah-rumah, di station-station motokar, di
station-station kerita-api, di lapangan kapal terbang, di tembatan-tembatan
kapal, di stadium‑stadium, di gelanggang-gelanggang sukan, di hotel-hotel, di
hospital-hospital, di sekolah-sekolah, di balai-balai raya dan di
bengkel-bengkel, supaya orang sembahyang di tempat-tempat khas itu dengan
tenang dan tiada gangguan.
10. Kanak-kanak sekolah diberi
kemudahan memakai seluar panjang, supaya mereka dekat dari sembahyang.
11. Universiti-universiti,
maktab-maktab, bengkel-bengkel, sekolah-sekolah itu tempat-tempat yang baik
bagi mengajak pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut dan kanak-kanak sembahyang,
bila waktu sudah masuk, kerana banyak masa dan peluang sepanjang hari bagi
sembahyang berjemaah, di bilik-bilik, di kuliah-kuliah, di kelas-kelas, di
kantin-kantin dan seumpamanya.
12. Hendaklah ditanamkan dalam
fikiran dan semangat orang Islam dan kanak-kanak, bahawa sembahyang itu lebih
utama dari pelajaran-pelajaran, dari perhimpunan‑perhimpunan, dari
mesyuarat-mesyuarat, dan dari majlis-majlis jamuan dan dari majlis-majlis
syarahan.
13. Pemimpin-pemimpin,
ketua-ketua, penghulu-penghulu, dan guru-guru, sebaik-baik contoh dan ikutan
pada sembahyang di tempat-tempat awam itu.
14. Dimulakan mesyuarat,
majlis, perhimpunan, setelah selesai upacara sembahyang.
15. Di negeri saudi, saya
lihat orang-orang menutup kedai setelah azan dilaungkan dan mereka pergi ke
masjid, dan saya lihat orang-orang sembahyang berjemaah dalam pejabat di antara
waktu-waktu bekerja.
16. Di negeri Pakistan , saya
lihat orang-orang sembahyang di halaman-halaman hotel sebelum mereka mulakan
perhimpunan dan jamuan di hotel-hotel itu.
17. Ulama berkata tiada
menghiraukan menghiraukan suara azan yang sedang dilaungkan, dengan
berbual-bual, dengan bermesyuarat, dengan pelajaran-pelajaran dan seumpamanya
adalah tanda orang itu akan mati dalam keadaan سوء
الخاتمه (mati keadaan jahat).
Dengan cara ini dan
seumpamanya dan ada kemudahan‑kemudahan bagi mengerjakan sembahyang, kita dapat
membiasakan diri kita sembahyang dalam waktunya, dan dapat kita mengajak orang
sembahyang dengan tiada payah kita merungut dan mengeluh.
PENDEK
KATA
Orang yang meninggalkan
sembahyang fardhu yang lima dengan tiada apa-apa uzur, seperti
setengah-setengah orang yang tiada mahu sembahyang fardhu yang lima itu, pada
hal ia hidup dan besar dalam kalangan umat Islam, maka orang itu namanya orang
tiada apa-apa uzur melengah dan cuaikan sembahyang fardhu yang lima, kerana
fardhu dan wajib sembahyang lima waktu memang telah diketahui oleh tua muda,
laki-laki perempuan, kanak-kanak dan orang baligh, atau ibarat yang lain atau
kata yang lain bahawa hukum fardhu sembahyang yang lima itu adalah perkara yang
diketahui dalam Islam dengan ilmu dan pengetahuan yang yakin yang tiada boleh
disangkal atau ditolak hukumnya sebagaimana ada matahari di langit dan ada bumi
di bawah tapak kaki dan ada diri masing-masing kita, yang tiada boleh kita
sangkal atau tolak, sebab tiada seorang pun orang Islam boleh mengatakan
sembahyang yang lima itu tiada wajib, jikalau ia berkata begitu, maka ulama
Islam hukumkan dia orang murtad dan keluar dari ugama Islam dan orang kafir
kerana ia ketika itu sudah membohongkan Al-Qur’an, hadits dan perkara mutawatir,
membohongkan itu kufur, kerana wajib sembahyang itu rata diketahui segala genap
lapisan umat Islam oleh tiap-tiap orang zaman Rasulullah Salallahu 'Alaihi
Wasallam, tiap-tiap orang lepas zaman Rasulullah atau tiap‑tiap orang zaman
sahabat Rasulullah, dari selapis ke selapis keturunan hingga zaman kita
ini. Perkara yang seumpama ini disebut
atau dinamakan oleh ulama Islam perkara mutawatir atau perkara yang
diketahui dengan yakin tiada dapat ditolak atau sangkal kerana rata dan umumnya
(معلوم
بالضرورة)
Apabila Allah Ta’ala taklifkan
atau tanggungkan ke atas orang ‘aqil baligh dan suci mengerjakan
sembahyang lima waktu itu, maka taklif Allah Ta’ala atau perintah Allah
Ta’ala itu wajib dan mesti disempurnakan dan dijalankan dan ditunaikan sama ada
dalam waktunya seperti sembahyang lima waktu dalam waktunya dan puasa dalam
bulan Ramadhan, kiranya tiada ditunaikan dalam waktunya maka wajib dan dimesti
pula dibuat dan ditunaikan dulu waktunya.
Menunaikan perkara yang
wajib yang mempunyai waktunya, di luar waktunya dinamakan qadha atau bayar
hutang, kita tahu bahawa tiap-tiap hutang mesti dibayar sama ada pada ugama
atau pada adat manusia. Ini terang tiada
boleh dipertikaikan lagi.
Hutang itu ada kalanya
hutang manusia dengan manusia dan hutang kepada manusia itu wajib dibayar
mengikut ugama Islam, ini terang dan nyata.
Kalau tiada dibayar boleh diekori oleh tuan punya hutang kemana-mana
orang yang berhutang itu pergi dan boleh dilokap oleh qadhi atau pemerintah
dengan permintaan tuan punya hutang. Ini
menurut kitab-kitab Fiqh.
Dan hutang kepada allah itu
seperti hutang haji, hutang puasa, hutang fidyah dan kifarah. Jika seseorang sudah wajib dan di atasnya
mengerjakan haji, kemudia ia lengahkan sehingga ia mati, maka wajib haji itu
tertanggong di atasnya dan wajib haji itu menjadi hutang kepadanya, mesti
diselesaikan oleh waris‑warisnya dari harta peninggalannya, sebelum harta
peninggalannya dibahagi-bahagikan kepada waris-warisnya begitu juga hutang
puasa dan hutang sembahyang telah disebutkan dalam kitab-kitab Fiqh.
Berkata العَلاَمَة المُدَقِّقُ المُحَدِّثُ
الفَقِيهُ الصُّوفِى الشَّيخُ سَلاَمَة القَضَاعِى
العَزَّامِى dari kalangan ulama syafi’iah
dari kalangan ulama Al-Azhar dalam kitabnya البَرَاهِين
السَاطِعَة فِى رَدِّ بَعضِ البِدَعِ الشَائِعَةِ
وَبَراهِينُ الكِتَابِ وَالسُّنَّةِ النَاطِقَةُ عَلَى
وُقُوعِ الطَلَقَاتِ المَجمُوعَة مُنَجَّزَةً اَو
مُعَلَّقَةً
Ketahui olehmu bahawa dari
perkara yang diketahui adanya diantara ahli tahqiq daripada ulama alim
Usul Fiqh dan ulama Fiqh, apabila sudah ada berlaku sesuatu sebab dari
sebab-sebab wajib syar’i (pada syara’) iaitu apa yang dinamakan oleh
ulama dengan nama syarat-syarat (wajib syar’i) dan tiada padanya sesuatu
mani’ (halangan), maka tsabitlah hukum wajib syar’i itu dengan
tiada syak lagi, dan jadilah tanggungan orang mukallaf terikat
dengannya, jika wajib syar’i itu mempunyai waktu, dan ia tunaikan dalam
waktunya, dengan meraikan dan membawa apa-apa perkara yang dipandang oleh
syara’ pada menjadikan wajib syar’i itu sah dan betul, maka lepaslah
tanggungannya itu, dan jika kiranya ia cuaikan waktu bagi perkara wajib syar’i
itu, dengan sengaja dan dengan suka-suka hatinya dan pilihannya sendiri, maka
dia (orang mukallaf) telah membuat perkara wajib syar’i itu dari
waktunya, dan ia masih bertanggungjawab pada menjalankan wajib syar’i
yang dicuaikan dan diabai-abaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Ta’ala
telah mengetahui bahawa tiap-tiap anak Adam itu membuat salah, dan manusia itu
dikatakan penyakit berbuat dosa, maka Allah Ta’ala yang amat berkuasa dan yang
amat kesihan itu, mengadakan suatu jalan bagi hambanya, supaya anak Adam itu
dapat akan rahmatnya, dan dapat akan redhanya.
Maka Allah syara’kan bagi mengubat penyakit dosa itu dengan ubat yang
dinamakan taubat dan istighfar, dan Allah Ta’ala syara’kan bagi
menyelesaikan tanggungjawab yang dipikulkan di atas orang-orang mukallaf
itu ialah qadha atau bayar ganti اداء atau tunai.
Di atas faedah yang di atas
ini, ulama telah mengeluarkan dan istinbatkan dan ijtihadkan
masalah qadha atau bayar fardhu sembahyang, bayar fardhu puasa Ramadhan, dan
bayar fardhu haji Islam. Apabila
seseorang mukallaf itu sengajakan pada melambat dan ta`khirkan
perkara-perkara itu dari waktunya, maka orang mukallaf itu berdosa
dengan sebab ia lambatkan dan ta`khirkan pada menunaikan ibadat itu,
dari waktunya yang tertentu dan khas bagi ditunaikan, dan jadilah ibadat itu
suatu hutang ditanggung dan dipikulnya, hutang mestilah dibayar dan ditunaikan,
dikecualikan kalau orang yang punya hutang itu menggugurkan hutang itu.
Hadits-hadits daripada
Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam
telah menerangkan perkara-perkara yang tersebut dengan cukup terang, dan
telah menegaskan dengan setegas-tegasnya.
Sekali masa Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam menjawab
perkara masalah dari masalah-masalah itu dengan jawab yang meletakkan pada
pandangan sahabat yang bertanya itu akan علة
القياس , supaya diketahui oleh umat Islam bahawa hukum
masalah itu rata dan umum kesuluruhan sama ada pada orang yang bertanya atau
pada orang yang tiada bertanya, sama ada pada masalah itu atau pada masalah
lain kerana ada ‘illah dan sebab yang sama pada kedua-dua masalah itu,
pada kali lain Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam menjawab pertanyaan
sahabat-sahabat dengan cara memberitahu kepada sahabat yang bertanya itu bahawa
hukum masalah yang lain yang tiada ditanyakan sama hukum dengan masalah yang
ditanyakan itu, ini dinamakan oleh ulama Usul Fiqh dengan دلالة النص atau قياس
الأولى
Al-Imam Al-Bukhari dengan
sanadnya telah meriwayatkan dalam kitabnya Shahihul Bukhari pada bab
puasa daripada sahabat Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, telah berkata
ia: Seorang laki-laki telah datang
mengadap Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam, dan ia berkata: Ya Rasulullah, bahawa ibu hamba telah mati,
dan dia ada meninggalkan puasa sebulan yakni (ibunya tiada puasa sebulan
Ramadhan kerana uzur) maka adakah boleh hamba qadhakan sebulan puasa itu kerana
ibu hamba? Sabda Rasulullah: نَعَم
، فَدَينُ اللهِ أَحَقُّ أَن يُقضَى , ertinya: Ia, kerana
hutang Allah (tak puasa sebulan Ramadhan baginda namakan hutang) lebih utama
dan lebih berhak dibayar dan diqadhakan.
Al-Imam Al-Bukhari juga
telah meriwayatkan dalam kitabnya Shahihul Bukhari pada bab haji dengan
sanadnya daripada sahabat Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma: Bahawa seorang perempuan daripada suku
Juhaiyah telah datang mengadap Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam dan
berkata ia: Bahawa ibu hamba telah
bernazar hendak pergi haji, dan dia tiada pergi haji sehingga ia mati, maka
adakah hamba hajikan dia? Sabda
Rasulullah kepadanya:
نَعَم حُجِّى
عَنهَا ، أَرَأَيتِ لَو كَانَ عَلَى اُمِّكِ دَينٌ أَكُنتِ قَاضَيتِهِ؟ اُقضُوا
الله َ، فَالله ُأَحَقُّ بِالوَفَاءِ
Ertinya:’Ya, kamu hajikan
dia, adakah kamu fikir, jikalau ibu kamu menanggung sesuatu hutang dengan
seseorang, adakah kamu bayar hutang ibu kamu itu kepadanya? Kamu bayarlah hutang Allah, (Haji Nazar),
kerana hutang kepada Allah itu lebih utama dan lebih berhak dibayar dan
disempurnakan.
Telah diriwayatkan oleh
ulama hadits dari kalangan sahabat dan tabi’en daripada Rasulullah Salallahu
'Alaihi Wasallam akan perkara bayar hutang Allah dan bayar hutang manusia
itu, dengan berbagai-bagai thuruq dan bermacam-macam jalan dan cara yang
banyak dengan berbagai-bagai lafaz dan ibarat-ibarat yang seakan-akan dan
serupa dalam kitab-kitab hadits iaitu Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, sunan
Tirmidzi dan Sunan Nasa’ie, iaitu Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasallam telah
menjadikan ibadat yang fardhu (puasa Ramadhan dah Haji Islam dan seumpamanya)
yang telah luput waktu menunai dan mengerjakannya, akan suatu hutang kepada
Allah Subhanahu Wata’ala daripada orang mukallaf, menjadi
tanggungjawab orang mukallaf itu, dan menjadi sebagai atau seolah-olah
atau serupa dengan hutang harta orang mukallaf yang wajib dibayar oleh
orang-orang yang berhutang kepadanya, dan orang-orang yang berhutang itu
ketahui bahawa mereka mestilah membayar hutang harta itu kepada tuan punya
hutang itu, sekalipun tempoh masa yang tertentu bagi membayar hutang telah
luput, dan Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam tiada berpada dengan begitu,
tetapi Rasulullah jadikan bahawa hutang kepada Allah Ta’ala ahaqqu yakni
lebih utama dan berlebih berhak bagi dibayar dan dijelaskan, dan Rasulullah
menambah keterangan dengan menyuruh bayar hutang itu, cuba tuan lihat sabda
Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam (فدين
الله أحق ان يقضى) dengan صيغه
تفضي: Lebih utama lebih berhak, dan Rasulullah tiada
bersabda dengan حَقِيقٌ (yakni berhak, patut, dan sebagainya), dan tuan perhatikan
sabda Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam (اقضوا الله) itu
dengan صيغه perintah dan suruh (yakni bayarlah dan
jelaskanlah hutang Allah itu), dan tuan perhatikan alat dan sebab suruh bayar
dan jelaskan hutang Allah itu pada sabda Rasulullah itu (فالله أحق بالوفاء) kerana hutang kepada Allah hendaklah lebih diutamakan dibayar
dan dijelaskan dari hutang kepada manusia, (dari itu ulama berkata dalam
perkara harta peninggalan simati jika kiranya simati itu ada meninggalkan
hutang maka hendaklah dibayar dari harta simati itu lebih dahulu hutang-hutang
Allah iaitu seperti zakat, Haji, kafarah, fidyah dan sebagainya jika simati itu
belum bayar zakat hartanya dan fitrahnya, lewat pergi haji, belum bayar
kafarah, fidyah dan belum bayar nazar dan lain-lain lagi kemudian lepas bayar
hutang Allah, maka dibayar pula hutang simati kepada manusia) dan Rasulullah Salallahu
'Alaihi Wasallam tiada membezakan diantara hutang‑hutang Allah itu sama ada
hutang itu hutang ibadat badan semata-mata badan seperti puasa atau hutang itu
hutang ibadat badan dan ibadat harta bersama-sama seperti haji. Tamat katanya.
Begitulah ulama Islam dan
ulama hadits dan ulama Fiqh berpendapat bahawa mencuaikan sembahyang lima waktu itu dari
waktunya dipanggil dan dinamakan hutang sembahyang kepada Allah Ta’ala dan
membayar hutang sembahyang atau qadha sembahyang adalah wajib dan fardhu.
Telah ijma’ ulama
Islam dan ulama ahli sunnah wal jama’ah dan sekata bahawa hutang sembahyang
atau meninggalkan sembahyang fardhu itu hingga keluar waktunya, mestilah
dibayar dan diqadha dan didatangkan sembahyang fardhu itu, sekalipun di luar
waktunya, dengan tiada boleh tidak.
Al-’Allamah Ibnu Hazmim pun
telah menegaskan bahawa telah ijma’ ulama Islam dari zaman sahabat Rasulullah Salallahu
'Alaihi Wasallam bahawa orang yang minum arak itu dan ia terus mabuk
sehingga keluar waktu sembahyang fardhu, maka wajiblah ia qadhakan sembahyang
itu, kita tahu bahawa orang minum arak itu biasa minum arak dengan sengaja dan
melampau, dan orang yang minum arak dengan tersalah dan tiada melampau adalah
nyata hukumnya, dan yang nampak dan zahir bahawa yang dimaksudkan oleh
Al-’Allamah Ibnu Hazmim ialah orang yang minum arak dengan melampau itu.
Al-’Allamah Ibnu Taimiyah
tatkala ia mengulas kitab Maratibul Ijma’ karangan Al-’Allamah Ibnu Hazmim itu,
maka dia tiada mengulas perkara orang minum arak yang mabuk sehingga keluar
waktu sembahyang, seolah-olah ia bersetuju dengan Al-’Allamah Ibnu Hazmim dalam
perkara orang yang minum arak itu mesti qadhakan sembahyang yang tertinggal,
tatkala ia sedang mabuk itu, sama ada sengaja atau tidak.
Ini dia setengah-setengah
dalil dari Al-Qur’an dan hadits dan kata-kata ulama yang kita dapat bawa di
sini dalam wajib qadhakan sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja dengan
tiada apa-apa uzur dengan segera tiada boleh dilambat‑lambatkan, kerana menurut
qaedah yang diambil dari hadits Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam
bahawa hutang itu mestilah dibayar, dan hutang kepada manusia yang tiada
bertangguh mesti dibayar dengan segera, begitulah juga hutang kepada Allah
Ta’ala, lebih-lebih dibayar dengan segera.
2. Orang mukallaf ada
menanggung hutang sesuatu sembahyang fardhu yang lima, dan belum ia bayar atau
qadhakan sembahyang yang ditanggungnya itu, kemudian ia mengerjakan sembahyang
sunat, atau tawaf sunat, atau membaca Al-Qur’an atau zikir atau mengerjakan fardhu
kifayah seperti sembahyang orang mati, dan lain-lain kerja yang dibuatnya
selain dari waktu tidur dan mencari sara hidup dan seumpamanya, maka orang yang
kelakuannya begitu, adalah membuat dosa, dan dosa meninggalkan sembahyang
fardhu itu adalah dosa besar, dan erti dosa besar ialah suatu amaran yang keras
telah datang dalam Al-Qur’an dan hadits dalam sesuatu perkara yang tertentu,
seperti perkara meninggalkan fardhu sembahyang dengan tiada apa-apa uzur telah
datang amaran keras padanya, bagaimana telah diertikan di dalam kitab Raudhah
bagi Al-Imam An-Nawawi dan di dalam Zawajir bagi Al-Imam Ibnu Hajar akan erti
dosa besar itu, dari sebab itu, kata ulama Fiqh wajib dikerjakan sembahyang
fardhu yang luput dengan tiada uzur itu, dengan segera, menurut perintah dalam
hadits, dan menurut qaedah: melepaskan tanggungjawab dari orang mukallaf adalah
wajib disegerakan.
Berkata Al-Imam Syirazi
dala Muhazzab: Saya kata: Jika ia
tinggalkan sembahyang dengan tiada apa-apa uzur, mestilah ia qadhakan dengan
segera.
Berkata Al-Imam
An-Nawawi dalam المجموع شرح
المهذب : Telah
dinukilkan oleh Imam Harmaini bahawa telah itfaq dan sekata ulama syafi’iah
bahawa wajib qadha sembahyang yang ditinggalkan tiada uzur itu dengan segera.
Berkata Al-Imam
An-Nawawi: Perkataan Al-Imam Harmaini
itu adalah betul kerana orang itu telah cuai pada meninggalkan sembahyang, dan
kerana ia dihukum bunuh dengan sebab meninggalkan sembahyang yang luput itu,
dan jikalau qadha sembahyang itu boleh dengan dilambat-lambatkan nescaya ia
tiada dihukum bunuh. Tamat katanya.
Sila lihat kata-kata
tiga orang ulama yang terkemuka dan pakar dalam mazhab kita Syafi’iah
menegaskan bahawa sembahyang yang luput dengan tiada uzur mestilah disegerakan
dengan itfaq dan sekata ulama syafi’iah seperti sembahyang Dzuhur ditinggalkan
dengan sengaja, satu dari syarat wajib mengerjakan sembahyang Dzuhur itu ialah
dengan sebab telah tergelincir matahari dari tengah-tengah langit ke
barat. Apabila sembahyang Dzuhur itu
ditinggalkan dari masa tergelincir matahari ke barat sehingga keluar waktu
Dzuhur dan masuk ‘Asar tiada juga dikerjakannya dengan tiada apa-apa uzur, maka
orang mukallaf itu menanggong wajib mengerjakan sembahyang Dzuhur itu
walaupun sudah keluar waktu Dzuhur itu, kerana syarat-syarat wajib syar’i
telah berjalan ke atas dan terus berjalan dan masih berjalan sehingga ia
kerjakan sembahyang Dzuhur atau qadhakan sembahyang Dzuhur itu. apabila orang mukallaf itu mengerjakan
sembahyang sunat atau perkara-perkara sunat yang lain atau fardhu kifayah,
dalam masa untuk qadha sembahyang Dzuhur itu, maka ia telah membantah dan
melanggar perintah Allah suruh segera qadhakan Dzuhur itu, dan ia telah berdosa
dengan berbuat perkara-perkara sunat itu dalam detik dan saat yang wajib
dilepaskan qadha Dzuhur itu dari tanggungannya, kalau ia mati ketika melanggar
perintah Allah Ta’ala dengan membuat perkara-perkara sunat atau tiada sunat dan
mengabai-abaikan qadha Dzuhur itu, nescaya ia mati dalam keadaan derhaka dan سوء الخاتمة
Orang mukallaf ini telah ditanggungkan Allah Ta’ala
kepadanya akan suatu sembahyang Dzuhur umpamanya, sebab syarat wajib telah
berjalan ke atasnya, kemudian ia ingkarkan perintah Allah yang telah
menanggongkan dia pada mengerjakan sembahyang Dzuhur ke atasnya, dan ia tiada
ta’at pada perintah Allah pada tiap-tiap detik dan saat dan second bagi
diqadhakan Dzuhur itu, dan pada detik dan second itu juga ia mengerjakan
perkara yang lain yang tiada diperintahkan dia membuatnya, maka orang mukallaf
itu telah membuat dosa dan derhaka dan ingkarkan perintah Allah Ta'ala, jika ia
gunakan detik dan second itu pada berbuat sembahyang sunat atau tawaf sunat
umpamanya maka sembahyang sunat dan tawaf sunat itu sah dan betul dengan hal
keadaan ia berdosa mengerjakan keduanya itu.
Orang yang
sembahyang sunat itu dihukumkan sebagai hukum seorang sembahyang padahal ia
menggunakan tikar sejadah orang dengan tiada izin daripada tuan sajadah, maka
sembahyangnya itu sah dan ia menggunakan sajadah orang dengan tiada izin tuan
punya, maka ia telah berbuat dosa besar dengan merampas (غصب) sajadah, begitulah
pendapat ulama Fiqh, yang dapat saya hurai dan dikatakan pada fahaman pembaca
fatwa ini.
Berkata Al-Imam
Zarkasyi: Oleh kerana Allah Ta'ala telah tuntut
daripada orang mukallaf ini, pada tiap-tiap detik dan saat dan second,
pada mengerjakan sembahyang yang telah ia tinggalkan dan cuaikan itu, setelah
waktu sembahyang itu keluar dan habis, maka tiadalah boleh dan tiadalah sah ia
mengerjakan perkara‑perkara yang sunat apatahlagi perkara yang harus dan
sia-sia, jika ia mengerjakan sembahyang sunat ketika itu, padahal tiap-tiap
detik dan saat dan second itu wajib dikerjakan pada tempat dan detik sembahyang
fardhu itu adalah tiada sah, kerana tiada ada tempat bagi sembahyang sunat itu
sebelum sembahyang fardhu yang ditinggalkan itu diqadha dan dikerjakan, dan
perbuatan begitu rupa, maka ia telah berbuat dosa dengan melanggar dan
ingkarkan perintah Allah suruh qadha sembahyang yang fardhu itu, maka orang mukallaf
ini sebagai seorang telah masuk dalam bulan Ramadhan dengan ru`yah atau
dengan digenapkan Sya’aban 30 hari, maka wajib ia puasa kerana Ramadhan,
kemudian ia tiada mahu puasa Ramadhan dan pergi hendak puasa sunat atau puasa
nazar, maka puasa sunat atau nazar itu tiada sah, kerana tiada ada tempat dan
detik bagi puasa keduanya dalam bulan Ramadhan setelah tsabit bulan Ramadhan
telah masuk.
Ini pendapat Al-Imam
Zarkasyi, dan pendapatnya itu adalah munasabah, dari itu ulama mengambil
perhatian akan pendapatnya itu dan disebutkan dalam kitab-kitab Fiqh, sebagai
menguatkan haram mengerjakan perkara‑perkara yang sunat sama ada sembahyang
sunat atau tawaf atau wirid atau membuat fardhu kifayah seperti sembahyang
orang mati bagi orang yang mukallaf yang menanggung sembahyang fardhu
yang telah ia abaikan dan cuaikan itu, demikianlah suatu huraian yang dapat
saya terangkan sebagai mendekatkan fahaman kepada pembaca-pembaca fatwa ini والله اعلم
Berkata Al-Imam Sayuthi
dalam الأشباه والنظائر: Suatu kaedah dalam mazhab
Al-Imam Asy-Syafi’ie: Barangsiapa telah diwajibkan
mengerjakan sesuatu, dan luput sesuatu itu daripadanya, maka mestilah ia
qadhakan, kerana menyambong dan menyunsong perkara itu.
Maka menurut kaedah
ini: Barangsiapa telah luput
daripadanya, sesuatu sembahyang dari sembahyang fardhu yang lima waktu, nescaya hendaklah ia datangkan
sembahyang yang telah luput daripadanya itu, sebagai menyambong dan menyunsong
perkara yang telah ia luputkan dan tinggalkan itu.
KATA
AKHIR
Perkara wajib dan mesti
qadhakan sembahyang fardhu yang lima
yang dicuaikan dengan tiada apa-apa sebab dan uzur, telah sekata sekutu dan
sepakat dan itfaq sekalian ulama syafi’iah bahawa hendaklah diqadhakannya
dengan segera tiada boleh berlengah-lengah.
Bahawa ulama
syafi’iah yang di’iktimadkan perkataan mereka bagi dibuat fatwa seperti Al-Imam
Syirazi dan Al-Imam An-Nawawi yang dahulu dan Al-Imam Ibnu Hajar dan Al-Imam
Ramli yang kemudian, sekalian mereka bersetuju mesti disegerakan qadha
sembahyang fardhu yang luput dengan tiada apa-apa uzur itu, jadi ulama yang
sekarang mengikut kata-kata ulama yang di atas adalah betul, kerana ia mengikut
dan berpandu dengan hadits-hadits yang berkenaan, dan bersetuju dengan beberapa
kaedah Fiqh dan Usul Fiqh والله اعلم
Ini fatwa yang kita pakai,
dengan berpegang dengan perkataan ulama syafi’iah yang di’iktimad dan dipakai
oleh ulama akan perkataan-perkataan mereka bagi dibuat fatwa dan bersetuju
dengan ulama mazhab yang empat dari ahli sunnah wal jama’ah, yang mereka
berpegang dengan hadits dan sunah Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam,
dengan perjalanan sahabat-sahabat Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam
dan orang Islam zaman Salaf Shalih dari zaman sahabat dari selapis ke
selapis sehingga zaman kita ini dalam negeri-negeri Islam seluruhnya رضى الله عنهم واجعلنا
منهم وفيهم
NASIHAT
KITA DAN BUKAN FATWA
Menurut soal yang di atas
ini, bahawa masalah ini dikemukakan ialah masalah seorang telah insaf, jika
orang yang telah insaf itu telah bertaubat dengan berhenti dari enggan tiada
mahu sembahyang dan menyesal di atas mencuaikan sembahyang, dan mengaku
berjanji dengan Allah tiada akan mencuaikan sembahyang pada masa-masa akan
datang, dan bersegera membayar hutang sembahyang itu, jika ada taubatnya,
bagaimana di atas ini dan menurut syarat taubat maka sah taubatnya.
Maka sayugialah bagi orang
itu membayar hutang sembahyang yang ia cuai dan tinggalkan itu, serta
bersungguh-sungguh mengerjakan dan menunaikan sembahyang yang ada berjalan itu
dengan sempurna dan baik, dan tiada cuai, tiada lengah dan tiada taqsir dengan
sedaya upayanya, maka saya berharap orang itu akan diampunkan Allah Ta'ala akan
kesalahannya, kerana Allah Ta'ala itu yang maha murah dan yang maha pengampun
di atas hamba-hambanya yang ruju’ dan kembali dan taubat kepadanya, sebagaimana
kata setengah-setengah ulama, ini sebagai nasihat dan tunjuk ajar dan bukan
sebagai fatwa, والله يلهمنا رشدنا ويبصرنا
بعيوبنا وينجينا من عذاب النار والله أعلم
FATWA
INI SAYA TULIS SETELAH MELIHAT:
1. Kitab المهذب dan التنبيه oleh
Al-Imam Syirazi Syafi’ie yang mati tahun 476 hijrah.
2. الوجيز dan الاحياء oleh Al-Imam Ghazali
Syafi’ei yang mati tahun 505 hijrah.
3. قواعد الاحكام oleh Al-Imam ‘Aziuddin bin Abdul Salam
Syafi’ei yang mati tahun 660 hijrah.
4. Kitab-kitab منهاج الطالبين dan الروضة dan المجموع oleh Al-Imam Nawawi yang
mati tahun 676 hijrah penyusun mazhab kita Al-Imam Asy-Syafi’ei yang mati tahun
204 hijrah.
5. البهجة oleh Al-Imam Wardiyyu
yang mati tahun 749 hijrah dan syarhinya oleh Syeikh Islam Zakaria Anshari yang
mati tahun 926 hijrah.
6. الانوار oleh Al-Imam
Ar-Dabiliyyu yang mati tahun 779 hijrah.
7. متن بافضل
oleh Al-Imam Walliyu Abdullah bin Abdul Rahman
Bafadhli yang mati tahun 850 hijrah.
8. الاشباه والنظائر oleh Al-Imam Sayuthi yang mati tahun 911
hijrah.
9. المنهج dan شرح الروض dan شرح البهجة oleh Syeikh Al‑Islami
Zakaria Al-Anshari yang mati tahun 926 hijrah.
10. حاشية شرح الروض oleh Al-Imam Abu ‘Abbas
Ahmad Ramli Al-Anshari yang mati tahun 919 hijrah.
11. مغنى المحتاج dan شرح الاقناع oleh Al-Imam Syarbini Al‑Khatib
yang mati tahun 977 hijrah على متن الغاية والتقريب oleh Al-Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Husaini
Ishfahani Khadam Masjiddin Nabi di Madinah Al‑Munawarah yang mati di Madinah
pada tahun 488 hijrah kuburnya beberapa langkah dari bilik makam baginda
Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam .
12. Kitab-kitab شرح بافضل dan تحفة المحتاج dan فتح الجواد oleh
Al-Imam Ibnu Hajar Khatimatul Muhaqiqin yang mati tahun 974 hijrah.
13. فتح
المعين oleh
Al-’Allamah Zainuddin Malibari anak murid Al-Imam Ibnu Hajar.
14. Hasyiyatu Ahmad bin Qasim
‘Abadi yang mati tahun 994 hijrah على
التحفة
15. نهاية
المحتاج oleh Al-Imam Jamal Muhamadur Ramli Anshari
yang mati tahun 1004 hijrah.
16. Hasyiyatul Imam Muhammad
Kurdi Mazanni yang mati 1194 هالكبرى dan الصغرى
على شرح ابن حجر على مقدمة بافضل
17. Tajridul ‘Allamah Muhammad
bin Ahmad Tsaubarri Al‑Azhari yang mati tahun 1069 hijrah على حاشية ابى العباس احمد الرملى الانصارى yang mati tahun 919
hijrah.
18. Hasyiyatul Imam Jamal yang
mati tahun 1204 hijrah على المنحج
19. Hasyiyatul Imam
Al-Bujairimi ‘Alal Iqna’ Wahasyiyaddu ‘Alal Manhaj yang mati tahun 1221 hijrah.
20. Syarhul ‘Allamah Sa’id
Ba’asyan Hadharmi yang ada kemudian dari zaman Al-Imam Bujairimi Wasyarqawi,
‘Ala Matan Bafadhlin.
21. Hasyiyatul Syeikh
Al-Islami ‘Abdullah Syarqawi yang mati tahun 1226 hijrah على تحفة الطلاب بشرح تحرير
تنقيح الطلاب oleh Syeikh Al-Islam Zakaria Al-Anshari yang
mati tahun 926 hijrah.
22. Hasyiyatul Syeikh Al-Islam
Ibrahim Baijuri yang mati tahun 1277 hijrah على
فتح القريب oleh Al-Imam Muhammad Ghaziyul Azhari yang
ada tahun 859 hijrah - 918 hijrah.
23. وسائل
الرحمات فيما يطلب لمن مات oleh Al-”Allamah‘Ariful Billah Ahmad bin
Ismail Hulwani Al-azhar yang mati tahun 1308.
24. فيض
الاله المالك فى حل الفاظ عمدة السالك
وعدة النساسك oleh Said ‘Umar berkata Syamiyul Makki di
Mekkah yang ada pada tahun 1307 hijrah.
25.
حاشية الاعانة oleh Al-’Allamah Said
Abu Bakar Syathal Makki di Mekkah yang mati tahun 1310 hijrah.
26. نهاية
الزين شرح قرة العين المليبا oleh Al-Syeikh Muhammad
bin ‘Umar bin ‘Ali Nawawi Al-Haman Makki Di Mekkah yang mati tahun 1316 hijrah على فتح المعين oleh Al-’Allamah Zainuddin Abdul Aziz Malibari anak murid
kepada Al-Imam Ibnu Hajar.
27. بغية
المسترشديد oleh Al-’Allamah said Abdul Rahman Al‑Masyhur
mufti Hudharmut yang mati tahun 1320 hijrah.
28. ترشيح
المستفيدين على فتح المعين oleh Al-’Allamah Said ‘Alwi bin Abdul Rahman
Saqqaf Makki di Mekkah yang mati tahun 1335 hijrah.
29. حاشية
العلامة محمد محفوظ الترمسى الجاوى المكى di Mekkah yang ada tahun
1332 hijrah ‘Ala Syarhi Ibnu Hajar ‘Ala Bafadhlin.
30. البراهين
الساطعة على البدع الشائعة oleh Al-’Allamah Al‑Mudaqqi ‘Ariful Billah Shufi
Selamat ‘Azzami Al‑azhar Syani’i yang mati tahun 1376 hijrah di Mesir.
Semua ulama yang tersebut di
atas ini ulama ahli mazhab Al‑Imam Syafi’ei radhiallahu ‘anhum واجعلنا منهم وفيهم
31. Kitab مراتب الاجماع oleh Al-’Allamah Ibnu Hazmim Dzahirri ketua
mazhab ahli Dzahiriah di Maghribi yang mati tahun 456 hijrah.
32. الافصاح
عن معانى الصحاح (Al-Bukhari dan Muslim) dalam Fiqh mazhab
yang empat, oleh Al-’Allamah Wazir Ibnu Hubairah Hambali yang mati tahun 560 hijrah.
33. المغنى oleh Al-’Allamah Ibnu
Qudamah Hambali mazhab Hambali yang mati tahun 620 hijrah.
34. Kitab الفقه على المذاهب الاربعة oleh Al-‘Allamah Syeikh
Abdul Rahman Al-Jaziri saya lihat ia mengajar dibahagian Takhashush di fakulti
Usuluddin Al-Azhar tahun 1361 hijrah saya pada masa itu di bahagian tinggi
fakulti Usuluddin. Kitabnya itu dalam
Fiqh mazhab empat.
Ini beberapa buah kitab yang
kita dapat lihat dan baca dalam mazhab kita Al-Imam Asy-Syafi’ei radhiallahu
‘anhu, banyak sangat kitab yang ditulis oleh ulama syafi’iah, dan ulama
syafi’iah yang bekerja dalam hukum halal haram atau dinamakan ilmu Fiqh itu
banyak sangat bilangan mereka, apabila kita melihat kitab-kitab ulama yang
menulis tarikh hidup ulama syafi’iah atau tarikh ulama yang am seperti kitab حلية الأولياء الامام ابى نعيم ,
kitab طبقات الشافعية
الكبرى للامام التاج السبكى الشافعى , طبقات الشافعية
للامام الأسنوى الشافعى , طبقات المفسرين للامام
السيوطى , طبقات الشفعية للامام العبادى , dan
طبقات الشافعية لابن هداية
الحسينى dan lain-lain.
INGATAN
Ulama syafi’iah yang menulis
kitab fiqh ada kalanya: Mereka
menyebutkan qaul-qaul اصح dan معتمد dan adakala mereka menyebutkan semua qaul
dalam satu-satu masalah qaul-qaul yang banyak itu bukan semuanya betul, bahkan
ada yang karut dan tiada benar, tetapi disebutkan, supaya ulama yang kemudian
ketahui bahawa qaul itu qaul karut atau salah yang diheboh-hebohkan oleh
orang-orang sesat dan ahli bid’ah dan puak-puak kafir seperti Bathiniah zaman
dahulu dan sekarang puak-puak kafir seperti Qadiniah atau jemaah Ahmadiah
Muslim (Qadianiah) dan puak Bahai atau Baha`iah, supaya kita ketahui dan kita
berjaga-jaga dari qaul-qaul sesat dan kufur itu dari termasuk dalam fikiran
kita dan faham kita seperti orang jahil sekarang puasa ramadhan hendak ikut
hisab, kata Al‑’Allamah ‘Alwi bin Thahir Al-Hadad Mufti Johor dalam kumpulan
fatwanya penggal I: Ikut hisab itu
fikiran Rafidhi zaman dahulu dan fikiran Qadianiah zaman sekarang.
Ulama berkata: Barangsiapa mengambil segala pendapat dan
qaul dalam Fiqh itu, adalah perbuatan itu haram, dan ia akan menjadi sesat dan
akhirnya menjadi kufur والعياذ
بالله , ulama itu berkata: تتبع الرخص ليس من الدين ، ولا يجوز تأ سيس مذهب ملفق . Berkata Al-Imam Al-Ustaz Abu Ishaq
Isfirayinni Min ‘Udzama Syafi’iah yang dahulu, dalam masalah mengatakan semua
perkara ijtihad itu betul dengan tiada apa-apa qaid dan syarat itu,: أوله سفسطة واخره زندقة . Ertinya: ... ... , cakap-cakap kosong, dan akhirnya
tiada memegang sebarang ugama (keluar dari sebarang ugama).
Berkata tuan guru kita
Al-Imam Adibul Arbi, الموحد, المؤرخ, الفقيه
الجدلى المحقق, والمحدث المفصل المدقق, التقى اللوذعى الالمعى, الشيخ محمد زاهد الكوثرى رحمه الله تعالى dalam perkara orang
sekarang ikut sebarang qaul dan fikiran:
اللامذهبية
قنطرة اللادينية. Ertinya: Tiada pakai
mazhab jambatan keluar dari sebarang ugama.
والله أعلم
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI
ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti
Kerajaan,
Negara
Brunei Darussalam
|
Pejabat Mufti, Brunei
|
Mufti Kerajaan Brunei
|
Sedih kerana tidak menjawab soalan yg ditanya. Perlukah diteruskan melakukan solat sunat spt biasa atau tak perlu tp tumpukan hanya kpd solat qadha semata.
ReplyDeletePenanya termasuk org lain mmg telah maklum bahawa wqjib diqadha solat fardhu yg ditinggalkan tp ingin tahu kedudukan solat solat sunat sama ada berhenti dari melakukan nya dan hanya tumpukan kpd solat qadha sahaja. Jawapan tuan yg panjang berjela tidak memberikan jawapan yg memuaskan. Maaf jika saya terkasar bahasa.
ReplyDeleteMaaf...jawapan tidak menepati pertanyaan. Penanya mmg dah tau tinggalkan solat fardhu adalah berdosa dan perlu dibayar. Apa yg penanya nk tahu ialah berkenaan kedudukan solat sunat sama ada tak perlu buat langsung spt tahyat masjid, tahjud dan lain2 tp tumpukan solat qadha saja. Tak perlukan jawapan yg berjela jela dan lebih keliru. Harap maaf kalau tersinggung....wassalam
ReplyDeleteBetul jawapan yg terlalu panjang hingga menyukarkan kita mendapat jawapan kpd soalan. Harap jawab yg perlu saja. Terima kasih.
ReplyDeletepening kepala terlalu panjang tiada jawapan...
ReplyDeleteada 2 PENDAPAT rupanya.. syukur alhamdulillah ada jalan keluarnya.. boleh rujuk pencerahan yang lebih jelas dengan ustaz Azhar Idrus di sini :
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=lVxOFWhOC44
Maaf saya juga rasa jawapan terlalu panjang hingga tiada jalan penyelesaian...
ReplyDeleteSaya ada kena qada solat bukan sehari tapi bertahun tahun. Saya ada beribu ribu kena qada. Ni saya nak solat taubat, duha, hari raya tak boleh lah? Bertahun tahun ni..? Jawapan tuan tak straight to the point..
ReplyDelete.. yg nak ditanya tu pendek jer... jawapan huraian panjang gila... aku baca separuh dah boring tak jumpa2 jawapan dia.. baik cari jawapan
ReplyDeletelain lerr
Tuan tuan memang kurang hajar. Jawapan yang diberi sangat-sangat informatif. Sebenarnya telah menjawap soalan. Korang je yang malas berfikir.
ReplyDelete